Semalam terungkailah segala teka-teki yang sentiasa bermain di hati aku dan rakan2 sekerja..ada 2 berita yang buat kami tersenyum lebar..mula2 khabar gembira kami terima dan aku berjanji akan war2kan bila sudah sahih..
1. Alhamdulillah kami diberi BONUS 1 bulan gaji untuk tahun ini...
2. Pada 1 januari 2012, kami akan mendapat seorang Pengurus, bekas Pengurus Agrobank Cawangan. Setelah aku ditugaskan menyiasat ala-ala dektitif conan..kami bersyukur kerana bakal bos baru kami seorang yang bagus dan didikasi, menurut staff Agrobank yang aku siasat.
Berita yang tidak disangka2..dan buat mulut kami semua jadi ternganga..dan jangkaan kami sangat tersasar jauh.
Sudah confirm syarikat akan membeli bangunan baru di area Sg Besi lama, bukan di Jalan Reko@Bangi seperti yang pernah aku ceritakan.....
Kemungkinan besar ofis juga akan berpindah di tempat baru bila semua urusan pembelian dan ubahsuai siap.......rata-rata staff yang tinggal di kawasan Nilai dan Salak Tinggi rasa sangat kecewa...banyak yang wajib diambil kira, dengan pendapatan yang kecil......minyak kereta, tempat letak kereta dan bayaran tol..kesesakan lalu lintas tak usah ambil kiralah..
Bagaimana nasib aku?.....setakad ini aku masih lagi menumpang di bangunan ofis di BBST ini sehinggalah ada pembeli membeli bangunan ini..dan akan menumpang kenderaan rakan ke tempat keja.....itu pun jika rakan tersebut masih mahu bekerja di Syarikat ini, andai satu hari dia berhenti....lain pula ceritanya...tunggu dan lihat sajalah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Esuk aku akan bercuti, Insyallah aku akan menghantar Aiman ke Melaka...insyallah esuk- 1Dis hingga 3 Dis ini Aiman akan mengikuti Kem Motivasi yang akan diadakan di Melaka..kalau diikutkan aku memnag kurang berkemampuan nak menghantar Aiman ke Kem tersebut, namun atas sponsor mak saudaranya (adikku) dapatlah Aiman menyertainya......mudah2an Kem tersebut dapat memberi kesan yang positif buat Aiman..Insyallah..
~~Setiap saat..bila mengingatkan waktu dan ketika itu,yang semakin hampir...mampukah aku menghadapinya~~


















