Monday, August 29, 2011

Kad Raya Sahabat...

Bismillah..Assalamualaikum...

Beberapa jam sebelum menjelang Eidul Fitri..aku sempat mengup date blog dan mengabadikan beberapa kad ucapaan dari sahabat2 maya..mungkin ramai yang mengirim namun aku terlepas pandang dan tidak sempat mengambil..bukan tak sudi tapi terlepas pandang dek kerana jarang meng update blog..kepada yang memberi..terimakaish aku ucapkan.







Friday, August 26, 2011

Selamat Bercuti dan sudi2kanlah...

Bismillah..assalamualaikum.

Alhamdulillah semua tempahan sudah siap dihantar kepada pelanggan...Syukur alhamdulillah  kerana sepanjang tempuh menyiapkan tempahan aku dikurniakan kesihatan yang baik..dapat menjalani ibadah puasa, bertarawikh di rumah dan membaca AlQuran walaupun tidak sampai khatam...

SUDI2KANLAH MENGAMBIL KAD YANG TIDAK SEPERTINYA INI

Sejak beberapa hari lepas  sempatlah aku mencuri2 masuk 'rumah' yang mula bersawang ini dan menjenguk sorang dua sahabat yang rajin singgah di sini..terimakasih kepada yg tak jemu2 singgah walaupun aku terlalu jarang singgah dan meninggalkan jejak di rumah teman2...oleh sebab itu aku dengan rasa rendah hati memberi kad ucapan ini kepada sesiapa saja yg menjadi sahabat aku di sini maupun yang rajin singgah walaupun tidak men'folo' aku....sudi2kanlah mengambil kad yang tidak sepertinya ini...


Seronok juga bila ada pelanggan menghadiahkan hamper sempena sambutan Hari Raya ini...rasa tambah comel pulak bila berdiri dibelakang hamper yg agak besar ini...

Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum mula bercuti sempena Hari Raya..alhamdulillah semua keja2 yang urgent dan penting sudah aku siapkan sebelum bercuti...esuk aku akan balik ke Melaka bersama dua hero aku...doakan aku dan anak2 selamat dalam perjalanan nanti.

Di kesempatan ini aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengenali aku ada kata2 atau tulisan aku yang mencalar hati sesiapa...mudah2an kita bertemu lagi selepas cuti Hari raya nanti insyallah...jaga diri dan kepada yang memandu kenderaan sendiri..berhati2 di jalan raya..ingatlah ada orang yang tersayang menanti kepulangan kita di kampung.

Friday, August 12, 2011

Cuti-Cuti ke London...

Bismillah..assalamualaikum..

Hari ke 12 berpuasa...bermakna aku harus memulakan projek membuat pastri almond london  dalam minggu ini juga.....hati kecik besar melihat kalender...cuma ada seminggu saja untuk menyiapkan semua tempahan...walaupun tak menjangkau ratusan botol namun tempahan harus disiapkan habis  minggu ke 3 puasa.

Mulai esuk aku akan bercuti hingga 17 Ogos ini...bermakna selama 5 hari juga aku tidak akan bersiaran malah tidak akan berjalan2 di rumah rakan2 selama waktu itu...

Insyallah aku akan berkerja semula pada 18 Ogos dan menjenguk blog yang sentiasa bernyanyisunyi ini pada hari itu...aku pasti akan rasa rindu pada blog ini dan pada semua yang sahabat2 di sini..mudah2an aku diberi kesihatan yg baik supaya dapat menyiapkan semua tempahan...dan bertemu lagi minggu hadapan...insyallah...doa2kanlah.

Bila aku tiada di sini...ada tak sesiapa yang akan rindu pada aku....? kerana aku sentiasa menjadi rindu pada kamu, kamu dan kamu semua.

Wednesday, August 10, 2011

Berita Suka Dan Duka..

Bismillah...Assalamualaikum.

"Salam..berita baik dapat bonus, berita tak baik..kete Naza Sutera terbakar habis kat tempat parkir sekolah Maheran.....".innalillah...

Itulah sms yang aku terima tenghari semalam daripada adik yang menetap di Batu Pahat..dia seorang Ustazah manakala suaminya seorang guru biasa...aku segera menghubungi beliau...menurut katanya kereta tersebut tiba2 mengeluarkan asap dibahagian enjin...belum sempat bomba sampai kereta tersebut terbakar hingga tinggal rangka saja...mujurlah semasa kejadian kereta sedang di parkir di tempat letak kereta kawasan sekolah tempat suaminya mengajar...

Alhamdulillah....tiada kemalangan jiwa berlaku dan guru2 lain sempat mengalihkan kereta mereka yang diparkir berhampiran kereta yang terbakar itu....sedih juga kata adik aku...sudah 5 tahun dia menggunakan kereta tersebut....mujurlah itu kereta kedua...

Apa yang berlaku pasti ada hikmah di bulan mulia ini....paling penting kena bersykur banyak2 kerana ada orang lain bukan setakad kehilangan kereta tapi juga kehilangan nyawa bila berlaku kemalangan...kereta boleh dibeli lain tapi nyawa tiada galang gantinya..bersabarlah atas ujian yang sekecil itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petang ni nak masak apa ye...aduh...dari pagi dok pikir nak masak apa untuk anak2...kalau untuk diri sendiri sambal belacan, sayur dan ikan kering pun dah cukup...tapi ni anak2..balik sekolah nantu mesti terpa kat meja makan dan check apa yg ada....aku suka tenguk anak2 berwajah ceria bila ada menu yang mereka sukakan...tapi apa ye...jom bagi idea.

~~~Ramadhan sering mengembalikan ingatan aku pada seseorang yang kerap membakar semangatku untuk meneruskan kehidupan dengan kuat dan tabah, dimanakah dia kini~~~

Sunday, August 7, 2011

Menu Semalam...

 Bismillah..Assalamualaikum....

Alhamdulillah, sudah hari ke 7 kita berpuasa...tiap saat aku menghitung hari...mencongak dan mengira..waktu yang paling sesuai nak mulakan membuat biskut tempahan.....dah lambat ke...tidak..sebenarnya aku memang tak suka buat awal2, untuk menjaga kualiti....itu sebab aku tidak mengambil tempahan yang banyak...biasanya  minggu ke 2 puasa barulah aku mula membuat.

Bercakap pasal menu berbuka dan bersahur ni...semua ibu2 suri pening kepala...kecuali yang masak tunjuk2....kena pulak kalau isi rumah jenis cerewet...alhamdulillah anak2 tak cerewet bab2 makan ni...jadi aku masak ala kadar dan seadanya saja...

Menu untuk berbuka petang semalam aku masak asam pedas ikan jenahak...gambar di atas ni ikan pari yang aku masak beberapa hari yang lepas...semalam tk sempat nak snap gamabar tu.......aku masak 3 keping saja...sekeping aku beri kawanku M dan sekeping lagi jiran (peniaga) di bawah rumah aku...aku dan anak2 makan sekeping pun tak habis...

Untuk pencuci mulut aku buat puding kastard....sejukkan baru sedap dinikmati....kebetulan di rumah ada bahan2nya...nak buat pun senang sangat...buat sendiri..sedap, cukup rasa dan lebih jimat..petang ni apa pulak menu ye....belum terfikir lagi..dah masuk dapur barulah tahu apa yang hendak di masak..


~~~Mudah2an aku diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan semua tugas serta amanah yang diberi~~~

Wednesday, August 3, 2011

Yang Pergi......yang ditinggalkan..

Bismillah...Assalamualaikum..

Sudah masuk hari ke tiga kita menunaikan ibadah puasa..mudah2an semuanya berjalan dengan baik dan kita dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan sempurna hingga selesai bulan Ramadhan.

Malam tadi aku menerima panggilan dari Melaka memberitahu berita sedih tentang kematian Ibu salah seorang staff di pejabatku..juga jiran terdekat di kampung, arwah ibunya sahabat baik mak manakala aku dan staff tersebut adalah rakan sepermainan dari kecil hinggalah bekerja di bawah satu bumbung.

Apa yang lebih menyedihkan staff yang  kehilangan ibu itu juga baru sahaja selesai menjalani pembedahan kerana menghidapi breast cancer peringkat awal..mudah2an dia tabah menerima segala ujian Allah di bulan mulia ini...

Insyallah sebentar lagi aku dan beberapa orang staff akan ke Melaka menziarahi teman itu..walaupun rasanya tak sempat memberi penghormatan terakhir pada jenazah kerana jenazah akan dikebumikan awal pagi ini...

Al Fatihah buat arwah ibu teman ini dan mudah2an di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman......Doakan aku selamat pergi dan kembali...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...