Klik Klik

Thursday, June 30, 2011

Jom Ber Ca Ca...

Bismillah....Assalam..

Bila dengar lagu berentak ca ca..automatik fikiran teringatkan bubur caca yang meriah dengan warna warni...pagi tadi sambil2 buat sarapan pagi aku sempat menyediakan bahan2 untuk bubur caca...buat bubur caca ni tak susah mana pun cuma nak menyediakan bahan yang agak rumit sikit...nak buang kulit keledek dan labu..nak potong2 dadu dan nak direbus pula..

Ke tiga2 bahan tadi kena rebus berasingan..kalau labu direbus dengan keledek..takut labu masak keledek tidak..tepung caca pun tak boleh rebus sama2 kena asing juga...kalau ada pisang dan keladi lagi sedap...tapi ada tiga bahan je kat rumah kira dah ok sangat lah.

Bila semua bahan siap direbus barulah proses memasak santan dan gula...aku hanya menggunakan gula melaka  jadi rasa manisnya  sedang2 aja....Alhamdulillah sebungkus caca dimasak bersama labu dan keledek...dapatlah semua staff di pejabat merasa sama...bak kata pepatah..hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah...(eh betul ke pepatah ni)

Sesiapa yang teringin makan bubur caca ni silakan lah buat sendiri....:)

Friday, June 24, 2011

Macam mana nak atasi ni...

Bismillah..

Masalah bau badan? ketiak berbau sangat tak menyenangkan? apa puncanya?...kadang2 dah pakai macam2 deodorant..tapi bau badan masih tak hilang......lagi kuat berpeluh lagi kuat bau menerjah lubang hidung...ish...sungguh memalukan bila kita lalu disebelah teman2, ada yang menutup hidung...menjeling2 sambil gossip2 di belakang...

Masalah bau ketiak atau bau badan ini bukanlah dianggap masalah yang remeh temeh....ada pasangan yang baru nak kenal2 putus separuh jalan disebabkan bau badan...tapi masalah ini  agak sensitif pada seseorang....bukan mudah kita nak tegur atau beri nasihat supaya orang itu mencari jalan menghilangkan bau badan atau bau ketiaknya...mesti kena caranya nak menegur supaya dia tak terasa kecil hati..tapi bagaimana?

Alhamdulillah di pejabatku tiada seorang pun menghadapi masalah ini, tapi ada seorang juruteknik mesin photostat berbangsa Tionghua.... setiap 2 minggu sekali dia akan datang servis mesin photostat....dia datang tak kira waktu...pagi. tengahari atau petang...setiap kali dia datang semua staff yang berada di tingkat 1 akan jadi sesak nafas.....aku kesian betul dengan dia..bau badan@ketiak dia sangat kuat...hinggakan bila dia tinggalkan tempat yang dia buat keja tadi bau badannya yang sangat busuk itu akan melekat dan tinggal menjadi kenang2an di hati.

Aku rasa macam nak muntah bila terpaksa menghidu bau yang sangat tidak menyenangkan dan hidung aku yang agak sensitif ini sertemerta akan terbersin...officer aku yang mengidap resdung pun boleh terbau bila mamat ni lalu di hadapan biliknya...kami ada berbincang bagaimana nak beritahu dia pasal baunya yang sangat tidak menyenangkan itu.....tapi tiada sorang pun berani nak buka mulut...ada juga niat nak beritahu bos tempat dia bekerja..supaya slow talk dengan mamat ni...kesian dia...mungkin tak ada girlfriend sebab bau badan yang sangat tak menyenangkan..tapi tak sampai hati nak beritahu... takut dia malu atau marah pulak...

Sudahnya......tiap kali dia datang, aku dan semua staff yang telibat akan terganggu konsentrasi bekerja...ini dah kira gangguan seksual emosi...bagaimana cara nak tegur dia? ada sesiapa yang boleh beri pandapat atau cadangan...silakan....manalah tahu dapat juga bantu mamat tu hadapi masalahnya yang agak kritikal.

Sunday, June 19, 2011

Abahku dan Abah Anak-anakku..

Bismillah....Assalam...

Buat anak2ku mungkin mereka tak rasa apa2 pun bila rata2 bercerita tentang HARI BAPA....anak2..telah mengerti mereka telah tiada ABAH sejak 2 tahun lepas...namun aku tetap mengingatkan mereka agar sentiasa berdoa buat arwah Abah mereka...lebih2 lagi disaat anak2 lain sibuk meraikan HARI BAPA buat ayah, daddy,  papa, abah, abi mereka...
 
Hanya doa dan bacaan AL FATIHAH buat arwah abah anak2ku...arwah seorang bapa yang penyayang... dan tiada duanya buat anak2ku.

Ciuman seorang isteri yang telah berpuluh tahun hidup bersama, susah senang penuh onak dan duri..namun tetap kekal hingga akhir hayat mereka nanti...INSYAALLAH.

Buat ABAH ku Hj MAHMUD BIN HJ HUSSIN yang akan berusia 80 tahun pada 27 November 2011 ini.........tiada kata2 yang dapat aku gambarkan tentang peribadinya yang cukup aku kagumi....ABAH yang sangat garang masa mudanya kini mampu bergurau senda dengan aku dan anak2 lain...abah yang tidak pernah menunjukkan dia rindu pada semua anak2nya padahal aku tahu itulah yg dirasainya dihari2 tuanya..abah yang sangat sederhana hidupnya dan kini hanya mengabadikan seluruh sisa2 hidupnya untuk bekalan di SANA kelak.

SELAMAT HARI BAPA buat ABAH, muga ABAH diberi kesihatan yang baik, diberkati dan dirahmati setiap masa oleh ALLAH SWT....juga buat semua lelaki yang bergelar BAPA..muga kamu menjadi bapa contoh terhadap anak2 kamu....

~~Tiba-tiba saat ini aku terkenangkan dia hilang  yang entah kemana~~

Wednesday, June 15, 2011

Rindu seorang MAK....(MESTI BACA)

Bismillah..

"Assalam....bang..mak dengan abah kirim salam..mak kata rindu sgt lama tak tenguk muka abang..abah cakap.....abah bukan nak duit abg pun kalau abang balik"

Itulah SMS aku pada abg aku yg ke 3 pada hari sabtu lepas.....tp dia tak jawabpun...kalau aku adik yg kurang ajar..aku mintak maaf...aku tak kisah kau tak maafkan aku asalkan mak dan abah sentiasa redha dan maafkan aku...aku tak kisah kalau kau nk putuskan hubungan tali persaudaraan antara kita asalkan mak dan abah tidak buang aku.

Sabtu lepas aku berkesempatan balik Melaka ziarah mak abah... masa balik Melaka dalam bulan April lalu aku dengar keluhan mak dan abah..tentang anak lelakinya yang ke 3 (abang aku)..mak kata dah lama benar mak tak tenguk anak mak yang ke 3 tu, mak dah rasa rindu sangat..... kata2 itu bukan aku yg reka tapi keluar dari mulut mak.... ..

Dalam tak banyak cakap abah berseloroh...."Abang Z kauorang pegi luar negara ke.."..mula2 aku tak faham apa maksud abah..akhirnya aku faham...sebab dah lama sangat dia tak balik jenguk mak abah..seolah2 dia ke luar negara...hingga kini aku rasa dah hampir setengah tahun abg ke 3 aku tu tak jenguk mak dan abah.....

Banyak kali aku bagitahu kak ipar aku (isteri abg) supaya suruh abg balik jenguk mak....nak kata jauh sgt mcm Melaka dgn Sepang..Melaka dengan JB ke...tak de kereta mcm aku ni ke......kereta ada 2....isteri dia kata, kalau abg tkde duit dia tk mahu balik...mak dan abah bukan kemarok sgt duit anak2..kalau anak2 ada lebih..bagi..kalau tkde..takyah..janji balik jenguk mak...

Aku tak faham apa masalah abg aku tu, aku rasa mak dn abah takde buat apa2 kesalahanpun pada dia..(adake ibubapa buat salah dengan anak2?... kalau adapun mereka tetap ibubapa yg melahirkan kita....)abg aku duduk sama negeri....tak sampai 30 min dgn berkereta boleh sampai rumah mak..dia boleh bagi alasan keja tk boleh cuti, ahad kan ada...malam pun boleh......bulan lepas masa aku call, diaorg eluk2 je kat Singapore..jenguk anak dia kat sana...agaknya dia nk mak dgn abah buat mcmtu...pegi menyembah dia....dia tak tahu ke apa hukumnya lukakan hati seorang mak..dia tak tahu ke dengan memandang wajah mak dan abah jkita dgn mudah boleh dapat pahala (aku rasa nk menangis masa ni)..
Aku tahu mak dgn abah memang sentiasa tunggu anak2 balik...bila aku balik ada saja buah tangan mak bagi kat aku, tenguk kain kat atas tu...silk lagi...harga nak dekat 2 ratus (selalunya bila kain tu aku rasa bekenan mak mesti bagi :))..bulan lepas balik pun dapat kain juga..(mak aku jual kain ela dan mcm2 lagi)...kalau aku bagi mak dengan abah duit..mak berat je nak ambil..abah pun sama..mak mesti tanya.."kamu ada duit ke?..." mak..kalau aku bagi mak duit lagi berkat...insyallah lepas tu mesti aku dapat rezeki lain..

Aku nak pesan kat abang aku (sekiranya dia terbaca blog aku ni)dan sesiapa saja yg ada mak ayah..cubalah sedaya upaya menjenguk mak ayah sementara mereka masa ada di dunia ini...jangan pulak bila kita dah tua nanti anak2 buat mcmtu kat kita..baru tahu macam mana rasanya...

Ingat..syurga letak di bawah telapak kaki seorg IBU..

Sunday, June 12, 2011

Semalam yang indah...

Bismillah.

Semalam...11 Jun 2011....kira2 pukul 10.30 pagi, aku  menghantar Abdullah Zaki ke rumah seorang kawannya yang akan turut sertai ke Kem Remaja, mereka akan dihantar oleh ayah kawannya di Dewan Orang Ramai BBST.........disitu mereka menunggu bas yang akan membawa mereka ke Kem G-Jijan......setelah memastikan semuanya ok..aku bergerak ke Melaka dengan sahabatku M...

Tujuan yang paling utama aku balik ke Melaka, kerana aku ingin sangat berjumpa mak dan abah aku yg dah hampir sebulan aku tak jumpa, aku rasa sebulan tu dah terlalu lama.......tujuan ke dua kerana aku ingin memenuhi undangan  majlis kenduri perkahwinan anak seorg sahabat lama semasa bersekolah menengah dulu....wah....teruja betul aku nak bertemu sahabat lama ini.

Gitu gini.....akhirnya aku sampai di Kampung ku kira2 pukul 2.00...bersalaman dengan abah yang nampak ceria bila aku balik...dan mencium pipi mak yang juga nampak sihat, lepas dah rasa rindu dendam aku kat mak abah.......selepas itu aku bergerak ke majlis kenduri sahabat lama aku itu...dengan membawa mak sekali...

Seronok sangat bertemu sahabat akrab masa sekolah dulu....2 tahun lepas kami pernah bertemu setelah berpuluh  tahun tk bertemu...terlalu banyak kenangan semasa bersekolah dulu.....suka dan duka kami kongsi bersama...keruntuhan rumahtangga beliau dengan suami pertama hinggalah dia dipaksa berkahwin dengan suaminya yang sekarang..alhamdulillah kekal bahagia hingga kini dan suami beliaulah yang membesarkan 2 anak2nya dengan suami pertama dulu...reaeki beliau mendapat jodoh sebaik itu....
Sahabat baik aku Fatimah (tudung Pink) tuan punya majlis..dan sahabatku kak Jamiah (tudung hitam) yang dah berpuluh tahun tak bertemu.(sila abaikan org ditengah2..terlalu teruja sampai matapun terlelap)

Apa yang membuat aku lebih gembira bila aku juga dapat bertemu seorg teman setingkatan yang dah berpuluh tahun tak bertemu...oleh kerana fizikal aku yang tidak pernah berubah sejak remaja hingga sekarang.....jadi aku mudah di cam oleh teman2 lama...selalunya aku lah yg ditegur dan sapa oleh kwn2 masa sekolah...bukan aku lupa tapi aku tak ingat :)) sebab kebanyakkan mereka dah berubah..dari S menjadi XL dan kadang2 dari XL menjadi S.......maaf ye sahabat semua...

Sesungguhnya jika diberi peluang...aku ingin memutar semula hidup ini ke zaman remaja.......zaman persekolahan yang terlalu manis dan penuh kenangan indah...namun mana mungkin.....yg telah berlalu bukan untuk dilupakan, namun tetap menjadi sejarah untuk dikenang.

Friday, June 10, 2011

Al Kisah cerita hari ini...

 Bismillah..

Sejak dua hari lepas tekak aku dah mula sakit...dah berbotol2 air kosong aku minum..hari ini  hidung pulak mula selsema..aduh..tak selesa rasanya..dah habis sekotak tissue aku gunakan untuk membersihkan selsema, dah naik melecet hidung ni....nak kena makan ubat ni...jap lagi aku ke klinik.

Hari ini aku rasa agak tidak bernasib baik...balik tengahari tadi aku nak masak ikan bawal masak asam pedas...masa ikan masih beku  nampak ok je..bila aku dah basuh, ais dah tkde, dah masuk dalam periuk baru timbul bau yang sgt tidak menyenangkan.......rupa2nya ikan bawal tersebut dah  busuk, baru semalam aku beli dari mini market sebelah ...bukan kata ikan saja yg tak boleh makan.......kuahnya pun sama, bak kata pepatah "sebab nila setitik rosak susu sebelanga"...perut dahlah lapar...sudahnya aku masak maggie...mujurlah anak2 ke rumah kenduri kawan diaorg lepas Solat Jumaat tadi....kalau tak diaorg pun terpaksa makan maggie je..
 Maggie ni jadi sangat sedap bila perut betul2 lapar..rasanya dah berbulan maggie ni tk masuk dalam perutku...Alhamdulillah...syukur dah kenyang.

Sejak dua minggu lepas Abdullah Zaki sibuk bercerita pasal Program Sehari  Di Alam Remaja, anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong, Daerah Sepang......dia menyertai pertubuhan silat ni sejak 2 bulan lepas...walaupun dia ada athma aku benarkan juga dia menyertai........alhamdulillah ok pulak....sejak masuk silat ni tak pernah lagi dia semput..

Aku tenguk dia sangat teruja nak mengikuti program tersebut..... yang akan di adakan di Kem Insight G-Jan di Kampung Jijan Hulu, Nilai mulai esuk hingga ahad ini.....aku memang menggalakkan...biarlah dia berdikari dan buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan pada dirinya...

Kadang2 aku saja usik Abdullah Zaki..."adik ni masuk silat, tapi dalam rumah pun penakut.....mesti abang nak kena temankan"..dia sengih saja...

Thursday, June 9, 2011

Sampah Masyarakat....:))

 Bismillah....

Apa perasaan anda semua bila tenguk gambar2 di bawah,..........cuba tenguk kedudukan tong sampah tu..duduknya di tempat parking kereta berhadapan ofis  merangkap tempat tinggal aku...sebenarnya tong ni bukan tong sampah..tapi kepunyaan seorg kontraktor ubah suai rumah kedai yang terletak di sebelah bangunan ofis aku..
Tong ni digunakan untuk membuang batu2 dari premis yg sedang diubah suai..rasanya dah hampir 5, 6 bulan  tong biru ini berada di situ..tapi sejak kebelakangan ini aku kerap ternampak beberapa kenderaan pacuan 4 roda membuang sampah@sisa makanan di dalam tong ini...mereka mengambil jalan mudah membuang sampah sarap dan sisa makanan di tempat yg tidak sepatutnya.

Sungguh tak bertanggungjawab...malas dan nak senang...padahal Majlis sudah sediakan tempat membuang sampah.

Syarikat Alam Flora pun tidak mengambil apa2 tindakan kerana tong tersebut bukan milik mereka...makin hari bau semakin tak menyenangkan dan tiap malam anjing2 liar mula berpesta mencari habuan mereka disitu..

Pada 7 Jun lalu aku terus menghubungi pihak Majlis Perbandaran Sepang..memberitahu keadaan yag tidak menyenangkan ini...sudahlah duduknya tong tersebut dihadapan bangunan..berbau dan sungguh menjijikkan..tercemar sungguh imej "ZON BERSIH" yang dianugerahkan pada BBST oleh Majlis Perbandaran...jawapan yg aku terima dari pegawai Majlis seperti yg aku jangkakan...bukan tanggungjwb Alam Flora...namun pegawai tersebut berjanji akan menyiasat dan mencari kontraktor yang menjalankan keja2 ubahsuai premis berkenaan...disamping itu beliau juga meminta aku mendapatkan no tuan punya premis jika ada.

8 Jun...alhamdulillah..kira2 pukul 9 pagi sebuah lori datang mengambil tong tersebut sebelum sempat aku memberikan no telefon  tuan punya premis tersebut...barulah lega mata dan hidung aku...kecoh gak diofis bila kwn2 cakap 'suara' aku laku...kerana sebelum ini sudah ada sorg dua mengadu pada Majlis tapi tiada tindakan apa2..bila aku call..cepat pulak diaorg bertindak...:))

Tak heranlah aku dicop..."kecik-kecik cili api"

Wednesday, June 8, 2011

Menu Hari ini...three in One....

 Bismillah..

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan rezeki buat kita setiap hari...rezeki makanan, rezeki kesihatan dan rezeki kebahagiaan...

Sejak malam tadi aku sudah merancang nak masak itu ini...menjelang subuh mata macam melekat2 tak mahu dibuka......aku lawan juga bisikan syaitan yang menghasut aku terus menarik selimut.....alhamdulillah aku berjaya juga menangkis godaan syaitan durjana...!!

Lepas Solat Subuh aku mula bersilat didapur..kebetulan hari ini besday salah seorg staff  diopisku jadi aku berniat nak jamu sikit dia dan kwn2..buat ala kadar je... tidak ada perancangan awalpun..idea datang tetiba...dan menu aku hari ini aku kira 3 in 1..sebab..untuk breakfast, untuk raikan besday teman aku dan untuk tengahari nanti...

Cucur udang untuk anak2...buat lebih2 sikit bawak ke ofis sekali.

 Spaggeti...bahan2 dah sedia ada, jadi aku cuma memasaknya pagi tadi....macam aku kata..bukan susah pun ambil masa hanya 20 minit untuk siap...sambil menyanyi2 dah siappun.

Pengat pisang untuk pencuci mulut..salah satu menu kegemaran staff yg sambut besday tadi dan juga aku..suke, suke, suke sgt...
Ini pula Tom Yam untuk menu tengahari...balik tengahari ni sambil2 menunggu Azan Zohor dapatlah aku luruskan pinggang dan kaki...nape satu menu je...cukup dah untuk anak-anak..aku dah kenyang makan kat ofis....

Mudah2an teman ofis aku yang menyambut besday dia hari ini dipanjangkan umur dalam berkat dan rahmat ALLAH SWT.

Monday, June 6, 2011

Berakhir sudah sebuah penantian...

Bismillah...

Alhamdulillah...semalam aku sempat juga memenuhi jemputan seorang teman yang dulunya senasib denganku...yang dulunya kerap berkongsi masalah..suka dan duka hal anak2 dan hal peribadi yang orang lain mungkin tidak rasai...kerana aku dan dia sama2 ibu tunggal...

Semalam dia sudah selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya dari Terengganu....mulai semalam aku telah kehilangan seorang kawan yang seangkatan dan sewaktu denganku,....mudah2an dia berbahagia bersama suami barunya dan selamat melayari hidup berumahtangga buat kali ke dua..hingga akhir hayatnya.


Dalam sibuk2 melayan tetamu sempat juga dia berbisik ditelingaku..."Awak bila lagi?"....oooohhh.... no....jangan tanya aku bila......bukan aku terlalu memilih..walaupun sememangnya aku terpaksa memilih jugak...tapi aku rasa sayang nak tinggalkan zaman singleku yang sudah cukup selesa sekarang ini...hahaha...kononnyalah....

 Dia sempat juga melahirkan rasa kebimbangannya kerana nak mengubah hidup dari biasa kepada luar biasa....Ye lah..dulu sorang, kini dah berdua...dulu malas masak, sekarang terpaksa masak.., dulu boleh lepak2, sekarang dah tak boleh dah..kan ke ambil masa juga nk mengubah dari biasa kepada yang luar biasa....

Sebenar-benarnya bukan aku tak mahu atau tak sudi.......jodohku belum sampai...dan aku belum bertemu lagi "Lelaki Islam Melayu Terakhir..."..yang boleh aku jadikan IMAM Solatku...jika ada di luar sana aku tetap menunggu kehadiranya...:)))

Saturday, June 4, 2011

Mana yang penting? Sambal ke Nasinya..

Bismillah..

Bercakap pasal nasi lemak ni...pernah juga aku dengan kengkawan bawak2 berbincang ala-ala debat pasal : Apa yang penting dalam menu nasi lemak ni....ada yang kata NASInya yang penting...mesti lembut dan cukup lemak baru sedap...ye lah kalau nasinya keras berbiji, jelatah, tawar, tak rasa lemaknya mestilah tak sedap...

TAPI...bagi aku yang penting SAMBALnya...kalau sambal takde rasa (macam kat kebanyakan (bukan semua) gerai2 jual nasi lemak)...tak cukup masak, tak cukup asam dan gulanya..... mestilah makan nasi lemak tak bermakna pun...kan betapa pentingnya SAMBAL nasi lemak yang sedap dan cukup segalanya...tapi rasanya kedua2nya sama penting kot...(selalunya nasi ni tkde problem sangat)

Bila sesekali aku beli nasi lemak kat gerai2 atau kedai2 makan ni aku pasti merungut.."nape lah orang yang masak sambal ni tak masak betul2..sambalnya dahlah cair..pedas gile...kurang masak pulak tu..kadang terlalu manis...frust betul..sudahnya aku dah tak membeli lagi...jika nak  makan nasi lemak aku masak sendiri..........puas hati, puas makan dan dapat jamu kengkawan kat opis sekali.....dan selalunya sambal yang aku buat pasti dapat pujian (ish...sungguh bukan riak)...kembang hati aku bila semua  suka...(termasuk officer aku yg tak kuat makan pedas tu!!)
Warna sambal nasi lemak yang cukup masak,cukup asam cukup gulanya mestilah merah pekat macam ni


Nak tahu apa rahsia sambal nasi lemak yang sedap...


1.  Pilih cili yang tak pedas..Cili kering yang panjang...rebus hingga lembut.
2.  Blend@kisar cili tadi bersama belacan (aku gunakan belacan dari Melaka buatan org kampungku) bawang besar 3 labu..(lagi banyak bawang lagi sedap)..dan.10 atau lebih ulas bawang putih.
3. Tumbuk 1 labu bawang besar bersama segenggam ikan bilis...(untuk ditumis bersama)
4. Tumis bawang yg ditumbuk bersama ikan bilis kemudian masuk cili yang tekah diblend tadi (ikut suka banyak mana  sambal yang nak dibuat)
5. Masak dengan api kecil hingga cili betul2 garing berwarna merah pekat.. (biasanya hampir 1 jam - sentiasa kacau supaya tak hangit)
6. Perahkan asam jawa sebesar ibu jari...dan akhir sekali masukkan dua atau tiga sudu besar gula pasir..(bergantung pada banyak mana cili tadi)
7. Tambahkan bahan perisa seperti Knoor atau jenama Hilal (jika suka)

Siap sedia untuk dihidang bersama nasi lemak atau sedap juga dengan cekodok ikan bilis atau lempeng kelapa....biasanya sambal nasi lemak begini tahan selama seminggu kerana betul2 masak...


Laaa...dah citer pasal makan ni terasa lapar lah pulak...nak ke dapur lah bancuh teh o panas, makan dengan biskut....(sebab petang ni tak buat apa2 menu pun....:))

Friday, June 3, 2011

Suka Dan Duka

Bismillah..

Assalamualaikum....muga Jumaat yang barakah ini kita sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT....

Hidup memang tak pernah lari dari mengalami peristiwa suka dan duka...hari ini kita suka dan gembira,  mungkin esuk lusa kita berduka.. mungkin hari ini kita berduka, esuk pula kita suka dan gembira.....tak siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku esuk lusa dan hari2 yang mendatang...

Hari ini  seorang teman se ofis..(juga teman sepermainan masa kecil, teman membesar dan teman sekampung) mula bercuti panjang kerana minggu depan dia bakal menjalani pembedahan breast cancer peringkat pertama......suasana agak pilu saat dia mahu meninggalkan ruang ofis....hanya doa yang dapat aku bekalkan muga2 dia selamat menjalani pembedahan...dan muga2 dia tabah serta kuat semangat menghadapi kehidupan setelah selamat dibedah...Insyallah.


Minggu depan juga officer aku  akan bercuti melancong ke Paris bersama suaminya. selama 10 hari....bermakna minggu depan dua orang meninggalkan ofis dengan dua situasi yang berbeza....seorang pergi dengan perasaan gembira dan seorang lagi pergi dengan perasaan duka...dan aku ditinggalkan dengan berbagai tanggungjawab di ofis..

Mudah2an sepanjang ketiadaan mereka aku sihat dan dapat menjalankan amanah yang diberi dengan jayanya..mudah2an tiada masalah rumit melanda semasa ketiadaan mereka..dan mudah2an mereka selamat pergi dan kembali...insyallah.

 ~~Ku Iringi doa dan airmata muga perpisahan tidak terjadi lagi~~

Tabung Anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...