Bismillah....
Biasanya hujung2 minggu macam ni barulah dapat minum pagi, makan tengahari dan minum petang sama2 hero aku yang dua org tu..itu pun sebab Abdullah Zaki tak berapa sihat..
so sepanjang hari dia melekat kat rumah..kebiasaannya jika dia sihat, seawal pukul 7 pagi lagi dia dah ke padang bermain bola..petang nanti barulah nampak batang hidung dia dengan muka berkilat panas terbakar dek matahari...petang semalam badan dia panas semula..bila bagi ubat ok sekejap....dari pagi tadi aku rasa demam dia dah kebah..tenguklah sekejap2 lagi..harap2 dia dah sembuh betul...runsing betul hati aku bila anak2 tak sihat ni...tapi hati ibubapa mana yang tak risau bila anak2 tak sihat.
Baca komen AzwanDegkil semalam...kata beliau. bila anak sakit rasanya mintak biar sakit itu pindah pada dia..tapi aku tak boleh mintak macamtu...kalau aku sakit, sape yang nk masak, nak basuh baju, nak jaga anak2 dan yang penting nak cari duit..sebab akulah ibu, akulah ayah dan akulah penjaga anak2...kesian anak2 jika ibu diaorg sakit..lainlah Azwan...kalau dia sakit ada isteri boleh jaga, kalau isteri sakit bolehlah suami jaga kan....kalau aku sakit pun buat2 macam tak sakit..sabar je lah.
Inilah menu untuk pagi tadi....mee goreng..anak2 suka, aku pun terlebih2 suka....kerap juga hari bekerja aku buat lebih bawa ke ofis...jamu kengkawan sekali...hati aku sentiasa ikhlas bila jamu kengkawan tapi aku tak faham nape kadang2 keikhlasan aku ada juga yang salah ertikan..takpelah hnaya Allah yang tahu....
Menu untuk tengahari tadi aku masak sup ayam dengan campuran kentang, kobis bunga dan buah tomato...biasanya sayur2 tersebut aku yang makan..lawan pula dengan sambal belacan..nampaknya Abdullah zaki dah ada selera makan, tapi kenalah aku suapkan...
Untuk petang pula..sambil2 memasak sup tadi aku sediakan pengat pisang....aku memang sukaaaa sangat pengat pisang...guna pulak pisang nangka..letak sikit sagu mata ikan....tak sempat makan lagi..masih awal lagi...sape2 yang terliur tu ampun maaf ye...memang sengaja bagi ko orang terliur....:))
Kalau di blog lama dulu yang dah jadi kenangan tu banyak juga menu2 mcm ni...so di blog nynyisunyi ini juga aku akan kerap bercerita apa yang selalu aku masak....
Sdr Abu Muaz ada bertanya: mengapa "Nyanyisunyi"?kerana aku tak mahu 'Lara" lagi....walaupun sunyi, hati aku tetap bernyanyi...
~~Walaupun aku kini bernyanyisunyi di sini, hatiku tetap di sana, merindui setiap detik indah yang telah ku tinggalkan~~