Setiap pagi aku pasti menyediakan sarapan pagi buat anak2......lebih2 lagi untuk Aiman Zarif..dia rajin juga bawa bekal ke sekolah.......tapi bila tiap2 pagi nak sediakan sarapan ni pening juga nak fikir apa yang nak dimasak..kadang2 apa yang terlintas difikiran itulah yg dimasak...janji ada bahan2...
Cekodok ikan bilis...oleh kerana anak-anak kurang suka ikan bilis dan bawang dalam cekodok..maka aku mengisar semua bahan2...campur sebiji telur ayam, gaul dengan tepung..dan goreng hingga gareng.
Spaggeti dan nasi goreng...nasi goreng untuk minum pagi, manakala spaggeti untuk makan tengahari...kira oklah kan.
Sesekali pekena spaggeti buat makan tengahari sedap juga...banyak2 menu aku rasa membuat sos spaggeti paling mudah,cepat..sambil pejam2 mata pun boleh masak..:))
Sos cili untuk cekodok@jemput2 ikan bilis aku buat sendiri tanpa menggunakan cuka..selalunya aku akan buat lebih dan simpan dalam peti ais...bila2 teringin makan jemput2 ikan bilis, sosnya dah siap sedia...
Jemputlah semuanya menjamu selera.....








