Klik Klik

Sunday, May 29, 2011

Saat ini...Adakah kau rasa apa yang aku rasa...

Bismillah...

Saat ini..waktu ini adakah kau rasa apa yang aku rasa?

Saat ini aku rasa terlalu SEPI....

Hingga mencengkam sanubari...
Serasa ingin kuberlari tanpa henti...

Mencari sesuatu yang belum pasti....


~~Selamat bercuti buat semua cikgu-cikgi dan teman2 lain yang turut bercuti, dunia MAYA ini pasti sepi tanpa kalian~~



Friday, May 27, 2011

Lelaki Melayu Terakhir?

Bismillah..

Muga Jumaat yang mulia ini kita dikurniakan kerberkatan dari Yang Maha Pengasih dan Penyayang....Hari Jumaat, waktu rehat agak panjang dari hari biasa untuk membolehkan kaum adam menunaikan solat Jumaat..manakala bagi kaum hawa pula biasanya pegi window shopping dan bershopping...

Aku terlalu jarang window atau shopping waktu rehat hari Jumaat..biasanya bekejar balik ke rumah memasak......tengahari tadi seorang ofismate mengajak ke Giant Nilai...nak cari barang sikit...oleh kerana Abdullah Zaki awal2 lagi dah ke sekolah jadi dapatlah aku mengikut ofismate tersebut ke Giant..

Lepas dapat apa yg dihajati, kami masuk ke sebuah restoran nasi ayam......wah! penuh juga pelanggan...separuh darinya kaum adam, berbangsa melayu dan pastinya beragama Islam...dalam hati aku berkata...diaorg ni mesti pegi solat Jumaat lepas makan..(masa tu dah pukul 1.30petang..)

Di bahagian tengah restoran tersebut ada lebih kurang 10 org kaum adam berbangsa melayu  sedang menikmati makan tengahari, rasanya mereka dalam satu kumpulan, rupanya ada seorang  berbangsa Cina dan aku dengar mereka memanggil BOS.......aku rasa rata2 mereka berusia dalam lingkungan 30 ke 40 an....sambil makan mereka bersembang dan ketawa berdekah2 tanpa silu.

Menjangkau pukul 2 petang mereka masih lagi di situ dan....maknanya mereka memang tak pergi solat Jumaat...aku bukan nak jaga tepi seluar diaorg..memang kubur masing2 jaga...tapi aku pulak rasa sangat malu melihat lelaki2 seusia begitu, seagama dengan aku duduk2, makan2 bergelak tertawa tanpa rasa malu pun tak pergi solat Jumaat...kalau tak malu dengan Allah malulah kat kitaorg perempuan2 ni...hmmm...suami siapakah agaknya, ayah siapalah agaknya dan anak siapalah tu....

Dan yang aku sangat pasti rupanya BOS diaorg yang berbangsa Cina atau lelaki yang dipanggil BOS tersebut belanja makan tengahari...sebab nak jaga hati BOS dan terima belanja BOS mereka sanggup tinggalkan Solat Jumaat...mereka sanggup tinggalkan BOS mereka yang lebih BESAR dan AGUNG....iaitu ALLAH.

Hai lelaki...lelaki.....dimanakan ku cari LELAKI MELAYU TERAKHIR.....

Wednesday, May 25, 2011

Rahsia Hati..andai dapat ku kongsikan...

Bismillah..

Semua orang pasti ada menyimpan rahsia hati.

Ada rahsia yang boleh diceritakan, dikongsi bersama seseorang dan ada juga rahsia yang tidak mungkin dikongsi bersama...

Andainya detik ini aku dapat berkongsi rahsia hati ini dengan kamu, kamu dan kamu...tentulah aku tidak merasa begini tertekan..

Namun apakan dayaku...tidak mungkin aku bercerita tentang rahsia hati ini kerana......kerana aku seorang ibu...aku seorang perempuan...aku seorang anak...kerana aku hanya mahu anakku bahagia...

Tuesday, May 17, 2011

Sambal belacan pun sedapppp....

Bismillah...

Bila cuti2 macam ni..terasa jugak nak masak special sikit...tapi bila pegi kedai takde apa yang menarik...sudahnya inilah menu untuk hari ini....aku tak berapa suka masakan berlemak ni...dalam sebulan adalah sekali sekala aku masak...kalau masak pun sebab anak2 suka..aku cuma makan isinya, kuah aku tolak ke tepi...
 Masak lemak nanas dengan udang....tang nanas tu aku memang suka sangat...bab udang yang aku kurang sikit...anak2 makan udang aku makan nanas jer..

Bila masak lemak ni sambal belacan wajib ada...perah dengan limau nipis...pergh!!...kecor air liur dibuatnya...yang aku suka tu anak2 pun ikut makan sambal belacan ni..Zaki siap request lagi...nak sambal belacan...makan nasi panas2 dengan ikan goreng, sambal belacan dan ulam timun pun dah cukup bagi aku...best..

Ni pulak lawan dengan menu kat atas tadi..ayam goreng, untuk lebih sedap, selain dari garam dan kunyit, gaul sekali dengan sesudu cili kisar..goreng jangan garing sangat.....makan masa suam2 kuku memang sedap..

 Bersyukurlah ada rezeki untuk hari semalam, hari ini dan insyallah esuk...alhamdulillah anak2 tak cerewet..apa yang aku masak diaorg makan je.....petang ni pulak aku cadang nak buat cekodok ikan bilis...sambil2 berehat tu makan dengan teh o panas...ok lah tu...

Jom ke dapur...

Sunday, May 15, 2011

Bibir Bak Delima Merkah....:))

 Bismillah.. 

 Aduhai.....bila bibir yang kuat bercakap ini terkena ulser...jadilah pendiam sikit.

Sabtu minggu lepas semasa sedang leka mengunyah makanan tetiba tergigit  bibir.....selang 2 hari jadilah ulcer...diikuti pecah2 bibir...ramai yang kata badanku kekurangan air..padahal dah berbotol2 air mineral masuk dalam badan....mujurlah bukan dalam mulut yang kena, cuma tepi bibir...walaupun sekadar dipinggiran namun sakit ketika hendak menggosok gigi bukan main lagi...rasa nak putus semua urat saraf..ngilunya hingga tangkai hati..

Dalam keadaan yang tak berapa sihat dan tak selesa itu..datang pulak audit dalam buat pemeriksaan mengejut di opis..mujurlah semua keja2 yang penting dah siap...cuma renyah sikit bila diaorg nak itu ini...nak cuti sakit pun asik ditangguh2......hinggalah habis seminggu dan ulcer pun dah hampir nak sembuh...tak pun pegi jumpa doktor sebab ingatkan dua tiga hari boleh pulih...nah! seminggu baru betul2 ok..Alhamdulillah.

Dua hari lepas dalam sibuk2 nak juga jenguk rumah yang kerap kena tinggal ni...tapi tak boleh buka......tak boleh sign in..pesanan penaja (blogspot) tu kata tengah buat keja2 maintainance..katanya 'can read only" wah!!..suspen gak aku,  takut  langsung tak boleh sign in..hari ni baru sempat buka..alhamdulillah...dah ok seperti sediakala..blogspot ni buat suspen aku je....


~~Aku cuma sakit sedikit...cuma terlalu sedikit diuji olehNYA...sedangkan seorang teman diuji begitu berat..dia disahkan mengidap cancer payudara,tiada kata2 dapat aku luahkan~~

Sunday, May 8, 2011

Dia Ibuku

Bismillah...
Inilah wajah wanita yang melahirkan aku..ramai yang kata wajah aku seiras..itu sebabnya aku ngam dengan mak.

~Bukan kerana sempena sambutan hari ibu membuatkan aku ingin bercerita mengenai wanita yang aku panggil mak ini..sudah lama ingin bercerita tapi hari ini lah yang paling sesuai~

1. Nama mak aku Mazenah bte Osman. berusia 73 tahun pada tahun ini.
2. Berkahwin dengan abah aku Mahmud bin Hj Hussin berusia 80 tahun ini.
3. Hidup susah masa anak2 kecil..lalu mula berniaga kain kepunyaan seorg kenalan, dari rumah ke rumah...dengan mendapat komisyen dari jualan kain tersebut.
4. Mak pandai memasak lalu menafaatkan bakatnya berniaga dikantin sekolah masa aku darjah 6.
5. Mak pernah berniaga gerai makan di depan rumah dan membuat berbagai jenis kueh jualan...
6. Kueh cakoi mak tiada tandingan..ramai yang dtg belajar dengan mak tapi tiada yang mampu menandingi mak..(aku juga tak pandai2 nak buat)

7. Mak mula mengambil tempahan memasak nasi beriani untuk jamuan dan majlis2 kenduri kendara di kampung dan kampung sebelah2...Lontong, mee rebus singapore, bihun singapore, mee goreng, bistik, ayam masak merah, daging beryani, epok2 sayur...sebut apa saja...asal dari tangan mak mesti mantop!!

8. Dengan keuntungan menjual kueh cakoi dan mengambil tempahan masak, mak dan abah berjaya menunaikan Fardhu Haji masa aku remaja.....diikuti pula mengerjakan Umrah beberapa kali.

9. Aku tahu mak aku seorang yang kuat bekerja...tiada istilah penat atau letih bagi mak..itu sebabnya mak aku mampu ke Mekah beberapa kali berkat kegigihannya...hingga saat usianya begini mak masih mengambil tempahan memasak dan berniaga barang2 dari Kelantan dan Terengganu...aku tabik spring kat mak.

9. Mak pernah jatuh sakit sewaktu aku baru mendirikan rumahtangga dulu..puas berubat, alhamdulillah mak pulih walaupun kesannya masih ada hingga sekarang.

10. Mak pernah terjatuh semasa hendak mengambil wuduk dan patah pergelangan tangannya..saat yang paling menyedihkan hati aku...berbulan juga mak baru pulih.

11. Satu pesanan mak yang aku takkan lupa sampai bila2 "bila memasak untuk jualan atau tempahan, masakan mesti sama seperti yang kita masak di rumah" itu sebabnya masakan mak the best kerana bahan yang digunakan ialah keikhlasan.

12. Mak sangat kuat menjaga ibadahnya....anak menantu sentiasa diberi peringatan. lebih2 lagi waktu subuh...tak kira siapa mak pasti mengejutkan untuk bersolat.

Sebenarnya jika nak diceritakan pengorbanan mak aku...satu hari satu malam pun belum tentu habis.....

Aku anak mak satu2nya yang kerap menghadapai masalah rumahtangga dulu ..tapi seboleh2nya aku tidak mahu bercerita pada mak kerana tidak mahu menyusahkan hati mak..aku tak sanggup lihat mak sedih atau muram wajahnya...kalau boleh aku mahu mak sentiasa bahagia dan ceria...

Ada lagi nasihat mak pada aku...oleh kerana satu ketika dulu aku pernah menderita.... maka mak sebolehnya tidak mahu aku berumahtangga buat kali keduanya..kerana tidak mahu aku menderita lagi.....mak tak tahu betapa sepinya hati aku ini aduhai mak....

Aku janji dengan mak tidak akan melukakan hati mak...aku janji akan bahagiakan mak walaupun tidak mampu dengan kemewahan..

Mak....dialah ratu hatiku, dialah mentorku, dialah penawarku, dialah satu2nya di dunia ini...dialah ibuku.

p/s mak aku sedih hari ini...kerana............................................:((

Saturday, May 7, 2011

Bila Anak Pandai Mula Demand....

Bismillah....
~SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU BUAT SEMUA IBU2 YANG SINGGAH DI SINI~

(Gambar ihsan google,tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati)

Berserita tentang anak-anak, tidak ada ibu bapa yang tidak pernah menghadapi masalah dengan anak2..tak kiralah samada di kampung atau di bandar...tidak kiralah masalah itu kecil atau besar...asal sebut anak2 pasti ada ibu bapa yang sering naik darah tingginya dengan kerenah mereka...apa lagi kalau ibu atau bapa itu berstatus ibu atau bapa tunggal...bukan mudah nak menjaga anak2 sendirian...lebih2 lagi anak2 yang sedang meningkat remaja...pening dibuatnya.

Beberapa hari lepas aku mendengar keluhan berat seorang ibu, seorang kawan kepada kawanku.., dia bukan ibu tunggal macam aku....... dia ada suami tapi macam tiada...suaminya bertugas di lain negeri, sebulan 2 kali suaminya balik menjenguk dia dan anak2...anaknya cuma 3 orang...ketiga2 lelaki...anak yang ke dua dianugerahkan otak yang bijak...

Selepas menerima keputusan 9A1 dalam PMR anak keduanya menyambung pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh..bila dah duduk asrama, bercampur pula dengan budak2 yang seangkatan dengannya tapi dari kalangan anak orang ada2..sedangkan dia cuma anak orang biasa2, hanya ayah yang bekerja biasa-biasa manakala ibu suri rumah tangga sepenuh masa...

Sejak pandai berkawan dengan anak orang ada2 ni, si anak yang otak bergeliga ini dah mula pandai meminta itu ini..dah pandai demand dan memerintah....jika nak kan sesuatu barang mesti nak yang branded dan mahu segera dihantar..tak kiralah walau dia tahu jarak sekolah dan rumah ibunya memang jauh..memakan masa setengah hari jika hendak pergi.

Jika si ibu meminta tangguh sehari dua lagi, dia mula memberontak hingga keluar kata2 "Kata nak suruh belajar pandai2 tapi angah mintak ibu tak bagi, macamana nak belajar..tenguk kwn2 angah, apa diaorg nak mesti mak bapak diaorg bagi".  tersentap hati si ibu dibuatnya...jadi si ibu terpaksa juga mengadakan apa yang diminta...walaupun kadang2 apa yang diminta tiada kena mengena pun dengan pelajaran.

Susah juga bila anak yang rasa dia pandai sangat dah mula berlagak sombong dengan ibu bapa sendiri....macammana pulak keadaanya bila dah bekerja dan jadi bos..tentulah lebih sombong dan berlagak..sedangkan dengan ibubapa sendiri pun dia berani tunjuk sombong apalagi dengan orang bawahan....susahlah jika satu hari kelak dia jadi seorg pemimpin yang sombong,berlagak dan demanding .......tak ke huru hara  pemerintahan Negara kita bila ada pemimpin macam tu.

Cuba2lah fikir2kan dan renung2kan........bak kata Nabil  " Lu pikirlah sendiri".

~Anak2...bahagiakanlah hati ibu walaupun seketika..jangan diluruhkan hati ibu, jangan buat airmata ibu mengalir, jangan buat hati ibu terluka lagi, kerana ibu hanya ada kamu~

Thursday, May 5, 2011

Sos @ Kuah Spaggeti

 Bismillah...

Bagi memenuhi permintaan Piasara dan kakcik, di sini aku perturunkan resepi sos spaggeti..yang simple, senang, mudah dan boleh disediakan dalam masa 10 minit sahaja..tidak memerlukan bahan2 yang pelik2 seperti yang kerap aku lihat dalam mana2 resepi sos spaggeti. 

 Daging kisar: dilembutkan, dibasuh dan ditoskan.

Bahan-bahan

3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji bawang besar - ditumbuk halus
2 sudu besar cili  (jika suka)
1 ketul daging kisar (ramlee burger)
1 tin@botol sos spaggeti kimball atau prego
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan cili - kacau
masukkan sos spaggeti dan tambah 1/2 botol air - kacau rata.
masukkan daging kisar dan kacau hingga betul2 masak.
Tambah garam ikut rasa, jika pekat tambah air.


Siap untuk dihidang bersama spaggeti yang telah direbus.

Selamat mencuba...

Tuesday, May 3, 2011

Alhamdulillah..

Bismillah..
Alhamdulillah..pagi tadi sebelum waktu ofis bermula, dengan bantuan seorang ofismate......aku berjaya juga menghantar bekalan Aiman ke sekolah......berseri2 wajah Aiman waktu melihat aku sampai di kelasnya tadi...tersengih2 dia dengan segan2 mengambil bekalan dari aku...apa taknya teruk diusik dek kawan2 sekelas..

Terimakasih pada teman2 yang singgah di sini dan meninggalkan komen buat aku pagi tadi...insyallah semua komen2 akan dijawab kemudian..termasuk entry ' kala hujan '

Tengahari tadi aku sempat masak asam pedas ikan bawal dengan terung (gambar tidak disertakan)...dan untuk minum petang aku buat pengat pisang...sambil buat keja2 ofis tadi sambil menikmati pengat pisang kesukaanku.....untuk resepi sos spaggeti yang diminta oleh kak cik dan piasara insyallah akan menyusul kemudian nanti...nak bagi resepi kenalah ada gambarnya sekali baru ok..

Insyallah...

Aduhai..bila bekal anak tertinggal..

Bismillah...
 Inilah nasi lemak Aiman yang siap aku tapaukan untuk dibawa ke sekolah

 Seawal subuh aku sudah bangun untuk meyiapkan minum pagi anak2..pagi ini aku masakkan nasi lemak dan cucur udang..Aiman minta aku tapaukan nasi lemak untuk ke sekolah..selepas bersiap, Aiman mencium tangan dan pipi ku sebelum memulakan perjalanan ke sekolah.... aku akan melihat dia pergi dari jendela rumah hingga dia hilang dari pandangan mata...

Giliran aku pula mengemas apa yang patut...Allah! aku terpandang bungkusan nasi lemak Aiman yang terletak kemas atas meja makan...terkilannya hati aku..Aiman tertinggal dan aku pula tk perasan......lebih aku rasa sangat terkilan Aiman meninggalkan duit belajna bila ada bekal yang dibawa...nak aku hantar, aku tiada kenderaan.

Mahu minta tolong kawan2 ofis...masing2 masih dalam perjalanan...tapi walaumacam mana pun aku akan berusaha menghantar juga bekalan Aiman...Insyallah...mudah2an sekejap lagi ada yang sudi membantu.

Monday, May 2, 2011

Kala Hujan

 Bismillah

Bila cuaca mula mendung dan diikuti hujan, aku mulalah merasa sepi dan pilu...bertahun begini, rasa dah sebati dalam diri namun cuaca kerap mempengaruhi hati dan perasaan...tidak boleh nak menipu hati..bila orang bertanya...tak sunyi ke duduk sorang2 kala hujan, kala anak2 tiada bersama...ish...memang menipulah namanya jika aku kata tak!.

Sesekali bila adik2 datang ke rumah, terasa betapa gembira dan meriah..tapi bila semua sudah pulang ke distinasi aku kembali seperti sediakala....sendiri dan tetap sendiri...mujurlah aku seorang yang 'hantu' buku...sekurang2nya kesepian aku isikan dengan membaca...
 Inilah suasana kala hujan turun di kawasan kediaman aku...kiranya aku tetap beruntung kerana di hadapan tempat tinggal aku ada kedai makan yang dibuka hingga ke pukul 3 atau 4 pagi...tidaklah terlalu sunyi...walaupun sememangnya hati aku tetap sunyi sepi...:((

Terkenang kata2 Cik Biru (lama tak singgah rumah cik biru, apa khabar agaknya dia)

"Sepi2 idalara masih ada anak2 jika dibanding dengan saya yg seorang diri tanpa sesiapa"

Betul kata cik Biru..tapi anak2,...bila meningkat remaja mereka ada kehidupan mereka sendiri..lebih2 lagi budak2 lelaki...pagi sibuk main bola..petang bola dan bila malam dah penat tergolek tidur..baru sempat bercakap sepatah dua dah lena...apa nak buat.. mungkin begini suratan takdir...kelak aku tetap sendirian hingga ke akhir hidupku.


~~Terlalu sepi membuat aku menulis apa saja yag terasa mahu ditulis....mahu bercakap dengan siapa..mahu bercerita tiada teman di sisi...di sinilah tempat aku bercerita~~

Sunday, May 1, 2011

Pesta Buku dalam kenangan....

 Bismillah....

Alhamdulillah...sangat puas hati! itulah yang mampu aku katakan setelah pertama2 kalinya aku dapat ke pesta buku 2011 di PWTC semalam,,....dalam pada tiada budjet tu rupanya aku berhabis juga hampir RM300.00...tak mengapa daripada aku berhabis membeli benda2 yang tak bermanafaat...penat dah tak terasa bila hati sangat teruja melihat terlalu banyak bahan2 bacaan yang nak dipilih..pengunjung memang terlalu ramai...berasak2 dan berebut2 hendak mencari dan memilih apa yang nak dibeli.
Alhamdulillah..akhirnya aku dapat juga memiliki dua buah buku ini dengan potongan harga 15%..kalau ikutkan hati banyak lagu aku nak beli tapi memandangkan budjet tidak mengizinkan aku beli mana yang aku rasa lebih penting.
 Dua buah novel tulisan Penulis Habiburrahman yang terbaru..aku sempat bergambar dengan penulis,seronoknya dapat abadikan kenangan dengan penulis yg aku minati...dapat ke pesta buku ni pun kerana adik dari Johor yang mengajak...pucuk dicita ulam mendatang...bagai org mengantuk disorong bantal..pantang dipelawa...aku memang mahu sangat2...anak2pun seronok bila aku beri kebebasan mereka memilih sendiri.
 Dua buah novel yang ditandatangan oleh penulis..Norhayati Berahim dan Habiburrahman El-Shirazy.


Inilah novel2 yang dapat aku beli semalam...rasa sangat berbaloi...menghabiskan duit di pesta buku ini...insyallah jika panjang umur tahun depan aku pasti pergi lagi.. Ada novel yang diberi potongan harga hingga 60%...mana tak teruja nak membelinya.

Bersama penulis Norhayati Berahim di boots NB Kara..

Penulis Habiburrahman El Shirazy..penulis novel Islami yang cukup aku minati..antara novel best seller beliau..Ayat-Ayat Cinta, Saat Cinta Bertasbih dan banyak lagi..

Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak tempat yang tak dapat aku singgah...tapi dah penat sangat dan budjet pun dah cukup.  Satu booth yang aku nak pegi sangat semalam tapi tak jumpa ialah Creative Enterprise..hajat hati nak jumpa Azieazah tapi tak de jodoh juga...takpelah memang belum ada kesempatan nak bertemu..insyallah tahun depan ada lagi.

Hari ini hari terakhir Pesta Buku ini...jom lah beramai2 mengunjunginya sebelum berakhir.

Tabung Anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...