Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Dan Almond London


Bismillah..Assalamualaikum..
 Gambar ihsan blog idalara

Apa khabar semua...mudah2an semuanya sihat2 dan diberkati Allah..3 hari saja lagi kita Umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan Al Mubarak..bulan yang penuh kerberkatan dn sangat dinanti2kan pastinya....mudah2an kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna dan lebih baik dari bulan sebelumnya...Insyallah.

 Buat semua teman..silalah ambil kad yang tidak seberapa ini..

Sudah sinonim...setiap kali menjelang Ramadhan, kita takkan lari dari memikirkan banyak hal2 berkaitan puasa dan Raya..begitu juga aku, perbelanjaan untuk bulan puasa, modal untuk biskut tempahan raya dan budjet untuk beli baju anak2 pun tak nampak lagi...insyallah ada lah nanti tu.....malas nak fikir sangat.....

Sejak angin Ramadhan mula bertiup sepoi2 bahasa, maka ada saja suara2 yang bertanya pada aku:

"Bulan puasa ni amik tempahan Almond London tak?" dan jawapan aku pastinya.."Insyallah, ambil juga tapi tak banyak"..sejak buat keja2 staff yg bercuti MC ni rasa hari terlalu pendek waktunya..."Harganya macam mana? naik tak?"... "Naik juga sikit sebab banyak barang naik harga macam coklat dan butter"...tapi kalau naik pun seringgit dua je.

Kalau tahun2 sebelum aku jual 50 biji (sebotol) RM20, tapi tahun ni Insyallah harganya RM22.00 untuk 50 biji...rasa dan saiz tetap sama..buat masa ini tempahan baru ada 50 botol...biasanya menjelang minggu ke 2, barulah  tempahan datang lagi..kadang2 terpaksa aku tolak kerana takut tak sempat nak siapkan tempahan....mudah2an Allah beri aku kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini supaya aku dapat berkerja,beribadah dan mengambil tempahan.

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG NYANYISUNYI AKU UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...mudah2an kita berkesempatan menjalani ibadah puasa  bagi tahun ini dan tahun berikut.INSYALLAH..SILALAH AMBIL KAD UCAPAN DI ATAS JIKA SUDI...

Monday, July 25, 2011

Sup Sayur Versi lepas geram..

Bismillah..Assalamualaikum.

Rentetan dari cerita sup sayur berkulat.....dan buat Kak N yang telah berbudi...

Selang dua hari selepas kejadian sup sayur yang berkulat itu aku ke pasar malam di tempatku..tujuan paling utama sebab nak beli segala jenis sayur2, kebetulan pula stok sayur memang dah lama habis..aku memang teringin sangat nak masak sup sayur yang segar dan sedap...kira2 macam nak lepas geram la ni..

Berselang hari aku masak sup sayur...baru puas rasanya...bila dikira tidaklah mahal mana sayur2 yang aku beli..tak sampai RM15.00 pun.....boleh dimasak hingga 3 kali.....banyak, sedap dan bersih.

Bila masak2 begini aku pasti teringat orang yang disana...kalau dekat pasti semangkuk dua aku hantar untuk anak-anaknya..apakan daya...dia di Melaka sedangkan aku di Sepang.

Baru tadi aku terima SMS dari TIE..

"Slm kak, duit kiriman akak,sy dah bayarkan duit umah sewa 3 bulan..lebihnya sy belikan pampers dan susu anak2, duit yang akak N.........beri, sy belikan beras, barang dapur dan ikan sikit...time kasih ye kak..kirim salam saya pada kak N......., budi dia dan akak hanya Allah je yang balas...amin3x"

Mudah2an kak N yang baik hati membaca entry...mudah2an budinya walaupun cuma sedikit (katanya) dapat mengurangkan sedikit bebanan TIE....mudah2an Allah jua yang membalasnya.

Saturday, July 23, 2011

Wanita Pertama Ke Syurga - Sambungan

Bismillah...Assalamualaikum.

Seperti dijanjikan Fatimah Az Zahra bertandang lagi  dgn dua puteranya Hasan dan Husin, di kesempatan itu Fatima bertanya rahsia amal ibadat Muthi'ah. Wanita itu membalas, "Saya biasa saja, tiada yang isteimewa, amal ibaadat pun biasa2 saja, malah Rasulullah lebih mengetahui segalanya. Saya hanya turut apa yang dianjurkan baginda dalam menjalankan tugas sebagai isteri".

Kata Muthi'ah lagi, "Saya tidak boleh tinggalkan rumah jika suami keluar bekerja, saya tidak boleh terima tetamu (terutamanya lelaki) tanpa izin suami, saya tidak akan berkeluh kesah jika suami tidak punya harta. Saya berusaha agar suami senang dan cinta pada saya, saya tidak cepat cemburu, saling mengerti dan menghargai antara kami berdua".

Dalam soal berhias dan berdandan pula, kata Muthi'ah, dia hanya mengutamakan kecantikan untuk suami, bukan untuk ditonton dan diperagakan kepada orang lain. Sedang mereka berbual2, tiba-tiba Muthi'ah bergegas ke pintu. Di tangan kanan tongkat dan gelas minuman, tangan kiri mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan wajahnya mengukir senyuman. Fatima terpinga-pinga melihat kelakuan Muthi'ah.

Kata Muthi'ah, "Air untuk suami, jika dia dahaga, akan segera saya hulurkan air, rotan ini, jika suami marah atau kurang layanan, mudahlah dia memukul, kain yang saya selak, jika di berkehendak dan jika dia pandang saya begini, tentulah menambah nafsunya pada saya".

Fatima minta diri pulang, bagaikan merajuk dia memberitahu ayahandanya Rasulullah SAW, "Anakanda takkan dapat meniru amalan Muthi'ah".

Rasulullah sekadar tersenyum mengusik,

"Jangan susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itulah yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda tatkala anakanda masuk ke Syurga nanti. Sebab itulah dia yang akan masuk dahulu".

~~dapatkah kita mencontohi peribadi kedua wanita yang mulia ini, Selawat dan Salam kepada Junjungan Rasulullah SAW dan para Sahabat~~

Friday, July 22, 2011

Wanita Pertama Ke Syurga?

Bismillah...Assalamualaikum.

Puteri Rasulullah SAW, Fatimah Az-Zahra resah bila diberitahu ada seorang wanita akan menjadi wanita pertama yang melangkah masuk ke Syurga. Apa hebatnya wanita itu dan amalannya sehingga dia mampu mendahului Fatimah? Puteri Rasulullah itu mendesak bapanya supaya memberitahu siapa orangnya.

Kata Rasulullah " Dia wanita miskin, tinggal di pendalaman hampir Jabal Uhud, tiga batu dari Madinah, namanya Muthi'ah".

Fatimah bergegas mencari, Muthi'ah yang dicari bukanlah perempuan terkenal, malah penduduk setempat hampir tidak pernah mendengar namanya. Akhirnya Fatimah berjaya menjejaki  kediaman Muthi'ah yeng terletak jauh di pendalaman.

Salam dihulur, daun pintu diketuk, ada suara membalas. Lama menunggu, penghuni rumah menjenguk di jendela. Fatimah perkenalkan diri sebagai anak Rasulullah dan naytakan hasrat hendak bekenalan. Muthi'ah berkata. " Terimakasih tetapi saya tidak dapat benarkan puan masuk kerana suami saya tiada di rumah, nanti saya minta izin bila dia balik., datanglah esuk."

Fatimah pulang dan esuknya dia datang lagi bersama anaknya Hassan. Muthi'ah membuka pintu tetapi ketika melihat Hassan, Muthi'ah berkata " Saya dukacita kerana saya minta izin suami untuk Fatimah seorang, datang esuk, saya minta izin untuk Hassan."

Sekali lagi Fatimah pulang dan datang esuk dengan ditemani dua anaknya Hasan dan Hussin, Muth'iah memohon maaf kerana dia hanya meminta izin untuk Hasan, tidak Husin. Fatima hampa dan berfikir : " Perempuan ini takut benar suaminya hingga perkara sekecil ini pun tidak berani dilakukan, jika dia benarkan tentu suaminya tidak akan  marah. Tak usahlah pandang aku siapa dan budak ini cucu siapa, tapi pandanglah dan hormatlah aku sebagai tetamu, itu sudah cukup"

Apa yang berlaku seterusnya.....

Bersambung...

Thursday, July 21, 2011

Sup Sayur Kulat :(

Bismillah..Assalamualaikum.

Sejak dua hari lepas aku mengalami senak perut (angin), puncanya mungkin aku makan tak ikut jadual.....kadang makan tengahari pukul 3 petang......makan pulak sambil2 buat keje pejabat....mula tu biarkan buat tak peduli saja......menjelang petang semalam rasa dah tak tahan sangat...nak pergi klinik, pukul 6 petang klinik dah tutup...lepas maghrib lebih teruk rasanya...cuma sapu2 minyak panas je....lega sekejap tapi sakit semula.

Nak makan rasa macam tak lalu sebab cuma ada lauk ayam sambal.....kalau aku makan harus sakit akan bertambah...nak masak tak ada apa2 bahan kat dapur, pulak tu aku rasa amat tak larat nak berdiri.....bisa menyucuk2 kat perut dan hulu hati....sudahnya aku suruh Aiman Zarif beli sup sayur di Restoran hadapan rumah...restoran seafood milik seorang peniaga Kelantan..rasanya dah berbulan2 aku tak makan kat restoran tersebut.
Kecewanya...bila begini rupanya sup sayur yang berharga RM4.50 dihidang dihadapan aku...supnya berwarna seperti kehitaman..mungkin diletak kicap dan agak masam..

Apa perasaan anda bila sayur bunga kubis ini yang dijadikan sup sayur yang anda beli.

Sayurnya pula seperti di atas ni...bunga kubis, besarnya adalah dua jari dan berkulat pulak...rasa tak tertelan nak makan...sayur sawi dua potong, ayam besar ibu jari 3 potong, daging besar ibu jari pun dua potong...selebihnya carrot sebesar batang mancis adalah 5, 6 hiris...namanya sup sayur tapi kuahnya semangkuk besar tanpa sayur2an pun.

Aku rasa pelik, macam mana tukang masak tersebut boleh tergamak masukkan kubis bunga yang dah berkulat dalam bahan masakan dan untuk dijual pula...manakala tauke kedai langsung tak memantau barang2 yang hendak di masak..

Kira2 setengah jam kemudian aku menghubungi tuan restoran tersebut....aku jelaskan keadaan yang berlaku..tauke restoran menyuruh aku bawa sup sayur tersebut ke kedai semula dan akan menggantikan yang baru..atau memulangkan semula duit aku..masalahnya aku bukan berkira sangat pasal RM4.50, tapi aku tak mahu kejadian seperti itu berulang lagi...aku minta tauke restoran lebih perihatin tentang bahan2 di dapur. bukan duduk di hadapan tunggu pelanggan saja.

Mungkin kejadian ini ada berlaku tapi tiada siapa pun yang bersuara..bagi aku yang tak betul aku tetap akan bersuara....aku harap peniaga2 makanan diluar sana ikhlas mejalankan perniagaan..bukan kira nak kaut keuntungan tanpa mengira kebersihan dan mutu bahan masakan yang hendak dijual.

Aku kerap ingat pesanan mak "bila masak untuk jual, masaklah macam kita nak makan di rumah"

Sunday, July 17, 2011

Allah Tempat Mengadu....

Bismillah.....Assalamualikum...

"Salam kak...maaf kak sy ganggu, sy nk mtak tlog kak,tp klu akak bole la ye..trus trang kak ape yg akak tau sy x kje lg buat mase ni..sy nak mtak tlong pinjmkan 5 rtus kak nak buat byr duit umah sewa. nti akak tlak la duit bulanan sy 150 smpi abis..leh tk kak"

"Salam tie...akak nak mintak maaf sgt2..buat masa ni akak mmg tkde duit sebanyak tu,akak pun ada mcm2 mslh..kalau nak cite tie pun tak faham.....tggulah minggu depan insyallah nanti akak usahakan"

"Akak sy mng x de tmpt mngdu, tp ape kan daye sy, patah sayap sy kak, sy ttp bsyukur ape yg akak beri   pd ank2 sy."

"tak pe tie...akak tahu tie tkde tmpt nk mngadu..ckp je kat akak...akak tak kisah..kalu ada akak mesti bantu tie"

"Sy mtak maaf kak..wat mase ni mng ssh sgt kak, mane pkir nk puase, raye..ya Allah kak Dia je yg tau hati sy bile pndg muke ank2, dh eluk2 keje kak ngah lak tk mau jg anak2. sugul kak keadaan sy.."


"akak fhm...banyak2 sabar tie...insyallah ada tu rezeki anak2..masa solat doa banyak2 muga hidup kita dimudahkan."


"Sdih kak..sy niat cri rezeki dmi ank2 tp owg tk phm..kite lg nk pkai duit..Ya Allah pd sape la sy nk mngadu '

"mengadulah kat Allah tie.."

Itulah antara sms isteri arwah (bekas suami) pada aku beberapa malam yang lepas..Bergenang airmata aku bila baca semua sms ini...aku dapat rasakan keperitan dia menghadapi dugaan sebegini..kerana aku telah rasai satu masa dulu, bezanya aku masih ada mak abah dan adik beradik yang sentiasa memberi bahu untuk aku bersandar dan menghulur sapu tangan bila aku menangis........

Dia kehilangan tempat bergantung sewaktu anak2nya terlalu kecil...dia tiada adik beradik di sisi, ibu bapa juga tiada.....ada kakak2 ipar (kakak arwah suami) tetapi  kakak ipar tetap kakak ipar.....sampai bila mereka mahu membantu....sampai waktu mereka lepas tangan..beberapa bulan yang lepas ada juga kakak ipar yang sanggup menjaga anak2nya sewaktu dia bekerja...nak hantar ke rumah orang tentu bayarannya agak mahal untuk  anak2 yang berumur 2 tahun dan 6 bulan...sedangkan gaji yang diterima sebagai pembantu jualan sangat kecil...mana lagi susu dan pampers..

Mengapa aku bercerita di sini...aku tak mungkin bercerita di pejabat...mereka yang tidak pernah duduk di tempat aku dan Tie, tidak akan memahami apa yang kami lalui dan rasai...tiap hari di pejabat aku hanya dengar cerita2 gembira dan berbau kemewahan.....cerita melancong ke luar negara...cerita beli langsir baru harga beribu..cerita anak2 tg tgh study beli lap top harga 3, 4 ribu..cerita anak2 beli baju raya, kasut raya harga beratus....bla..bla...bla....macam mana aku nak bercerita..buang masa saja.

Sejak kebelakangan ini aku tersangat sibuk, seawal pagi aku akan bangun untuk menyediakan sarapan dan menu tengahari...aku bekerja dari pukul 8.30 (selepas minum pagi) hingga 1.00 tgahri..pukul 2.00 ptg aku masuk semula ke ofis hinggalah pukul 6.30..bila malam aku tak terdaya nak mengadap screen PC...lepas solat Isyak dan buat sikit keja rumah aku terus zzzzzzz....blog pun dah lama tak up date..apa lagi nak singgah rumah kwn2 kat maya ini....(adalah satu dua yg sempat aku terjah)

Alhamdulillah sejak dulu Allah kurniakan aku mudah tidor walau sebesar mana masalah yang mengganggu pikiran aku...sekarang aku kena fikir sekali masalah yang menimpa isteri arwah, disamping masalah aku sendiri......Ya Allah berilah aku jalan dan permudahkanlah segalanya...jika bukan untuk aku dan tie...cukuplah untuk anak2 kami.

Wednesday, July 6, 2011

Lepas Tangan......

Bismillah..Assalamualikum.

Rasa tertekan juga bila  melakukan tugas orang lain tanpa tunjuk ajar dan arahan dari orang tersebut,..aku ditinggalkan terumbang ambing seperti perahu di tengah lautan, staff yang bercuti panjang lepas tangan saja tanpa memberi apa2 tunjuk ajar...pandai2lah aku mencari jalan menyelesaikan apa saja kerja yang ditinggalkan...

Itulah yang aku lalui sejak awal Jun lalu...lebih tertekan rasanya tiada surat hitam putih dari orang2 besar Syarikatku tentang arahan tanggungan tugas, jadi agak menyukarkan jika aku mahu menuntut elaun tanggungan kerja......mujurlah officer aku seorang yang memahami...dia yang banyak membantu aku dan sekarang sedang memperjuangkan nasibku hakku untuk menuntut elaun tanggungan kerja staff yang bercuti panjang.

Mulanya aku tak berapa kisah sangat pasal elaun tersebut....tetapi sejak membuat tugas2 staff lain ini aku rasa bebanan kerja aku berganda2 banyaknya dan menurut kata officer aku, itu adalah hak setiap staff yang membuat tugas staff lain selain membuat tugas2nya sendiri...Alhamdulillah walaupun agak letih sedikit demi sedikit aku belajar sendiri dan berjaya melakukan banyak tugas2 staff tersebut disampiing tidak mengabaikan tugasan sendiri....

Insyallah pasti ada hikmahnya bila aku yang dipilih melakukan tugasan staff yang bercuti itu...yang pastinya itulah rezeki anak-anak menjelang Ramadhan ini...biarlah aku penat sedikit asalkan aku dapat melakukan yang terbaik buat Syarikat tempat aku mencari rezeki...dan aku akan buat mengikut kemampuanku.

Sunday, July 3, 2011

Hantu Durian...

 Bismillah..Assalamualikum...

Sekarang ni macam satu trend pulak kat tv atau kat panggung sibuk pasal cerita hantu...ada hantu komedi dan hantu serius...(kiranya garenti seram tahap gabanlah kalau tenguk) aku tk layan sangat cerita2 hantu ni sebab anak2 tak mahu tenguk, lebih2 lagi Abdullah Zaki..penakut yang amat....peliknya kalau pegi belajar silat atau ke surau sorang2 berani pulak malam2 tu....ish...

Aku sangatlah suka durian hingga aku menggelarkan diri aku hantu durian...celik mata je kalau ada stok durian dalam peti ais aku akan breakfast dengan durian...so far ni alhamdulillah belumlah masuk angin ke sakit perut ke...sebab dah terbiasa kot...rasa satu nikmat yg tak dapat digambarkan bila dapat makan durian yg pahit2 manis tu...nymmmm....Alhamdulillah...
Pulut yang siap di tanak(dimasak)..alhamdulillah sedang2 elok tidak terlalu lembut..jika dikukus rasa tak berapa sesuai dimakan dengan kuah sebab masa kukus kena letak santan..kuah pulak bersantan...bertambah2 kolestrol...terlalu lemak cepat muak.

 Kuah durian yang original, pekat dan berkrim disukai ramai.....tiada pewarna atau bahan pemekat selain sedikit gula Melaka untuk mencantikkan warnanya.

Pagi semalam sebelum ke sekolah anak2, aku sempat masak pulut...dah bertahun tak tanak pulut ni....sambil tanak pulut aku siapkan kuah durian...dah siap aku mesti test dulu...memang mantop...kalah kat Alamanda.:)) ..selalunya bila aku ke Alamanda Putra Jaya aku mesti cari pulut durian ni kat Restoran Kelantan...semangkuk RM5..ok lah memang sedap dan banyak..aku mesti share dengan member sebab tak larat nak makan semuanya...(sebab tak larat..sebelum tu dah makan nasi kerabu...:)))

 Atas meja ada bihun...ayam goreng bercili, ikan goreng pun ada...(kuah asam pedas masih dalam periuk).....kuah dal dan kari untuk roti canai ( ada kwn belanja roti canai untuk ank2) meja yg berselerak tu sila abaikan...

Pagi tadi sebelum ke Ofis..aku sediakan minum pagi untuk anak2.. malam tadi anak teman (yang baru nikah bulan lepas,) tumpang tidor kat rumah...kesian tenguk...agaknya tak selesa ada ayah baru kat rumah..kerap aku dengar keluhan teman aku tu yang anak dia ni kerap balik lewat ..sabtu ahad selalu menghilang...gitulah bila anak2 dah remaja...susah nak sesuaikan diri dengan ayah tiri...apa lagi kalau ayah tiri tak pandai tackle hati anak2 tiri...susah jadinya.


Siap bancuhkan milo panas...kelam kabut nak pegi keja tadi tak sempat kemas atas meja...oklah...sesiapa yang teringin makan pulut durian tu silalah hantar alamat emel kat NS supaya dapat di emelkan...resepinya..:))

Saturday, July 2, 2011

Ku tutup KITAB CINTA.

 Bismillah...Assalamualikum.

Begitu pantasnya waktu berlalu...setengah tahun sudah meninggalkan kita..esuk 1 Syaaban, bermakna tak sampai sebulan lagi Ramadhan akan menjelma....mudah2an kita sempat menjalani Rukun Islam ke 3 itu nanti dengan sempurna...INSYALLAH.

Jika ada sesiapa mengikuti perkembangan TV AL HIJRAH di siaran 114 pasti tidak ketinggalan menonton drama KITAB CINTA tulisan Erma Fatimah,...ia ke udara setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 8.30 malam..ceritanya berkisar cinta gadis Malaysia dengan lelaki dari Acheh yang bernama Wali...Gadis Malaysia iaitu Mustika yang dilakonkan oleh Fazura seorang anak orang kaya, telah jatuh cinta dengan Wali semasa ke Acheh..Wali digambarkan sebagai seorang yang miskin tetapi warak dan serba tahu dalam hal ehwal Agama...pandai mengaji dan sangat baik tingkah lakunya.
Sungguh cantik Fazura mengenakan tudung begini...mudah2an akan terbuka hatinya untuk terus memakainya.

Wali mencintai Mustika tetapi tidak sanggup meluahkan kerana rasa tidak setaraf dengan Mustika anak orang kaya dari Malaysia...berlaku bebrbagai konflik (panjang sgt jika hendak diceritakan)..menyebabkan Wali dihalau oleh ayahnya dari rumah dan pergi ke Malaysia...Mustika pula ditangkap khalwat dengan sahabat baik Wali iatu Irfan semasa datang semula ke Acheh kerana mencari Wali.
Hardy dari Indonesia yang memegang watak Wali..memang sesuai dgn watak yag dilakunkan..wajahnya redup dan sejuk mata memandang

Irfan dan Mustika dijatuhi hukuman rotan atas kesalahan mereka dan dipaksa bernikah, walaupun kedua2nya tidak mencintai antara satu sama lain...hinggalah tiba saat hendak bernikah di rumah Mustika di Malaysia.. tiba2 Irfan membatalkan kerana tidak sanggup mengecewakan 2 hati iaitu Mustika dan Wali..dalam masa yang sama anak kepada Imam Masjid tempat Wali menumpang telah jatuh cinta kepada Wali..tetapi Wali tidak dapat menerima cinta Mila..walaupun Mila mengaku berubah jadi baik kerana Wali.

Apakah Wali akan menerima Mustika atau Mila...Jika malam tadi episod terakhir maknanya cerita tersebut tiada kesudahan..mungkin akan disambung atau memang endingnya sengaja dibuat begitu. Dalam Novel KCYZ Yusuf bernikah dengan Zulaikha dengan perancangan Irfan.

 Inilah Novel Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha yang ditulis oleh seorang penulis dari Indonesia. Kebanyakan Novel yang ditulis oleh beliau akan menjadi best seller.

Sewaktu kali pertama aku menonton drama KITAB CINTA ini...aku sangkakan Erma fatimah mengadaptasikan dari Novel KITAB CINTA YUSUF & ZULAIKHA yang ditulis oleh Taufiqrahman dari Indonesia, (novel ini aku beli di pesta buku di PWTC bulan April lepas..dan Novel ini best seller) Jalan ceritanya  sangat2 kebetulan (sama,sebijik, serupa) kata2 yang diucapkan pun banyak diambil dari Novel tersebut..cuma ditokok tambah sana sini.....manakala Mustika anak orang kaya dari Malaysia sedangkan Zulaikha anak orang kaya dari Jakarta.

Setiap kali drama ini tamat aku akan membaca siapa yg menulis skrip dan mengarah...dan mencari jika ada dinyatakan drama karya Erma ini diadaptasi dari Novel TaufiqRahman itu..tapi tidak pula dicatatkan apa2...tak tahulah memang kebetulan kisah dari Novel itu serupa dengan drama yang ditulis oleh Erma Fatima...ada seorang teman memberitahu Erma pernah ditanyakan hal ini di Face Book tetapi Erma mengatakan drama itu karya beliau......Wallahua'lam..hanya Allah yang lebih menegtahui.


~~~Saat ini......telah ku tutup kitab cintaku untuk dia dan untuk sesiapa jua~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...