Sunday, April 20, 2014

Jawatan baru!

Bismillah..Assalamualaikum..

Cuaca mendung diawal pagi bukan sebab nak hujan . hujan tapi  sebab asap yang berkepul2 dari kebakaran kilang membuat sarung tangan getah di tepi jalan nak ke KLIA..memang dekat sangatlah dengan tempat aku ni...dari rumah pun boleh nampak dengan jelas asap berkepul2..dah kilang getah yang terbakar..memang cepatlah merebaknya....tak tahulah apa puncanya terbakar dan harap2 tiada kemalangan jiwa berlaku.


Inilah rupanya kilang yang terbakar tadi..kebetulan seorang kawan lalu di situ..eh berani pulak diaorang ni duduk depan kilang yang tengah marak terbakar..kot2 ada yang meletup kang tak pasal2 korang terbabit
sama..rasanya kilang ni baru saja siap..tak panjang pulak hayatnya.


Pemandangan dari rumah..sampailah hujan turun petang tadi barulah asap ni hilang..tunggulah berita malam ni kot2 ada keluar..

**********************************************************************************

Eh macam dah lari dari tajuk pulak..sebenarnya kisah di atas ni mukaddimah je..ada cerita lain yang nak aku sampaikan..kisahnya gini... dah berbulan-bulan kitaorang staff di ofis makan hati dengan kakak cleaner sorang ni..dah puas tegur..dah puas diajar macam mana nak bersihkan tandas..atas meja..PC dan apa saja dalam ofis kenalah dibersihkan..bukan susah sangat pun..bukan kotor sangat pun tapi sebab dah berbulan2 tak makan ajar maka kekotoran yang sikit jadi banyak..habuk yang nipis dah jadi tebal..kalau kat pantry tu muka akulah yang kerap bersihkan..yang tak tahan tu bukan saja malas tapi banyak mulut sungguh!!..datang pagi2 membebel..atas meja banyak benda pun bising..pantanglah aku bukak pintu lambat sikit mulalah membebel..keja pulak hanya 1 setengah jam setiap hari dengan gaji sebanyak RM400...macam tak berbaloi.

Macam tahu2 pulak perkhidmatan dia nak ditamatkan cukup bulan ni..belum bukak mulut bagitahu dia dah cakap nak berhenti sebab dapat keja lain..syukur..jadi memandangkan aku duduk sebelah ofis dan aku jugalah yang paling kerap menolong tugas2 cleaner ni maka bos tawarkan aku buat keja sampingan..aku rasa tak ada masalah..aku memang datang awal..sebelum ofis bermula aku boleh lap2 meja..manakala sampah belah petang aku kutip dan buang..tandas pulak cuma ada 3..pun boleh buat sebelah petang..vacum pula boleh buat seminggu sekali pada hari sabtu atau ahad!!..oleh kerana tak mahu dikatakan tamak jadi aku tawarkan pula sorg lagi staff yang macam berminat nak cari side income..so selesai masalah..Alhamdulillah side income yang bakal aku dapat nanti bolehlah aku simpan untuk sekolah anak2 tahun hadapan..

Harap2 tugas baru aku nanti boleh puaskan hati bos dan yang lain2..insyallah.

ok daaaaaa........

Sunday, April 13, 2014

Sudah tertulis....

Assalamualaikum.Knock Koock..anybody homes??
waaaa lamanya tak ke udara!! ada orang ke ni..huhu


Beberapa hari yang lepas tabung epal kesayangan "dipecahkan" di bank..lepas dicurahkan ke dalam perut mesin pengira, dapatlah RM146.00..alhamdulillah boleh tahan juga..kalau tak menabung tak tahulah kemana peginya syiling2 tu..kalau nak beli tudung bertingkek-tingkek tu memang tak lepaslah..tapi kalau nak beli selendang di Muaz Jalan TAR dapatlah berbelas2 helai..ahak!!

Biasanya duit2 hasil tabung macamtu memang aku belikan sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang..sebabnya nak tunjukkan kat anak-anak apa yang boleh  kita dapat hasil rajin menabung..dua tiga hari jugalah duit itu duduk diam2 di celah2 purse, memang tak mahu sentuh kalau boleh sebab dah target nak beli shawls..:)
Lepas Jumaat haritu, Abdullah Zaki kelam kabut datang ke ofis dengan wajah cuaknya..Aku lagilah cuak sebab takut sesuatu yang buruk berlaku...si bungsu berbisik2 bagitahu mudgad (betul ke ejaannya hahaha) motorsikal antiknya dah terebeh, memang dah tak boleh skru dah....berbisik2 juga aku  bertanya agak-agak berapa kos nak pasang mudgad baru..

"Ibu bagilah 120..buat kat kedai dekat ni murah sikit, kalau kedai depan tu 150.."

Gulp!! aku telan air liur yang kering. Maka meraba2lah keluarkan duit hasil tabung yang dah panas celah2 purse tu.... lebih 26 hengget lagi..nak buat apa dengan 26 hengget?..aaaa..tidakkkk..kejap lagi Abdullah Zaki mintak lagi 20 hengget sebab tak cukup katanya..tinggallah 6 hengget buat beli roti! Alhamdulillah.
Aku terlupa sejak syiling pertama yang jatuh dalam perut tabung epal tu Allah dah tulis..duit tu akan jadi begitu, akan jadi begini, silap2 satu sen pun aku tak akan merasa..bila ingatkan hal tu hati aku redha..ada sebab mengapa kita beriya simpan dan sayang sangat nk "pecahkan" padahal dah banyak kali ke bank, tapi setiap kali pegi mesti lupa nak kendong tabung tu..

Inilah wajah motor baru Abdullah Zaki lepas ditukar mudgad baru..motorsikal pemberian seorang Ustaz..seorang teman blogger juga teman di FB..

Kan...dan tertulis duit yang aku simpan untuk betulkan motorsikal Abdullah Zaki...sekarang dah mula menabung lagi..untuk siapa, untuk apa..tak kisahlah kerana semuanya sudah tertulis oleh Allah.

ok daaaaaaaaa.............................

Monday, March 17, 2014

Tolong Jaga Anak2ku Ya Allah..

Assalamualaikum.. 
17 Mac 2014...Pejam celik pejam celik rasa macam sekejap saja  tempuh  3 bulan berlalu...4 Januari 2014 sewaktu menghantar Aiman Zariff ke Putra Jaya, wajahnya tidak begitu ceria..sayang benar nak meninggalkan kawan2 karib di BBST..tapi sebagai seorang ibu aku tetap memberi dia kata-kata peransang supaya dia bersemangat dan gembira menyertai latihan di Kem Khidmat Negara tersebut..

Alhamdulillah hari demi hari, minggu berganti minggu setiap kali melawat Aiman dia nampak ceria dan bersemangat.  Sepanjang tempuh berada di Kem PLKN Millenium Beranang aku tahu Aiman memang selamat dan sentiasa di bawah pengawasan guru2 pelatih, kehidupannya dari subuh hingga ke malam mengikut jadual dan teratur...makan minum mengikut jadual dan yang paling penting solat tepat pada waktunya.

Kalau dulu Aiman agak pendiam dan tak banyak cakap sekarang ni dia lebih terbuka dan rajin bercerita..ada saja ceritanya setiap kali berjumpa..satu perkembangan yang positif..seronok bila dapat menyelami perasaan Aiman sepanjang berada di Kem..

Lusa 19 Mac, tamat sudah latihan Aiman di PLKN, sudah sampai masanya dia pulang dan menjalani kehidupan di dunia luar yang penuh pancaroba.....

Jujur aku katakan..sepanjang Aiman berada di Kem, hati dan naluri seorang ibu rasa cukup tenang dan damai kerana tahu dia memang selamat dan sentiasa terjaga di sana..insyaAllah..mudah2an apa saja pelajaran dan pengalaman yang diperolehi di KEM PLKN lebih mematangkan dan mendewasakan Aiman..mudah2an Aiman berjaya menangkis apa saja dugaan, cabaran dan godaan di luar sana..mudah2an Allah sentiasa memelihara anak2ku dari apa saja gejala sosial yang semakin berleluasa..

Ya Allah Ya Rahman...di dunia luar yang penuh pancaroba, aku memang tidak mampu menjaga anak2ku seorang diri..aku memang tidak akan terdaya mengawal pergerakkan anak2ku tanpa bantuanMU Ya Rabb..hanya kepadaMu ku pohon...tolonglah jaga anak2ku Ya Allah.


***daaa........

Sunday, March 9, 2014

Hanya Doa dan Harapan..

"Ya ALLAH sesungguhnya yang di langit dan di bumi dalah milikMU..apa yang berlaku adalah ketentuanMU..kami mohon kasih sayangMU ya Rabb..berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 dan anak2 kapal MH370 yang sedang dalam kesedihan dan dukacita. Ya Allah berilah sebarang petanda untuk penemuan pesawat itu dan permudahkanlah usaha mencarinya hingga  ditemui. Hanya kepadaMU kami menyerah dan hanya kepadaMU kami mohon pertolongan kerana tiada daya dan upaya kami hanyaMU ya Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia alam yang tersembunyi"

Kita hanya dapat berdoa dan menunggu berita dari semasa ke semasa. :(


**krd to Abah Zino.

Tuesday, January 28, 2014

Kan dah banyak kali cakap!!

"Ala kak org Kantoilah""

"Kenapa"

"Ingat tak tadi org citer pasal kwn suami org tu, org terjumpa dia kt post opis lah, matilah org kalau dia repot kat suami org.."

Kan dah banyak kali pesan..jangan pergi mana2 berdua2an dengan budak2 lelaki ofis ni tapi degiil..dah tahu tengah ada problem dengan suami masih berani keluar berdua..tak ada masalah rasanya kalau kita memang tak pernah ada masalah atau apa2 skandal dengan sesiapa, tak ada masalah sekiranya suami memang percaya dan yakin dengan kita..begitu juga jika kita percaya dan yakin dengan kejujuran suami..ini dok siasat kegiatan suami siap suruh kawan baik suami bagi repot, alih2 awak yang kantoi..kawan yang ternampak tak kenal dengan siapa kita keluar..takkanlah kita nak pergi perkenalkan siapa lelaki bersama kita tu kan..Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum perang dunia meletus lebih baik hindari perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka dan fitnah..

Memang tak serik2..dulu pun dah penah berlaku..kantoi di Fesbuk..sekarang kantoi cara terang2an..walaupun keluar atas urusan keja pun cubalah elakkan berdua2an dengan suami org atau budak2 bujang..sekarang sendiri buat masalah sendiri selesaikan..mudah2an rumahtangga korang tak terus berantakan gara2 orang ketiga yang tak tahu apa2..

Ok jumpa lagi Daaaaaaa

Sunday, January 26, 2014

Apa yang penting, Kualiti bukan kuantiti...

Sebulan sekali balik ke kampung menjenguk mak dan abah adalah satu kewajiban..walaupun bukan balik dua tiga hari yang penting kualiti masa yang saya peruntukkan bersama mak dan abah...jika ada keperluan yang memerlukan saya balik segera, seperti mak atau abah sakit atau ada kematian saya akan balik segera..walaupun apa cara sekalipun!!

Setiap kali balik sempatlah singgah mana2 tempat dalam perjalanan balik ke rumah mak atau dalam perjalanan balik ke Sepang..kadang2 tu sempat juga bawa mak pegi makan2 macam bulan lepas..walaupun balik cuma sehari tapi satu hari tu padat dengan aktiviti..yang penting mak gembira dan kegembiraan itu terpancar pada wajah mak..rasa puas hati tenguk mak abah gembira..

Sebenarnya memang seronok balik Melaka..yang seronoknya kedai2 makan melambak2 dan harga masih lagi dikira murah berbanding di KL atau Sepang...ohhh...jam2 ni rasa nak balik menetap Melaka!! Salah satu kedai yg sempat aku singgah ialah kedai tauhu bakar seperti gambar di atas terletak di Pekan Umbai..sesiapa yang pernah ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung boleh cari kedai ini dengan mudah.Ia terletak di deretan kedai2 di jalan besar sebelum masuk ke PIBT..rasanya..ohsem..mabeless..!!


 
Inilah rupanya tauhu bakar yang telah siap sedia untuk dimakan ...rasa pedas2 manis2 masam2 sikit memang mabeless...okey..sesiapa yang kebetulan ke Pusat Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Kampungku yang permai, silalah mencuba tauhu bakar ini..ada beberapa jenis dengan harga2 yang berpatutan..

ok lain kali saya cerita lagi..

Daaaaaaaa

Friday, January 24, 2014

Rendang Daging Unta untuk en Bos..

Malam tadi ada mengomel kat muka buku pasal request dari Pengurus Besar aka BOS..dah dua minggu bos bawak daging unta dari fadang fasir dan meminta dengan berhemahnya supaya saya masakkan rendang..menurut katanya isteri tak makan daging unta itu sebab tak mahu masak..whatever lah bos..dan lagi katanya rendang yang saya masak sedap rasanya ialah saya tahulah bos nk beli hati sy kan kan kan.


Sebenarnya inilah pertama kali saya tenguk daging unta..tak ada bezapun dari segi rupa dengan daging lembu cuma rasanya saya tak tahu lagilah..dah lebih dua minggu daging tu keluar masuk freezer..dah beberapa kali bos bertanya sampai dia jadi segan kot..sudahnya semalam saya bawa balik dan berazam nak masak juga walau apa terjadi.

Inilah antara bahan2 untuk buat rendang unta ni..sama je macam rendang daging biasa.

Hah!! Apa? nak bodek bos? nak mintak bonus lebih..? nak mintak naik gaji? alaaa bos ni bukan ada kuasa pun nak bagi bonus atau gaji lebih..ada 12 kepala big2 bos yang nak kena hadap kalau nakkan bonus atau gaji lebih..hmmm..takpelah terimakasih je lah..takde faedah pun kalau merayu tu semua..cukuplah apa yang ada terimalah sebagai setakad itu rezeki dari Allah..kalau dah setakad tu rezeki kita buat macam mana pun banyak tu lah..tak perlu berkeloh kesah..


Oklah saya pertontonkan bahan2 dan hasilnya..yes!! hasilnya..semua kata sedap espesly bos..memang langsung tkde rasa hanyir ke..bau2an ke..sama sebijik macam daging lembu...malahan dagingnya lebih manis..

ok daaaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...