Klik Klik

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal Kenangan...

Bismillah...Assalamualaikum....


Tidak sampai 8 jam saja lagi 2011 akan melabuhkan tirainya..bermakna 2012 akan bermula....biasalah orang bertanya, azam 2011 tercapai tak?

Rasanya aku jarang memasang azam bila menjelang tahun baru...cuma 1 saja  yang aku sematkan dalam hati...nak menjadi lebih baik dari sebelumnya dan nak perbaiki apa saja kekurangan diri...Alhamdulillah ada juga yg dapat diperbaiki...

Tetapi ada dua perkara yang diluar jangkaan aku berlaku di Tahun 2011 :

1. 2 kali pertemuan dengan rakan2 yang selama ini hanya kenal di maya..kadang2 tak tahu pun macam mana rupa wajahnya..sebelum ini tidak pernah terlintas dihati akan berlaku gather2 gitu...dan aku sayang semua yang aku jumpa...maupun yang cuma bertemu di sini.

2. Perkara yang buat hati aku sangat rawan....lukanya baru sembuh..parutnya dah kering.....tapi terluka semula di parut yang lama...berdarah dan hingga kini aku sedang merawat luka itu......tiada kena mengena dengan sesiapa pun di blog atau di maya...hanya hal anak beranak  dan biarlah rahsia.

Mudah2an 2012...samada berpindah ofis atau berpindah rumah...aku harapkan segalanya dipermudahkan, diberkati dan dirahmati kehidupan aku sekeluarga..mudah2an aku, kamu dan kamu menjadi lebih baik pada tahun 2012 dan tahun2 mendatang...

Mudah2an ada sesuatu yang indah  menunggu aku di tahun 2012...tinggallah kenangan.... walaupun kenangan yang satu itu tidak pernah ku lupa dan aku tinggalkan....

~~SELAMAT TINGGAL 2011...DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA YANG SINGGAH DI SINI~~

Friday, December 30, 2011

Orlando Ahmad dan Cempedak Goreng

Bismillah...Assalamualikum..

Sejak dua tiga hari ini aku memang tak berapa sihat.....tapi tetap ke tempat kerja.....terlalu sibuk menjelang hujung tahun 2011 ini, nak ambil cuti asik tertangguh je mengenangkan kerja2 yg bertimbun....petang semalam aku melawat nenek seorg teman meninggal dunia..pulang dari melawat, aku dan sahabatku MIMI singgah basahkan tekak di Restoran As-Salam berdekatan Inti Kojel  Nilai.

Sambil2 tu aku hantar SMS pada budak ni sila klik SINI ustaz rugged ni aku anggap macam adik2 aku je...aku bagitahu dia aku sedang mengeteh kat As-Salam tu...aku ingat2 dia duduk berhampiran Inti Kolej tu..jadi aku ajak dia join sama...rupanya dia duduk area USIM..jauh gaklah untuk ke Inti Kolej ni... 

Tak sangka dia datang gak...seronok sembang dengan ustaz muda@imammuda ni...muda remaja hampir sebaya anak perempuan sulung aku.. tapi agak matang orangnya...peramah macam aku jugak...tu dia gambar dia yg tak diizinkan disiarkan kat sini...takut nanti  ramai hot-stuff berebut nak berkenalan....hahahaha...OA jangan marah.....aku janji nak belanja dia...tapi dia minum nescafe tarik je...ni mesti kes segan aka malu..ish.....rugi tau OA...

Dalam masa yang agak terbatas banyak juga yg kami sembangkan...pasal ayah dia yang sakit, pasal apa yg bakal dia buat bila habis belajar kt USIM..dan pasal pertemuan dia dengan jeng,jeng,jeng.....

Sebagai seorang kakak merangkap makcik.....aku doakan ayah OA cepat sembuh dan OA berjaya dalam kehidupan dunia dan akhiratnya...

Dan petang ini aku sempat goreng cempedak yang diberi oleh nenek kepada kawan Aiman...sangat sedap..manis dan warnanya kuning keemasan...sakit2 tekak pun dah berketul2 masuk dalam anak tekak...

Tuesday, December 27, 2011

Semalam Punya Cerita....

Bismillah...Assalamualaikum....

Keja2 yang aku siapkan sejak Sabtu lepas hinggalah semalam. Tolong abaikan meja yang berselerak..

Semacam menunggu giliran segala borang2 yang hedak diproses dan hendak dibuat bayaran

 Boucer2 bayaran yang sudah siap diproses 

Borang pembiayaan peribadi yang sedang menunggu giliran hendak diproses





Sayangnya buat masa ini hanya aku sorang di ofis yang tahu menggunakan sistem ini..masih tiada pelapis...

 Keje2 menulis Cek menjadi lebih mudah dengan adanya Sistem Cheq Printer ini..bayangkan jika ada 100 keping cek yang hendak ditulis...mahu bengkuk jari2 aku.


 Tercapai juga hasrat aku nak buat bubur jagung durian ahad aritu...semalam masih berbaki dan bawa ke opis....sambil2 buat keje damaikan anak tekak dengan bubur jagung durian resepi Acikerna....sedapppppp...

Mari mulakan kerja2 dengan hati yang ceria dan bersungguh2...

Monday, December 26, 2011

Sami Yusuf - Al-Mu Allim



Bismillah..Assalamualaikum...

Hari ini cuti, tapi aku keja...memang seronok bila keja sorang2..tiada gangguan, tiada deringan telefon, tiada suara bos bertanya itu ini, tiada suara jiran sebelah gossip2..dan jiwa aku rasa sangat tenang menyiapkan akaun sambil melayan perasaan mendengar lagu2 merdu Sami Yusuf..

Selalunya bila nak mulakan keja aku akan mulai dengan mendengar Asma'ul Husna, Selawat Nabi SAW dan Selawat Syifa..kemudian barulah layan lagu2 Sami Yusuf yang cukup menyegarkan minda...sambil mengikut2 beliau menyanyi..

Ya Mu' allim..
Muhammad SAW....
Ya Habibi..Ya Muhammad..


Jom layan sama...

Sunday, December 25, 2011

Hujung Minggu Yang Sangat Sepi...

 Bismillah.....Assalamualaikum..


Apa kaitannya dengan  gambar laut ni......mungkin ada cerita di sebaliknya, bila tenguk laut aku pasti terkenang seseorang....ada seorang teman berkata "Lepaskan dia dari ingatan barulah boleh ingat orang lain...".Apa salahnya kita sentiasa  ingat kat seseorang...ingat dengan doa muga dia berbahagia...tak salah rasanya....

Sejak semalam, rata2 blog yang aku kunjungi bercerita pasal balik kampung..aduhhhh...jelesnya.....hati melonjak2 nak balik kampung tenguk mak abah..tapi keadaan tidak mengizinkan,...walaupun baru lagi rasanya aku jumpa mak dan abah tapi sekejap sangat tak puas....sabarlah wahai hati...


Hujung minggu dok sorang2 kat rumah memang rasa sunyi dan sepi sangat...,(anak2 dengan aktiviti masing2).....tambah pulak dengan cuaca yang ala2 mendung gini..tambah sayu mayu hati perut ni.....ish....kalau dilayan rasa begini serba tak kena jadinya...tapi begitulah hati ini..bila tinggal sorang2 asik duduk tepi tingkap memandang keluar...rasa seperti terpenjara.....hati rasa sayu sangat...


Daripada dok layan hati yg sayu pilu ni baik aku ke dapur...ada durian beli 2 hari lepas...teringin nk buat bubur jagung...makan bubur jagung durian acik erna haritu tak puas sebab berkongsi dengan Aiman...

Mudah2an rasa sunyi sepi ini akan sirna bila sibuk2 di dapur....

Friday, December 23, 2011

Jangan dimulakan...

Bismillah....Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Jangan....awak tu isteri orang, tau dek laki awak naya...mau bercerai berai, tu lom bab nusyuz dan berdosa dengan laki"

Sebagai kakak dan agak senior dikalangan ofis mate....rasanya tak salah bila aku mengeluarkan kata2 begitu pada seorang staff baru di ofis....mulanya aku lihat dia  bertukar2 no telefon dengan seorang penghantar surat (pos laju), ber sms dan bercalling2...macam mana aku tahu? dia ni lurus bendul pulak...semua nak diceritakan.

Gambar hiasan dari uncle google

Baru 2 hari lepas staff perempuan itu menerima kek besday dari lelaki tersebut...aku tegur dengan baik..officer yang dok dalam bilik pun tegur..."Pandai makan pandai simpan..jangan sampai suami datang serang kat ofis sudah"

Mungkin staff baru ni terkena kejutan budaya..maklumlah dah 10 tahun jadi suri rumah tangga sepenuh masa, alih2 keja dan berhadapan dengan berbagai jenis manusia bernama lelaki....tak tahan pula dengan godaan. Masalahnya bila aku dan pegawai menegur dia tidak menafikan apa2.

Mudah2an perbuatannya tidak berlarutan.....sedar sebelum masalah menjadi lebih rumit dan ada gossip2 liar sampai ke telinga suami.....

Thursday, December 22, 2011

Hati Seorang Ibu

Bismillah...Assalamualaikum...

Sejak malam tadi tak putus2 hati kecil aku berdoa...mudah2an keputusan Aiman tidak menghampakan.....aku pulak yang makan tak lalu tidur tak nyenyak (padahal makan berpinggan2 tidur sampai termimpi2)..itu fenomena biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak2 yang nak amik keputusan peksa...anak itu sendiri? so relax and cool...itu anak aku...anak oramg lain aku tak tahu lah pulak..
Aiman seakan sedang merenung masa depannya yang masih jauh

Sebagai ibu sekaligus bapa kepada anak2ku yang dua orang itu..apa lagi yang aku harapkan...kebahagiaan mereka, kejayaan mereka dunia dan akhirat..bila aku berkata 2 orang anak2ku...pasti ada yang bertanya, bukan 3 ke?.

Sebenarnya memang 3 orang.....yang sulung seorang perempuan, sudah berumah tangga dan sudah ada kehidupan sendiri bersama keluarganya...anak perempuanku....dekat denganku tapi sebenarnya amat jauh bagiku.....ada sesuatu yang buat aku rasa sangat jauh dengannya..bermacam 'jauh'...jauh hati dan segalanya yang buat aku rasa terlalu jauh...:( (Mudah2an Allah dekatkan hatiku dengan satu2nya anak perempuanku ini...)

Baru sekejap tadi aku dengan rasa yang tidak sabar2 telah menelefon Aiman...dengar suaranya yang agak ceria buat hati aku kembang semangkuk...Alhamdulillah..walaupun tidak cemerlang namun tetap lulus seperti mana harapan dan doa aku ibunya...Syukur padaMU Ya Rabb..

Tuesday, December 20, 2011

Bingkisan untuk ANA

Bismillah...Assalamualaikum..


Aku sempat menarik Ana untuk bergambar sama kerana ada suatu bingkisan buat Ana kelak.

Sehari sebelum hari gathering berlangsung, aku telah dimaklongkan oleh sahabatku MIMI yang dia tidak dapat pergi kerana kereta masih di workshop, aduhhh......frust sangat macam nak guling-guling rasanya.....dah terbayang2 aku bakal gagal join..tapi berpantang ajal sebelum maut.... aku  segera mengirim SMS kepada Ana dari blog cerita-anaa.meminta bantuan Ana..sebelum2 ini pun aku pernah risik2 Ana , sekiranya aku tiada kenderaan nak join gathering tu aku nak tumpang Ana...Ana kata no hal...boleh aje..(itu beberapa minggu yg lepas) ana bersetuju saja walaupun pada hakikatnya kami taklah ngam sangat pun..baru sekali jumpa kat rumah kakcik

Inilah Ana yang sentiasa ceria....mekasih Ana..Lap u 2...

Sementara menanti balasan SMS Ana aku kirim SMS serupa pada Kakcik...aku kata nak mintak tolong kakcik amik aku di stesen Komuter UKM..kakcik jawab ok walaupun sebenarnya kakcik dan en suami tak tahu pun kat mana stesen komuter UKM tu..(memang terbaik lah kakcik ni, sayang kakcik...)

Beberapa minit kemudian Ana pun jawab..ok no hal...Ana jawab benda yg sama, walaupun sebenarnya Ana sendiri tak tahu kat mana letaknya stesen Komuter UKM..Ana kata tak jadi masalah nanti dia tanya kat rakan2 ofis..malam sebelum 18/12/11, aku confirmkan pada Ana aku tunggu di stesen UKM...insyallah pukul 11.00 pagi aku sampai di stesen tersebut..

Suami Ana..walaupun bukan blogger tapi sangat sporting dan peramah.

Dalam kepala otak dah terbayang nak bawak nasi impit dan rendang..walaupun tak banyak rasa rebeh gak bahu aku membawa dua jenis makanan tersebut...tapi demi gathering yang sangat aku nanti-nantikan maka apa jua rintangan aku akan hadapi..aku sampai awal, pukul 10.15 dah terpacak di stesen UKM..Ana SMS dia kata lewat, kalut sungguh katanya.....tak kisah lah biar aku menunggu, jangan Ana yang tunggu...ku menunggu.(mcm lagu ella pulak)..

Bila Ana tiba..jeng..jeng..jeng..rupa2nya Ana dengan seisi keluarga..suami dan 4 hero2nya..aku rasa malu2 kucing gak pada mulanya bila tenguk  suami Ana ada sama.....tapi  Suami Ana ni sangatlah sporting dan peramahnya....aku memang dah sedia peramah so dah macam kenal bertahun, walaupun baru sekejap berjumpa..sirna semua rasa malu2 kucing tu...

Tanpa sesat barat dengan panduan aku (bak kata Gedek, Bangi ni dah macam kampung halaman aku) maka kami pun tibalah dengan rasa yang berbagai di singgahsana dato LF yag teramat indah dan damai...kami di sambut oleh Akuzle@ayu yang menjadi penyambut tetamu..ayu pun sungguh peramah bila dah kali kedua jumpa.

Selesai majlis yang sangat gilang gemilang, Ana hantar aku ke stesen Komuter UKM semula...lagi sekali beg yang aku galas jadi berat kerana membawa balik beberapa jenis makanan yang ditapau di rumah Dato....dari UKM aku ke Nilai...mengambil bas ke Bandar Baru Salak Tinggi dan kemudian ambil teksi ke rumah...lepas solat asar aku sempat up date pertemuan tersebut, aku antara yang paling cepat up date...

Bangun pagi2 esuknya (19/12/11) tangan kiri aku berlaku kekejangan...sengal-sengal dan badan pun rasa sakit2...Alhamdulillah harini dah ok seperti biasa....dan aku menunggu pertemuan seterusnya yang tak tahu bila bakal diadakan lagi.

Pada Ana dan suaminya yang sangat baik hati (aku tahu Ana sangat ikhlas kerana semuanya terpancar dari matahati Ana)..aku ucapkan jutaan terima kasih..tanpa bantuan Ana, tanpa susah payah Ana dan suami mungkin aku tidak dapat menyertai  Gathering tersebut...terimakasih Ana...budi baik Ana akak kenang hingga akhir hayat.

Oleh kerana itu aku dengan rendah hati dan dengan rasminya mengambil Ana sebagai Adik angkat aku..(apa kata Ana?) mudah2an silaturrahim yang terjalin ini akan berterusan hingga bila2. InsyaALLAH.

Sunday, December 18, 2011

18/12/2011 Dalam Kenangan.

Bismillah..Assalamualaikum....

Alhamdulillah...Akhirnya saat yang ditunggu2 tiba dan berakhir jua....jutaan terimakasih kepada Dato LF dan isteri sebagai tuan rumah, Kakcik dan suami juga AzieAzah sebagai orang kuat yang banyak membantu menjayakan pertemuan kali kedua ini...segalanya berjalan dengan baik dan lancar sekali..

 Sudah pastilah hanya NS yang memandang Kamera kerana itu Kamera NS yang punya...:))

Dato LF yang sangat sporting memberi sepatah dua kata.





Uncle Gedek dengan Kak Marina Monroe ni nampak mcm berduet pulak...sebenarnya Gedek sedang memberi ucapan..

Ini lah Mamawana..dah bertahun kenal di alam maya, akhirnya di BBB berpelukan mesra.





 Masa di perjumpaan pertama di rumah kakcik, kami tak dapat bergambar berdua..kali ini dapat tapi NS tak boleh nak buat muka serius...sorry Gedek..(gambar yg serius tu mata pulak nak terpejam)

Rasa macam tak nak berpisah...

Inilah Ana dari blog cerita cerita Ana.(ana sempat bertanya...kak siapa gerangan yg akak teruja sgt nk jumpa..hahahah..rahsia)..Terima kasih ana, tanpa susah payah Ana dan suaminya NS tak mungkin dapat join sama, disebelah NS tu Acik Erna...dia punya sambal tempoyak memang mantop!!


Ainnoraini, Isteri PCL dan PCL sendiri..PCL ni macam2 malu2 juga sebab first time jumpa agaknya.

Diapit oleh Dato LF sebagai tuan rumah dan Gadis Bunga yang datang agak lewat.



Rasa sangat seronok pada pertemuan kali ini....bab-bab makan nanti akan menyusul pada entry akan datang....rasanya ramai juga blogger yang tidak hadir, jika melihat pada pendaftaran kehadiran sepatutnya lebih ramai lagi...mungkin ada hal disaat2 akhir...mudah2an insyallah satu waktu nanti kita bertemu lagi.

Hingga ke akhir pertemuan aku mencari2 satu nama yang aku nak sangat jumpa..tapi Allah belum izinkan aku bertemu dia...atau mungkin memang ditakdirkan kami takkan bertemu...wallahhua'lam..

Thursday, December 15, 2011

Pengat Pisang

 Bismillah..Assalamuaalaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa mengurniakan rezeki buat aku dan anak2...dan dapat juga dikongsi rakan2 ofis.... Biasanya selepas Solat Subuh aku sudah bersilat di dapur...sambil menyiapkan menu untuk minum pagi aku siapkan juga untuk minum petang (jika ada bahan2nya).

Biasanya minum pagi berat jadi membawa hingga ke tengahari..balik keja petang nanti barulah aku siapkan menu untuk makan malam..tak susah..ada sejenis lauk pun dah memadai..anak2 menerima seadanya..

Inilah yang sempat aku buat pagi tadi..satu tupperware bawa ke ofis dan selebihnya tinggal di rumah untuk anak-anak...dan selalunya menu minum petang ini membawa ke malam...sayang jika tak habis maka akulah yg menghabiskan apa yang ada....kerana aku memang suka sangat pengat pisang!!

Antara Dua Rasa....

Bismillah..Assalamualaikum..

Aiman Zarif anak kedua aku.....Alhamdulillah sejak balik dari menyertai kem motivasi 2 minggu lepas, aku lihat ada perubahan pada Aiman Zarif...Solatnya dah tidak tinggal (itu doaku siang malam)...sejak dari kecil dia memang tidak pernah menyusahkan aku, dan sentiasa mengalah demi adiknya Abdullah Zaki...cuma bila meningkat remaja godaan rakan2 sebaya tidak dapat ditahan....bukan nak salahkan  rakan2 sebaya kerana sifat seorang remaja ingin mencuba apa saja...jadi dia sendiri tidak dapat menahan godaan diluar sana.

Sejak 3 hari lepas Aiman Zarif demam..batuk dan selsema..dia masih mahu bertahan dengan menelan ubat2 yang sedia ada di rumah..akhirnya semalam aku bawa juga berjumpa doktor...doktor kata panas Aiman agak tinggi bacaanya...jika sehari dua ini tidak pulih doktor minta datang semula...

Bila Aiman demam...ada dua rasa yang menimpa aku..aku risau dan dalam masa yang sama aku rasa agak tenang kerana Aiman tidak lagi keluar merayau2 dengan rakan2nya dan yang paling buat aku senang hati...dia tidak lagi keluar malam.

Tuesday, December 13, 2011

Bos Baru

Bismillah..Assalamualaikum..

Apa rasanya bila ada bos baru ye, sudah berbelas tahun kami tidak mempunyai bos yang duduk sepanjang masa di ofis......bos2 seramai 12 orang ( Ahli Lembaga Pengarah) hanya menjenguk sesekali setahun.. yang adapun  seorang Lembaga Pengarah yang berpangkat Setiausaha yang kerap datang......seminggu 2 atau 3 kali, itu pun sekadar 30min  hingga ke 1 jam saja..
Dari mulut2 x staff bos baru kami itu......orangnya OK..aku tak tahulah tang mana oknya bos baru ni....sebab belum bekerja dengannya lagi...kenal beliau pun cuma gitu-gitu saja..biasanya cuma tegur dan senyum...

Baru sekejap tadi bakal bos baru tetiba menjenguk....surprise konon...memang surprise pun sebab dia tak bagitahu pun nak datang..mujurlah kami memang sedang buat keja...( ni rehat jap tu yang postkan entry ni )
dan baru sekejap tadi bakal bos baru memanggil pegawai kerja ke bilik beliau..

Bila pegawai kerja keluar dari bilik bakal bos baru.....muka dia cemberut...dan berkerut2..dia datang berbisik pada aku..."adoiiii...lom apa2 dah mengarah itu ini....nasib lah..lagi tension aku" (pegawai kerja dgn staff memang macam tu..kdg ber engkau aku jer)

Tunggu dan lihat sajalah...3 Jan 2012 dia melapur dan sahlah menjadi bos baru kami..

Saturday, December 10, 2011

Surau...

 Bismillah...Assalamualaikum...

Semasa dalam perjalanan menghantar Aiman dan sepupunya ke kem Motivasi di Kompleks Al falak Sg Udang minggu lepas, kami berhenti di sebuah surau sebelum sampai di Kompleks tersebut..hajat hati hendak menumpang menunaikan solat Zohor...sewaktu tiba di surau tersebut Zohor telah masuk kira2 satu jam..
Lihatlah grill yang siap dikunci mangga.

Kami lihat surau berkunci..siap bermangga lagi...tercari2 manakah arah kiblat...di hadapan surau tersebut ada dua buah rumah...dan ada beberapa orang lelaki sedang duduk bersembang...bila lihat kami tercangak2 meninjau2 dalam surau melalui cermin yang gelap, barulah seorg lelaki menjerit memberitahu mana arah kiblat sebelum sempat kami bertanya.......namun tiada siapapun sudi datang membukakan pintu...mungkin kunci surau bukan mereka yang pegang.....

Rasanya mana2 surau dan masjid sekarang memang terpaksa dikunci kerana banyak sangat berlaku kecurian dalam masjid atau surau...tak kira di kampung atau di bandar...itulah fenomena yg sangat biasa di zaman sekarang....tidak seperti masa aku kecil2 dulu..siang malam surau atau masjid terbuka luas untuk sesiapa saja..

Mujurlah ada juga ruang dikaki lima untuk menunaikan solat..Alhamdulillah selesai sudah kewajipan pada Allah.

Tabung Anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...