Klik Klik

Saturday, February 19, 2011

Happy Besday Aiman N Thanks Cipa

Bismillah...Assalam.
19Feb...Sejak berminggu2 sebelum datangnya tarikh ini aku dah ingat..today adalah besday anakku yang no dua..Aiman Zarif..dah berusia 15 tahun pun..dah lebih tinggi dari aku ibu dia...Sejak kecil, Aiman tak banyak kerenah, aku selalu cakap 'senangnya ibu bela abg' (panggilan untuk Aiman)...sangat bertanggungjawab terhadap satu2 adiknya...dialah yang aku harapkan menjaga adiknya andai aku tiada lagi di dunia ini kelak.

Tahun ini Aiman akan menduduki PMR..aku bercadang memohon asrama untuk Aiman supaya dia dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan peperiksaan yang akan dihadapi nanti. Mudah2an permohonan dan rayuan aku diterima.

Aiman Zarif

Aiman tak pandai meminta2 macam adiknya yang suka membuli..dia tak bagi hint pun untuk hadiah besday dia, awal2 lagi aku dah ingat tapi buat tak tahu jer..mesti dia ingat aku lupa.


Inilah hadiah buat Aiman untuk besday dia yang ke 15, dua tiga hari lepas Aiman ada berbunyi..nak jam tangan tapi aku cakap tunggulah ibu ada duit nanti...walaupun masa tu dalam hati dah terfikir nak hadiahkan dia jam tangan. Jam ni murah je bagi anak2 yang ibu ayah dia mampu..tapi bagi aku dah cukup mahal buat Aiman..cuma RM49.90 je.Inilah jam yang paling mahal penah aku belikan untuk Aiman.

Sejak memulakan hidup baru blog baru, inilah penghargaan pertama yang aku terima dari seorang blogger yang baru aku kenali CIPA..nanti aku letakkan link kat sini..sape2 yang nak kenal Cipa ni bolehlah terjah blog beliau yer..terimakasih buat cipa yang layak aku panggil anak kerana sebaya dengan anak perempuan aku..thanks CIPA bagi award buat auntie..luv u.

Di rumah baru ini banyak lagi lagi kekurangan di sana sini...aku pulak jarang dapat berblogging dan BW ke rumah kawan2 jadi rasanya rumah baru ini agak slow dan kurang meriah sambutannya..insyallah bila segala masalahku selesai aku akan lebih kerap berblog dan ziarah kwn2 untuk menambahkan lebih ramai sahabat Maya di rumah baru ini.


~Terasa pedih meninggalkan kenangan lama..walaupun sesekali hati teringin kembali ke sana..namun apakan daya~

Thursday, February 17, 2011

Aku Nak Masuk Bloglist Atok

Assalam...
Masa jalan2 kat blog Iman tertarik hati baca entry terbaru dia ni..so teruja juga nk tenguk apa yg ada..bagus gak kalau dapat sertai bloglist Atuk ni..mudah2an dapat banyak petua berguna. Tenguk tuan punya blog ni mude belia hensem lagi..ingatkan dah tua mcm kat header ni..:)


Sesiapa yang nak join bolehlah terjah ke blog atuk ni Petua Kita Semua
jom semua ramai2 ke blog Atuk ni.

Saturday, February 12, 2011

AlQuran Besar

Bismillah...Assalam..
Dah masuk 2 hari tak jenguk kotak emel...amboi...beratus2 emel menunggu untuk dibaca...antara emel menarik yang aku terima adalah kisah Al Quran Besar tulisan tangan yang berusia 500 tahun milik perpustakaan John Rylands Universiti..Subhanallah....jom layannnn...

 Sebuah kitab Al Quran bertulis tangan berusia 500 tahun, sebanyak 470 halaman berukuran 35x 24 inci, sama dengan skrin TV plasma besar. Kitab ini ditulis oleh bebrapa ahli Kitab Iluminator untuk Kansuhal-Ghuri, Sultan Mameluke kedua terakhir dari Mesir.

Ahli sejarah berpendapat kitab ini ditulis bermula pada separuh  kedua abad ke 14 hingga tahun 1500. Pada mulanya ia disimpan di perpustakaan Sultan di Kaherah dan akhirnya diambil alih oleh Earl dari Crawford.

Quran adalah salah satu daripada beberapa naskah yang menjadi koleksi Crawford, pelbagai artifak diambil alih oleh Earls Crawford Kitab ini dibeli oleh Enriqueta Rylands pada tahun 1901 dan menjadi koleksi perpustakaan suaminya John Rylands. Perpustakaan ini akhirnya menjadi  sebahagian dari University of Mancester sekarang.

Kerja-kerja menyalin setiap helaian muka surat Al Quran ini sedang dilakukan menggunakan teknologi digital yang diketuai oleh En Carol Burrows di University of Manchester' John Rylands library. Salinan tersebut akan dipublishkan sebagai AlQuran digital online untuk para pelajar yang hendak membuat rujukan.

Keadaan kitab ini yang sudah berusia ratusan tahun ini semakin rapuh tidak mengizinkan untuk dijadikan sebagai kegunaan umum. Sebagai ganti Kitab digital online akan diterbitkan.

Orang Barat yang bukan beragama Islam menggunakan Kitab AlQuraan sebagai rujukan..bagaimana pula kita?Jadikan alQuran sebagai panduan hidup insyallah pasti selamat di dunia dan akhirat.


p/s Hanya padaMU ku serahkan segalanya..

Selawat Dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sempena Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal@15 Februari ini.

Friday, February 4, 2011

Pindah Rumah Baru....banyak keja nak buat...

Assalam...

Bila pindah beli rumah baru ni, banyak sungguh keje yang terpaksa aku buat..sejak pindah aku tak sempat lagi nak ziarah geng2 lama...hari ni baru sempat..tu pun baru 5,6 orang.....tenguk kat rumah lama ada 390 jiran aku yang aku sayang.....sesekali aku ziarah juga rumah lama tu buang2 sawang..bila rumah baru ni dah ramai jiran tetangga baru lah aku cadang nak tutup roboh je rumah lama yang terlalu banyak menyimpan nostalgia..namun rumah lama  terpaksa aku tinggalkan...waalau terlalu bnayak kenangan pahit manis di sana...Di sana aku kenal dia, dia dan dia...hah!ramainya dia!

Sejak pindah kain baju semua berabuk...nak kena cuci dan sidai...mujur rumah baru ni banyak tempat idai kain...hehehe..
Katil, tilam dan hamparan baru, semua nak dipasang....takpe janji pindah rumah baru ni hati aku gembira sangat..mudah2an rumah baru ni membawa rezeki.tuah dan sinar bahagia. buat aku sekeluarga.

Jenuh gak aku sorang2 nak bekemas..perak tembaga semua nk digilap semula...kalau tak kusam je dimakan hari..

Aduh..penatnya....kain2 baju yang dah dicuci,disidai dan diiron sebelum disimpan dalam almari...

Ok...semua keja yang asas dah siap...bolehlah lurus2 kaki sambil pekena teh o panas...kalau ada goreng pisang panas lagi sedap...

Sebenar aku baru saja pindah rumah baru ni sejak 30Jan2011 lepas...sahabat aku yang baik hati macho dan hensem Zain Mazlan yang buatkan rumah baru ni...free of charge katanya sebagai hadiah sempena tahun baru dan untuk ubati hati aku yang asik terluka ini....

Nama Nyanyisunyi ini aku adaptasikan dari sebuah Novel karya seorang penulis wanita yang juga mengambil nama dari tajuk himpunan puisi tulisan Amir Hamzah dari Indonesia...rasanya tak salah aku gunakan nama ni kan..sebab aku suka sangat novel Nyanyisunyi itu. Aku harap rumah baru ini akan lebih bercahaya dan beri kebahagiaan buat aku dan anak2.


~Dari HatiKu Sentiasa Bernyanyisunyi~

Tabung Anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...