Monday, October 31, 2011

Selesai sudah Mesyuarat Agung Koperasi 2011

Bismillah..Assalamualaikum..

 NS sibuk menyiapkan souvenir untuk perwakilan yang hadir di hari Mesyuarat nanti..

 Setiap tahun akulah yang ditugaskan mengeluarkan wang untuk kehadiran dan mengagihkan sebelum mesyuarat berlangsung...saat yang mendebarkan setiap kali membuat balancing...Alhamdulillah semua ok!

 Sempat berposing sebelum masuk ke Dewan




Alhamdulillah setelah berminggu2 membuat persiapan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi..akhirnya pada 29 Oktober 2011 yang lalu, selesai sudah Mesyuarat Agung dijalankan. Dividen sebanyak 7.2% diumumkan dan diterima tanpa bantahan oleh Perwakilan..

Penyata Dividen telah mula diedarkan pada hari Mesyuarat dijalankan.....bermakna...minggu depan Staff yang terlibat mulai sibuk...termasuklah NS yang akan membuat bayaran melalui Sistem Macs yang diperkenalkan oleh Agrobank...tak menang tangan nak buat bayaran dan menjawab panggilan tekefon yang bertanya mengenai bayaran dividen.
 Akhir sekali menghadapi hidangan makan tengahari...

Alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar...

Mujurlah selesai Mesyuarat NS diserang migrin yang agak teruk..pagi tadi cuma ambil ubat di klinik..mungkin terlalu banyak berpikir hinggakan diserang migrin.Hingga kini Alhamdulillah sudah beransur sembuh.

Wednesday, October 26, 2011

Antara gembira dan duka....

Bismillah..Assalamualikum..

Rata-rata teman2 yang berjumpa di rumah kakcik pada 23 Okt haritu sudah pun update pertemuan yang sungguh best itu. NS saja yang agak terlewat dan masih tak dapat save kan gambar2 yang sempat di rakam bersama.  Bila tukar henfon baru ni payah pulak. Sebenarnya banyak gambar nak diletakkan di sini tapi apa kan daya....

Tak ramai yang aku kenal semasa majlis tersebut, antara yang aku kenal hanyalah  Kakcik, Azieazah yang ngetop,Gadis Bunga, Azian, Ainnoraini, Acu Sayang, Gedek yang lebar dengan senyuman, Bujal X, Daddy Ziyyad, Dato LF yang cukup peramah dan sporting. (Dan khabarnya Dato LF tak sabar2 nak anjurkan pertemuan kali kedua di BBB)...insyallah NS akan hadir kerana memang biasa dengan BBB...

Teman2 baru yang aku baru kenal seperti :- Kak Marina Monroe, Ati Masrif, Dr Hanie, Mak Dara Terdiva, Akuzle, Azrul, Wanie dari blog 'aku ibu muda', Kakcik Ella yang goergous,..rasanya ada lagi nama2 yang aku tak sebut sebab belum kenal lagi...mohon maaf yer..

Sepatah kata kakcik.."memang betul sunyi" hehehe..awal2 lagi aku dah bagitahu kakcik aku akan bernyanyisunyi hariitu atas sebab2 tertentu..padahal itu bukan aku yang sebenarnya..biasanya dalam apa2 majlis pun akulah yang lebih cakap dan lebih tangan..(bukan panjang tangan yer)...jelesnya tenguk kawan2 sibuk2 mengambil gambar sedangkan aku duduk diam2 memerhati dari kejauhan...hanti meronta2 mahu..

Ada sesuatu waktu ini yang sangat2 merunsingkan hati aku...

Khabar yang bukan gossip2 liar...

Kemungkinan besar opis sekarang yang aku tumpang berteduh akan berpindah di area Jalan Reko, berdekatan dengan Tesco dan Agrobank. Bangunan sekarang akan dijual secepat mungkin, dan selewat2nya kami diarah berpindah (untuk kali ke 2) pada Januari 2012.

Aduhai..mudahnya bagi mereka membuat arahan..bagaimana nasib aku dan anak2 yang tumpang diibangunan sekarang..bermakna aku wajib berpindah, cari rumah sewa dan berulang dari sini ke Jalan Reko..atau aku cari rumah sewa di area Bangi ( pasti sewa rumahnya mahal2) atau area Jalan Reko, anak2 pun kena pindah sekolah..(anak2 termenung bila berita ini diberitahu) mereka tak mahu berpindah kerana sudah ada kehidupan di sini..sudah hampir 9 tahun di sini..dan aku sudah cukup selesa..anak2 pun sudah cukup gembira tinggal di sini....

Bagaimana nak berulang ke tempat kerja sedangkan aku tiada kenderaan....Ya Allah Ujian apakah yang diberi pada aku lagi...nak berhenti keja..tidak mungkin kerana aku wajib menanggung anak2 yang masih bersekolah...nak mencari keja lain..lagilah tak mungkin...

Apakah yang akan terjadi kelak...aku hanya berserah pada Allah..mungkin ada hikmah disebalik perpindahan itu nanti..Ya Allah permudahkanlah...

Tuesday, October 18, 2011

Hari Ini...18Okt.

 Bismillah...Assalamualikum...
18 Oktober 19.....
Seorang anak perempuan sulung dalam keluarga dilahirkan.
Sepanjang hidup menempuh berbagai ujian dan dugaan..
namun alhamdulillah..Allah Maha Mengetahui..
Setiap dugaan yang diberi dapat dilalui dengan tabah..
muga dia terus diberi kekuatan dan ketabahan
dalam melalui liku2 hidup yang mendatang


Happy besday to me!! hadiah dari kawan2 sebentar tadi.

p/s Jutaan teri makasih kepada teman2 yang 'wish' sejak tengah malam tadi hinggalah waktu ini..

Friday, October 14, 2011

Resepi Mee Rebus

Bismillah. Assalamualaikum.

Ingat tak lagi entry pasa mee rebus ni...bila ingat pasal mee rebus ni aku pasti rasa berdebar2 sebab aku pemalu sebenarnya inilah menu yang insyallah akan aku bawa untuk majlis gathering blogger di rumah kakcik pada 23 Oktober ini. Aku berharap tiada apa2 halangan   untuk aku menghadirkan diri pada waktu itu.

Bahan-Bahan

300gm daging cincang - (basuh bersih dan rebus)
300gm udang basah
1 bungkus Rempah Hijau - (rempah ini khas diimport dari Melaka)
1 Bungkus rempah kari daging- jika tiada rempah hijau guna 2 bungkus rempah kari daging
1/2 inci halia - tumbuk
5 @ 6 ulas bawang putih - tumbuk
2 labu bawang besar - tumbuk
4 sudu besar tauchu
Asam jawa secukupnya 
4@5 sudu besar tepung gandum (untuk memekatkan kuah)
Garam,gula dan serbuk perasa

Bahan Hiasan

1 bungkus mee kuning - basuh dn celur sedikit
Tauge
Tauhu - goreng
Daun sup, daun bawang
Cili merah dan cili hijau  - hiris
Bawang goreng.

Cara-Cara

Tumis bahan2 yang ditumbuk hingga agak kekuningan
masukkan rempah yang telah dibancuh dengan  sedikit air.
masukkan daging cincang yag telah direbus bersama air rebusan dan udang basah.
Perahkan air asam jawa (untuk membanyakkan kuah lebih banyak air asam dimasukkan)
bancuh tepung gandum dan masukkan kedalam kuah (gunakan tapis)
Masukkan garam dan gula sesedap rasa.

Hidangkan mengikut citarasa rinduan sendiri.

Rempah kari dan rempah hijau

Rempah ini diimport dari Melaka - Home made. sesiapa yang berhajat insyallah NS akan bawa semasa majlis gathering di rumah kakcik nanti  (jika ada stok)...selain dari membuat mee rebus, rempah hijau ini sangat sesuai digunakan untuk mengoreng daging atau ayam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Insyallah esuk aku akan balik ke Kampung@Melaka menjenguk mak dan abah..kali terakhir balik semasa sambutan Hari Raya dulu..kiranya dah sebulan lebih aku tak balik...wah..tak sabar rasanya..mak lagi tak sabar bila tahu aku nak balik...


Doakan aku selamat..sebab aku balik naik bas dan train...sampai jumpa lagi...Insyallah.

Saturday, October 8, 2011

Kurus atau Gemuk - apasal kau kesah?

Bismillah..Assalamualaikum..

Bercakap pasal isu kurus gemuk ni...sejak dari zaman aku muda2 lagi (remaja lagi)...aku memang dah dikurniakan tubuh badan yg kurus atau bahasa halus dan mesra ialah comel atau slim atau ramping...(kurus tu menggambarkan keadaan kurus kering macam orang yang tak cukup makan adanya....so tk berapa sedap sebut kurus kan...)

Dan isu kurus atau gemuk ini memang akan membuat seseorang akan terasa hati bila kerap sangat disebut2 dan diulang2..agak sensitif bagi orang yang rasa sensitipf..tapi bagi yg tak berapa kisah, dibiarnya saja macam angin lalu bila ditegur atau disindir...dan  sebenarnya ada org yang memang tak pernah puas dan bersyukur dengan kurniaan Allah.

Kadang2 aku naik rimas dan rasa hairan bin pelik bin ajaib...orang yang menegur aku kurus ni bukan dah bertahun tak jumpa..tapi setiap hari aku jumpa dan berselisih bahu dengannya...bila berselisih dan bersembang ala kadar...dia mesti cakap:

"Alaaaaa...kurusnya akak ni...berapa berat akak?, akak tak makan ke?..

Yang paling tak sedap halwa telinga aku dengar tu bila dia kata...

"Sekeping jer...."

Ingat aku biskut cream kreaker ke? mulut betul2 takde insurans...kalau yang menegur tu badan dia solid molid macam Ziana Zain ke tak pe  gak...ni segala spare tyre dah jelas kelihatan..aduh...mau je aku balas dan cakap:

"Yang awk tu tak jaga badan segala lemak bertimbun tu nape kisah aku kurus ke gemuk ke" tapi aku ni jenis tak suka lukakan hati kawan...biarpun hati aku sakit, aku cuma jawab..."dah Allah nk bagi mcm ni nak buat mcma mana..alhamdulillah asalkan sihat sudah"...aku rasa aku tak lah terlalu kurus...sesuai dengan ketinggian aku saiz badan aku ni...so apa yg mereka kesahkan aku kurus.

Tapi...yang paling buat aku terluka satu masa dulu..sewaktu aku ada suami..bila balik kampung beraya setahun sekali jumpa sepupu sepapat yang rata2 saiz badan dah xxxl sedangkan aku dan adik2 perempuan aku tetap begini..sedap2 mulut mereka berkata:

"kau ni kurus tak gemuk2...laki kau tak bagi cukup makan ke..?orang lain lepas kwen mesti gemuk sebab laki bagi cukup makan"

Wahai para suami..betul ke isteri anda jadi gemuk sebab kamu bagi cukup makan...

Aduhai......kalau lah masa tu arwah suami aku dengar....Kan Allah bayar cash apa yang kita buat kerana melukakan hati orang lain..sekarang orang yang berkata begitu menderita sakit tulang belakang...kesian dia..mudah2an semua jadi pengajaran...bercakap jangan sedap mulut...awasi perkataan kita dan kaji samaada ia sesuai diucapkan atau tidak..ia melukakan atau mengembirakan.

Ingat sahabat..jangan sesekali melukakan hati orang lain walaupun bertujuan hanya bergurau senda.

Tuesday, October 4, 2011

Sorri saje nak tayang2 jer...

 Bismillah..Assalamualaikum...
Tiada kata-kata yang dapat diucapkan bila melihat semua gambar2 ini...


 Rendang ayam cili padi dan puding karamel  yang aku bawa dari rumah...

Alhamdulillah..akhirnya hasrat menjamu beberapa Staff Cawangan Agrobank, jiran2 satu bangunan, Anggota Lembaga Pengarah Koperasi dan semua wargakerja Koperasi terlaksana juga pada 29 Sept 2011 lepas....dengan bujet yang ngam2 dan menu yang dibawa dari rumah, kami staff bahagian pentadbiran berjaya menganjurkan satu majlis yang agak happening...

Sejak setahun yang lepas kami mula mengumpul 'dana' wah! bunyinya agak besar..sebenarnya setiap bulan kami membuat collection untuk jamuan Hari Raya tahun ini...seperti biasa akulah yang menjadi 'akauntan' untuk apa2 majlis pun..dah tentu sebab aku yang menjaga bahagian akaun...dengan perancangan yang teliti, bujet yang kecil mampu juga kami atasi kerana hasrat yg murni ini..insyallah tahun hadapan andai panjang umur kami akan menambah bilangan jemputan memandangkan menu kali ini banyak yang berlebih.

Sudi2kanlah menjamu mata...:))

Sunday, October 2, 2011

Hanya Doa Ibu Iringi....

 Bismillah....Assalamualaikum..

Pada 30 September lepas SMKBBST telah mengadakan majlis Restu Guru dan Ibu bapa untuk anak2 yang bakal menduduki PMR pada 4 Oktober 2011 ini...

Aku turut menghadiri majlis tersebut memandangkan Aiman Zarif juga akan mengambil PMR...walaupun Aiman Zarif bukan terkategori murid2 harapan namun aku tetap bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana Aiman Zarif tergolong dalam kelas pertengahan...tidak terlalu lemah dan kedudukannya agak ok jika dibandingkan dengan sebahagian teman2nya...aku memang bersyukur...sangat bersyukur..sekurang2nya dia bukan dalam kategori lemah atau terlalu lemah...
Majlis tersebut memang sangat menyentuh perasaan hinggakan hampir semua guru, ibu bapa dan pelajar2 mengalirkan airmata..tak terkecuali aku.... saat aku memeluk dan mencium Aiman Zarif...tiada kata2 yag dapat aku ucapkan hanya dapat berdoa dalam hati muga semua anakku ini berjaya.
Doaku bukan saja buat Aiman Zarif tetap buat semua anak2 yang bakal menduduki PMR..muga dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalani peperiksaan dengan tenang. Insyaallah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...