Wednesday, September 28, 2011

WW....Mee Rebus Singapore..Tiada kata2 yang dapatku ucapkan semasa menikmatinya....

Bismillah..Assalamualaikum....








 p/s Mee Rebus Singapore yang aku hidangkan buat sepupu yang bertandang ahad lepas.

Monday, September 26, 2011

Halal Haram...

 Bismillah..Assalamualikum

Inilah emel yang aku terima semalam..meh kita renung2kan...

Bila lori beras terbalik...ramai yg berebut2 kutip...

 Tanpa rasa bersalah pun diaorg pikul bawak balik bagi anak bini makan....


 Leka nya dok menutip duit...tak sedar pun aksi mereka dirakam.

Tapi tenguk yang ni..takde sape pulak nk pegi kutip....padahal semuanya HARAM kan...hehehe..tu lah ragam dan tebiat segelintir orang di Negara kita..SEGELINTIR saja ye....masih berjuta yang tahu hukum halal haram...


Friday, September 23, 2011

Apa yang aku rasa...

Bismillah..Assalamualaikum...

Walau luaran nampak happy...namun kadang2 tak dapat juga diselindungkan apa yang aku rasa dalam hati....cuba untuk senyum ketawa dan buat tak tahu...tapi kadang2 ada juga mata hati yang perasan..dan memandang dengan penuh tanda tanya serta wajah berkerut...ada masalah?...anak ok?...diri ok?....persoalan hanya berlalu dan dijawab dengan sebuah senyuman....

"aku ok jer..."

Ok ke...kalau dalam hati sangat berserabut...

Kata sorang Ustaz..penceramah "tanyalah Ustaz" mententeramkan hati aku...jangan asik bersabar, kerana bila terlalu sabar akan makan hati.....tapi hendaklah sentiasa bersyukur...dan ucapkanlah Alhamdulillah...

"Alhamdulillah..anak aku tak pandai..tapi taklah sampai tak tahu membaca"

"Alhamdulillah..anak aku cuma ponteng sekolah bukan mencuri atau ditangkap disekolah sebab disiplin"

"Alhamdulilillah..aku cuma sakit sikit....ada orang lain lebih menderita"

Ucapkanlah kalimah Alhamdulillah dalam bila hadapi apa jua masalah...

Bukankah rasa lega bila ucapan itu sentiasa terungkap dimulut atau di hati....itulah yg ingin aku amalkan...bersyukur dan terus bersyukur serta memperbaiki segala kekurangan.


~~apa yang aku rasa~~ dizahirkan kerana ingin mengurangkan segala kelelahan, kerana kamu tidak rasa apa yang aku rasa~~

Wednesday, September 21, 2011

Soto Ayam Nyanyisunyi

 Bismillah...Assalamualaikum.

Sabtu lepas anak menantu dan cucu, baru sempat berhari raya rumah nenek yang sentiasa sibuk ni....anak perempuan aku siap order nak makan apa...bila sebut rendang dia kata dah boring sebab rata2 rumah sediakan rendang masa Raya..so dia order nak makan soto dan spaggeti...amboiii...takpelah..nenek memang rajin masak kan...untuk anak menantu dan cucu semua tanggung beres..

 ayam sedang di rebus
Resepi Soto

Ayam 1 Ekor - basuh bersih dan rebus
Nasi impit - rebus dan sejukkan.

Bahan Tumis (A)
Bawang besar 1 labu - tumbuk
Bawang putih 5-10 ulas - tumbuk
Halia - in inci - tumbuk
5 sudu besar rempah soto atau
1 bungkus rempah sup adabi.
3 batang serai - di ketuk

Bahan Hiasan

Tauge
Daun Sup dan Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi kicap
Bergedel
Cara-cara

Tumis bahan tumbuk hingga agak kekuningan
campur rempah sup@soto dan serai.
masukkan kedalam air rebusan ayam.
masak hingga mendidih
campur garam dan bahan perisa jika suka

p/s saya suka letak perisa hilal jika mahukan masakan lebih sedap.

~~SELAMAT MENCUBA~~

Monday, September 19, 2011

Alasan biasa...

Bismillah..Assalamualaikum.

"Salam...sy MC harini darah tinggi sy naik, nanti cakap kat bos ye"

"Kak...saya masuk lambat sikit..bawak anak g klinik"

"Salam..sy lambat..g sekolah anak"

"Kak...sy lewat sikit..keta tak boleh start"

Bila pagi hari Isnin itulah SMS yang biasa aku terima...staff di opis aku ni bukan tahu nak hantar SMS kat HP officer tapi akulah yang menjadi tempat report dan aku yang akan menyampaikan kepada Officer.....mengalahkan aku ni bos kat opis pulak.
 
Yang sebenar2nya kerana aku seorang yang sangat mementingkan HP..HP sentiasa ada depan mata dan aku akan membalas setiap sms yang diterima dengan segera KECUALI aku tiada kredit...itu sebab semua staff lebih suka menghantar SMS ke HP aku... 
 
Tapi yang peliknya semua kejadian macam di atas berlaku pada pagi Isnin...

Cubalah bersangka baik..

1. Semalam klinik tutup..sebab ahad.

2. Anak memang selalu sakit bila hari Isnin.

3.Sekolah kan tutup hari ahad..memang betullah terpaksa datang hari Isnin.

4.3 hari cuti keta asik ke sana ke mari..so bila Isnin keta jem tk boleh start sbb enjin dah letih...

Ada sesiapa yang mengalami serupa? cuba cerita...

Thursday, September 15, 2011

Bila mak tak sihat.....

Bismillah..Assalamualaikum..

Banyak-banyak gambar yg sempat aku abadikan hari raya aritu, gambar ini yang paling aku suka...senyuman abah dan mak....aku suker sangat2.

Tapi sejak beberapa hari yg lepas hati aku rasa rungsing .... bila aku call adik di kampung tanya kesihatan mak dan abah..adik bagitahu abah ok jer tapi mak masih tak sihat sampai sekarang....sejak akhir puasa aritu kesihatan mak tak berapa eluk..penat sangat agaknya sebab sebelum bulan puasa mak banyak  ambil tempahan masak..anak2 dah larang tapi sebab hobi dan dah janji, mak masak juga.

Pagi2 tadi aku call mak..mak dah check darah semalam.....batuk mak masih belum lega.....tapi biasalah.......mak.....bila dapat bersembang dgn aku, mak macam tak mahu berhenti bercakap.....ada saja benda nak diceritakan kat aku..aku terpaksa cut sebab batuk mak makin menjadi bila banyak bercakap..

Aku ni bukan boleh percaya..silap2 esuk aku cabut balik Melaka tenguk mak....aku bukan boleh dengar mak atau abah tak sihat..

Agak2nya bila aku dah tua, anak2 buat mcmtu tak kat aku.

Biar masa yang menentukan..

Monday, September 12, 2011

Hitam-hitam sihitam manis..

 Bismillah..Assalamualaikum...

Orang kata 'don't judge the book by its cover' eh..betul ke perumpamaan ni...kalau silap tolong betulkan..sebab aku tk berapa Amerika sangat..walaupun masa sekolah menengah dulu BI agak terer.....setiap kali nak raya mak dengan abah mengacau dodol untuk tempahan dan untuk anak2...kadang2 kacau dodol sampai 3 kali..

Tahun ini mak dengan abah tak kacau dodol atas2 sebab kesihatan yg tak mengizinkan...sementelah pulak anak2 lelaki semuanya jauh dan kalau ada pun sibuk bekerja...namun rezeki pulak tahun ini..adik dapat bekalan dodol dari seorang kenalan..dan dodol yg dibuat hampir 99% sama dengan yang mak dan abah buat...

Walaupun sudah hampir 2 minggu hari raya dodol tetap lembut dan boleh ditarik...rasanya lemak2 dan tidak terlalu manis..rahsianya...mesti cukup santan dan gula melaka, waktu mengacau mestilah mengikut jam yang betul...jika terlalu lama dodol jadi keras...

Itulah dodol..walaupun hitam tapi manis dan sedap.

Friday, September 9, 2011

Kalimah Allah dalam tempurung kelapa.

 Bismillah...Assalamualaikum..


Masa hari raya adik beradik berkumpul..macam2 cerita timbul..satu cerita yang agak menarik dari adik yang menetap di Kuala Pilah..(dekat dengan umah mak si Lando tu)..masa dia sibuk membelah kelapa untuk diambil santannya dia terjumpa sebiji kelapa yang agak berlainan dari kelapa yg lain.


Semasa bersabut buah kelapa tersebuat panjang dan agak besar..bila dibuang sabutnya, buah kelapa tersebut cuma  sebesar hp..seperti dalam gambar...digoncang2 takde bunyi air..dia pun potong bahagian hujung.... untuk melihat isinya dia menyuluh dgn lampu suluh..
Bila disuluh..dia agak terkejut apabila melihat terdapat kalimah Allah di dalam tempurung kelapa tersebut...itulah kuasa Allah..Dia berhak dan berkuasa melakukan apa saja...Subhanallah.

Thursday, September 8, 2011

Kena Dera

 Bismillah..Assalamualaikum.

Sakitnya...rasa nak tercabut urat saraf masa tangan ni tersentuh kat periuk panas...tu baru sikit...dah meninggalkan kesan yg sangatlah tak cantik...kalau anak dara, orang masuk minang dah kurang duit hantaran sebab dah cacat sikit....

Apa pulak rasanya bagi anak2 kecil, pembantu rumah yang kena dera..kena cucoh dgn puntung rokok atau disiram air panas...aku yang kena sipi2 pun dah rasa sakit teramat..mujur kena kat tangan...kalau kat badan macam mana pulak rasanya...

Inilah akibatnya tergesa2 masa nak masak hari tu....tak perasan lengan menyentuh periuk yang panas.

Menu Paling Best Masa Puasa dan Raya

 Bismillah..Assalamualaikum..

Bila hari raya rata2 kita dihidangkan dengan daging dan ayam..baik berkunjung belah pagi, tengahari, petang bawak ke malam...rendang se rendang2nya....aku memang ta boleh blah (pinjam kata2 sorg blogger yg aku lupa nama dia)....tekak rasa dah tak boleh terima dah...

Sejak puasa aritu...aku paling suka masak ikan asam rebus..ramai org terkeliru antara ASAM PEDAS dengan ASAM REBUS...asam pedas cilinya ditumis terlebih dahulu..manakala asam rebus cilinya cuma direbus saja tanpa ditumis.

Masak asam rebus ni paling baik untuk kesihatan, tiada minyak dan tiada lemak..dan paling penting ianya 2 in 1..tak perlu masak sayur kerana dah ada bende atau terung..kan ke mudah tu...masaknya pun sgt senang....main campak2 je dalam periuk..tapi kena pandai seimbangkan rasa masam2 dan pedasnya yang sederhana...jangan lupa letak serai dan daun kunyit....atau daun kesum...

walaawei...kecur air liur tengah2 puasa ni :))

(Petang ni nak masak asam rebus buat berbuka puasa....lawan dengan ikan kering dan sambal belacan...kalau ada mertua lalu kat sebelah pun tak perasan.)

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Raya 3

 Bismillah..Assalamualaikum...

Bila cerita bab raya ni memang tak habis2 selagi 30 hari tu tak habis, macam biasa bila raya akulah yang paling sibuk kat dapur..macam aku kata..sebab aku single..anak2 pun dah besau panjang..yg lain2 tu ada suami ada isteri..lagi parah bila ada anak kecik yg nak bergayut je kat maknya...boleh buat alasan tak turun dapur...so..akulah yg jadi mangsa...

Antara menu yang sempat aku dan adik sediakan untuk pagi raya ialah :

1. Menu wajib - soto nasi impit dengan bergedil
2. Menu kedua wajib - rendang daging berempah
3. Menu agak wajib - Ketupat pulut dan ketupat lemak
4. Menu tak kurang wajib - kueh lopes origanal
5. Menu harus - nasi impit.
Rendang daging berempah ni tiap tahun bila aku buat mesti ada saja yang mintak resepi...tahun ni beberapa org sepupu mintak resepi...dalam sibuk2 tu tak sempat aku nak tulis..so tggu je lah nanti aku sms kan resepinya.

Ini pulak lopes..sorry ye bukan aku yg buat tp dari air tangan mak...sebenarnya sebelum raya mak demam..bila aku balik demam mak terus kebah dan sibuk nak buat kueh lopes ni...tiap tahun kueh lopes ni jadi rebutan sebab dikalangan mak2 saudara,  hanya mak saja yg buat dan rasanya sangatlah mantop!.. pulut direndam dgn air abu semalaman dan dibungkus dgn daun pisang kemudian direbus selama 4 jam...rasanya yg kenyal2 memang tkkan jumpa di mana2...apa lagi di KL atau di Sepang ni.

Oleh kerana aku terlalu sibuk kat dapur, hanya dua menu ni saja yang sempat aku rakamkan gambarnya..yg selebihnya dah habis sebelum aku nak ambil gambarnya...

Oleh kerana abah aku sudah dikira bapa saudara sulung sebab abg2 abah semua dah arwah, manakala mak pula memang anak sulung dlm keluarga. jadi rumah abah memang jadi tumpuan anak2 sedara mak dan abah...apa saja menu yg disediakan pasti habis sebelum menjelang petang...siapa yg datang selepas pukul 2..minta maaf..makan kueh raya je jawabnya...

Letih dan penat..tapi seronok bila apa yg kita masak, dimakan dengan penuh selera dan bersemangat....silap2 tukang masak sendiri melepas tak dapat merasa apa yg dimasak...takpe lah janji semua happy.

Monday, September 5, 2011

Rambut Raya


Bismillah..Assalamualaikum..

Harini raya ke 7..rasanya tak terlambat lagi nak buat rambut raya.....teringat masa kecik2 dulu...rambut aku panjang..mak tak bagi gunting pendek sebab serupa macam lelaki kata mak..aku akur...walaupun hati meronta2 nak gunting ala2 prince Diana.

Oleh kerana tak bagi gunting pendek mak  kata nak kerintingkan rambut aku...lepas sehari kesehari aku tunggu hinggalah sekarang...sampai kesudah rambut aku tetap macam asal...nak kata lurus tak lurus nak kata kerinting langsung tak..akhirnya aku tahu kenapa mak tk juga bagi kerinting..sebab kata mak, berdosa mengubah apa yang Allah dah bagi....

Tapi apa pulak hukumnya meluruskan rambut yang jadi trend sekarang...teknik rebonding..eluk2 rambut kerinting atau ikal jadi lurus macam lidi...dan ada ke syampu yang boleh luruskan rambut ikal yg diberi Allah pada kita...rasanya takde kot kecuali buat teknik meluruskan rambut menggunakan peralatan moden..

Agaknya berapalah kos buat teknik rebonding mcm kat atas ni kan....

Hmmm..takpe lah..cancel nak buat rambut raya..rambut yg sedia ada dah cukup menawan...lagipun hanya aku dan anak2 saja yang boleh lihat rambut aku...

Saturday, September 3, 2011

Satu Hari Di Hari Raya...

Bismillah...Assalamualaikum..

Hari ke 5 Aidil Fitri..aku masih di kg..Insyallah esuk (ahad) aku akan kembali ke tempat aku mencari rezeki....semalam ke Batu Pahat rumah adik...letih tapi gembira kerana dapat berkonvoi ramai2 ke sana...

Seperti biasa, bila menjelang hari raya akulah yg paling letih kerana menjadi chef merangkap tuan rumah..al maklumlah aku single mingle..takde hsb, mertua dan ipar duai..jadi aku lah yang terpaksa menyingsing lengan...bila terlalu penat aku jadi berkira dgn adik beradik lain..hingga terkeluar kata2: "tahun depan nak balik malam raya"..tapi sebab kesiankan mak..aku tkkan buat macamtu..

Dan seperti tahun lepas juga aku tak sempat merakamkan gambar family..kerana tiada siapa yang menguruskan..so ini saja yg dapat aku abadikan di samping beberapa lagi gambar lain..

 Mak dan abah tersayang

 Dalam kesibukan aku sempat menarik mak dan abah untuk bergambar

Dengan wajah keletihan sempat juga aku abadikan gambar bersama dua hero aku ini. 

Esuk aku akan kembali ke Sepang..dan kehidupan aku akan menjadi seperti biasa kembali..kerja, rumah dan anak2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...