Tuesday, January 31, 2012

Tugas baru yang tak rasmi

Bismillah..Assalamualaikum..

Seperti biasa bos baru masuk agak lambat...ada aku kisah, janji dia tak ganggu keja aku...Jumaat lepas setelah 6 hari bercuti aku mulakan kerja2 seperti biasa...dah lama cuti nak kena warm up dulu.....rewind  otak ni fikir semula apa kerja2 yang aku tinggalkan...

Bila bos sampai, dia pasti tanya khabar pada staff yang baru masuk keje selepas bercuti..tak terkecuali aku..."Alhamdulillah semua ok bos....rasa macam nak sambung cuti je" hehehe..yg ni aku caakap dalam hati je..
Lepas tanya2 khabar bos panggil aku ke pantry...

"Hamidah...ni tugas awak..."

Suspen gak..apa lagi lah bos ni, keje aku dahlah tengah melambak nak tambah lagi..., dia hulur satu beg plastik besar......aku tenguk isinya 5 bungkus keropok ikan berbagai jenama dan jenis...berserta sebotol minyak jagung.

"Nanti awak goreng kat rumah ye....bawak sini makan sama2"

"Wahhhh...ingat aku PA ke bos ni..." ni pun aku cakap dalam hati je....dah tu ada ke nak goreng dengan minyak jagung...hmmmm,,bantailah labu...

Apa relevannya aku yg ditugaskan buat keja yg tak rasmi ni....oooo..sebab haritu aku ada bawak keropok goreng ni satu tupperware besar kat opis...bos ada tanya sape yg goreng....so..dia ingat cuma aku je tahu menggoreng...ish!..ini tidak adil...tidak adil....(kena nyanyi mcm lagu yuna)

Takdelah...sebenarnya aku sikit pun tak kisah bos suruh goreng keropok tu..malah aku rasa terharu sangat sebab diberi kepercayaan oleh bos ...Hari Jumaat itu juga aku gorengkan 2 bungkus...tadi sebungkus..ada lagi 2 bungkus besar kat rumah...insyallah esuk aku goreng lagi sebab yg tadi dah selamat dikendurikan oleh semua staff..bos tak merasa sebab bos tak masuk keja harini...!!

Monday, January 30, 2012

Happy Birthday Nyanyisunyi.....

Bismillah....Assalamualaikum...

30 Jan 2011...Nyanyisunyi lahir hadiah dari seorang sahabat untuk mengubati hati aku yang sedang dalam kelukaan..semuanya gara2 blog lama idalara yang mengundang terlalu banyak airmata...mungkin kerana namanya saja sudah menggambarkan kesedihan..jadi tidak mustahil ia selalu bermasalah..difitnah, disakiti, digossip dan berbagai di lagi....maka aku lahirkan Nyanyisunyi supaya tiada dukalara lagi.

Nyanyisunyi lahir kerana aku memang suka menulis..aku suka bercerita di sini...dan berkongsi rasa dengan sahabat mayaku...hari ini genap setahun Nyanyisunyi dengan 247 teman yang sudi menyertaiku di sini...

Terima Kasih kepada semua teman2 yang rajin dan kerap singgah di sini meninggalkan jejak dan komen2 yg sangat bermakna..aku mohon maaf kerana sejak akhir2 ini aku jarang dapat menyinggah rumah teman2 akibat kesibukan yang melampau...

Doakan muga aku dapat terus berkarya di NYANYISUNYI..

Sunday, January 29, 2012

Menu Simple hari ini...

 Bismillah..Assalamualikum....
Sup ayam masih dalam periuk...

Hari minggu...sesudah subuh aku sudah mula menyiapkan menu untuk hari ini....tiada sarapan pagi tiada secawan Kopi Kacip fatimah....hanya meneguk semug air suam2 kuku dan dua butir kurma cukuplah untuk alas perut supaya tidak terlalu kosong....anak2 roti kaya dengan milo...

Sambal belacan perah limau nipis.....best...jangan ada yang kecur air liur sudah yer...


Sejak malam dah minda dah terfikir nak masak sup ayam dan sambal belacan....aku dan anak2 makan seadanya dan cukup simple...kerap aku yang ikut selera anak2..kadang2 tanpa sambal pun dah ok....
Inilah bekas tupperware bekalan aku ke opis..bak kata teman2, mengalahkan opis berbelas batu jauhnya..

Itulah mudahnya tanpa lelaki dewasa dalam rumah...makan ikut selera anak2 atau selera sendiri...kalau agak2 terlalu malas..goreng ikan atau telur pun dah kira ok sangat...itu semua buat aku berfikir beratus kali untuk ada teman hidup sekali lagi...alasan...tapi bila fikir dari segi lain pulak tiada alasan yang dapat aku berikan.

~~Ku berserah~~

Saturday, January 28, 2012

Ingat Aku takut?

Bismillah...Assalamualaikum...

Kalau dulu aku lah yang paling takut dengan haiwan ini...upah seibu pun aku tak mahu dekat apa lagi sentuh...masa nak pegang ni takde pulak sesiapa nk upah walaupun seringgit...tapi entah dari mana kekuatan tu datang....sengaja mencabar diri sendiri....yesss..aku berjaya lakukan.....


Yang penting...tiada kali kedua kot...sebab aku memang sangat takut dan geli.....apa yang aku tahu setelah memegang ular tersebut badannya tidaklah licin atau melekit seperti yang aku sangkakan.....kesat dan kering..itu lah sebenarnya....

Ada berani?

Sekitar Majlis Pernikahan dan Resepsi pada 23 dan 24 jan 2012.

 Bismillah...assalamulaikum...

Dalam kesibukan..dalam rasa yang tak tentu rasa..sempat juga aku rakamkan  gambar2 semasa majlis pernikahan dan majlis resepsi baru2 ini.

 Kedua mempelai....jarak usia bukan jadi halangan...













 Mak pengantin perempuan (tudung putih) dan mak pengantin lelaki (hadapan sekali)

**********************************************************************************
24 Jan 2012 - Rumah Lelaki

Antara yang dapat@sempat aku abadikan untuk kenangan..persiapan dan acara memasak untuk majlis resepi di rumah lelaki.

Aku dengan abg sulung yang membuat majlis ini..


dah penat bekerja..sampai masa makan....tapi nasi yg ku telan tidak terasa kerana dia ada di situ memerhati dgn ekor matanya....
Abah bersama dua adik2nya dan anak2 saudara....di mana aku?..tak mungkin aku ada di situ, kerana dia ada di situ......

Awal pagi...abah dn menantu sedang membuat persiapan untuk memasak.

 Bubur kacang durian- hasil air tangan aku....pencuci mulut.

 Bahan nasi beriani yang baru hendak ditumis..




 Ayam masak merah.....sedap sangtat bila di masak oleh chef Maznah..dan di bantu anak menantu n the gang..

 Masterchef Maznah(mak)sedang menunjuk ajar bakal pengganti mak....Insyallah





Dalam perjalanan pulang ke daerah ini....aku tersenyum puas walaupun sangat kepenatan...

~~~Tersenyum....betapa aku rasa wajahku merah merona, bila aku tahu dia ada di situ...betapa aku rasa berdebar2 dan tak tentu arah bila dia sesekali mencuri pandang pada aku...atau sebenarnya aku yang mencuri2 pandang...mengapa...walaupun aku rasa aku tak mahu tapi aku tetap rasa berdebar2 dan tak tentu rasa....tak mungkin....sangat tak mungkin~~

Friday, January 27, 2012

Antara Kasih dan Kasihan...

Bismillah...Assalamualaikum..

Jumaat hingga ke Jumaat...jika seorang kekasih ditinggalkan selama waktu itu,  mungkin rasa rindunya   sudah meletus bak gunung berapi, memuntahkan  rindunya seperti gunung memuntahkan laharnya.....bagaimana nak aku gambarkan perasaan ini..... kerana aku bukan seorang kekasih.......bila kamu2 yang aku sayang, aku tinggalkan selama seminggu..bila daerah ini aku tinggalkan sepi..aku jadi sangat rindu pada kamu2 yang aku sayang.
Begitulah bila aku kembali ke sini, rinduku terlerai walau bukan sepenuhnya.....kembali semula ke sini.....hatiku tertinggal di sana...satu daerah yang buat aku lupa segala duka lara...satu daerah yang buat aku sentiasa bernyanyi riang...sukar hendak aku ceritakan mengapa hatiku tertinggal di sana.....

Aku ingin kembali lagi ke sana....aku ingin terus berada di sana....di sana  duniaku...di sana aku di lahirkan..di sana aku dibesarkan.....di sana ada mak dan abah..ada adik2 dan saudara mara yang sentiasa aku rindu..dan di sana juga ada dia yang menunggu jawapanku..

Namun aku  tidak boleh tinggalkan apa2 yang ada di sini..di sini juga duniaku, di sini ada anak2ku..di sini tempat aku mencari rezeki, di sini ada kamu2 yang aku sayang...dan di sini ada terlalu banyak kenangan..walaupun ada dia menunggu aku di sana...aku terpaksa memilih di sini..

Aku tidak mahu meninggalkan apa2 yang ada di sini kerana rasa kasihan pada kamu yang di sana.....berdoalah muga2 pintu hatiku terbuka menerima kamu di sana bukan kerana kasihan..tapi kerana kasihku yang akan ku bawa hingga ke akhir hayatku...

Memohonlah pada DIA yang Maha Mengetahui apa2 yang tersembunyi..

Friday, January 20, 2012

Selamat Bercuti...

Bismillah..Assalamualaikum...

Wahhhh...terlalu busy sampai tak sempat nak jenguk kengkawan...petang ni pun masih kat opis nak siapkan beberapa bayaran sebelum bercuti panjang.....sepanjang minggu ini aku tersangat2 lah sibuknya..tp kadang2 sempat juga lari2 ke rumah kawan2 seminit dua...dapat juga update sesekali...dan minggu ini juga aku rasa sangat gembira..kerana...ada dua sebab.....
Kalau boleh digambarkan kegembiraan hati aku beginilah agaknya....
(gambar ikhsan atuk google..anak sapa lah ni...:)


1. Sejak sebulan lepas ada ura2 aku akan ditukarkan tugas..dari keja2 akaun yg dah sebati dengan jiwa aku, aku akan ditukar bahagian insurans..aku sahut cabaran itu demi mencari sesuap nasi.....dulu pun masa buat kerja2 akaun ini aku bermula dari zero......aku tidak takut dilambung ombak itu sebab aku berumah di tepi pantai!!

Namun setelah ditolak, darab, campur, setelah dikaji, siasat dan dibincangkan...tiada seorang staff pun boleh memikul tanggungjawab aku yang agak remeh temeh...dan dengan segala hormatnya aku tetap meneruskan keja2 aku seperti biasa..Alhamdulillah..mungkin berkat kerelaan aku menerima dengan hati terbuka bila hendak ditukar bahagian...maka aku kekal denga tugas2 seperti biasa....Amin, Amin, amin Ya Rabb.

2. Kali akhir aku balik kampung semasa menghantar Aiman mengikuti Kem Motivasi di Melaka, awal Disember lepas..jumpa mak abah cuma sejam dua saja...dan insyallah esuk aku akan balik Melaka...tak sabar rasanya...pulak tu abang yang sulung akan membuat kenduri kwen anak yang ke dua...tak sabar sebab pasti semua adik beradik, sepupu sepapat berkumpul...dah lama rasanya tk kumpul ramai2......wahhh..tentu meriah!!

Aku akan bercuti sehingga hari khamis..Insyallah..namun jika keadaan mendesak aku akan kerja pada hari Rabu..tak sampai hati pulak rasanya bila ada pinjaman yang tak dapat diproses bila aku bercuti panjang...mudah2an aku dapat bersiaran dari Kampung..

Mudah2an perjalananku esuk dipermudahkan....Insyallah.

Tuesday, January 17, 2012

Mengapa ada perasaan itu...

Bismillah....Assalamualaikum...


Mendengar rintihan dan keluhan seorg teman jauh tapi mesra,,hati aku rasa sangat belas..
Dia tertekan akibat hasad dengki seseorang…..hasad dengki kerana apa aku kurang pasti…tapi naluri aku kuat mengatakan hasad dengki kerana merebut cinta seorang lelaki….tak mungkin berebut jawatan pula.

Kemana dia pergi dia diganggu..berbagai cara untuk melarikan diri dari  orang  yang menganggu namun dia tidak berjaya..Di ganggu hati dan perasaan di alam maya ini lebih parah rasanya diganggu di alam  nyata ini.

Mudah2an dia tetap tabah menghadapi situasi itu..banyak2 berdoa dan bermohon kepada Yang Maha Mengetahui segala rahsia yang tersembunyi…

Kepada orang yang sentiasa menganggu kehidupan teman aku ini aku berharap dia berhenti menganggu dan berbaliklah kepada takdir Allah..jika Allah katakan itu bukan jodoh kamu redha dan pasrah atas ketentuan Ilahi…

Sunday, January 15, 2012

Tak Perasan...

 Bismillah..Assalamualaikum..

Sejak ada bos baru ni..aku jarang2 dapat buka blog time keja...selalunya sempat juga..lari2 bila boring..biasanya bila semua keja dah siap barulah jenguk2 dan bw mana yag sempat....bos tak kisah pun sebab keja aku memang guna internet, janji keja siap pada waktunya......cuma yang tak bestnya aku guna broadband sendiri..bila pindah ofis nanti baru tiap pc ada line internet....


Entah sejak bila aku tak perasan, di bahagian setiap komen blogger telah ada ruang untuk reply..semalam baru perasan...mengapa tulisan kat komen jadi kecik...kemudian baru ternampak ada 'reply' kat bawah komen setiap blogger...mulanya aku fikir ada sesiapa ke yg ubahkan?..ish..mana mungkin sebab nak masuk blog  mesti ada pasword....takkan ada org tahu pasword aku pulak...ni semua keja2 blogspot ke?
.

Kalau dari dulu ada ruang reply macam ni kan senang...taklah terkial2 nak balas komen...,kadang2 bila komen panjang sangat kita terlupa apa komen tu dan apa nk dijawab...sudahnya lain yg dikomen lain yag di jawab...sekarang ni kita boleh terus jawab komen di bawah komen blogger tersebut...sangat senang dan sudah pasti jawapan komen tidak salah.


Seperti biasa...aku pasti selitkan menu untuk hari ini....tadaaaa....sebetulnya daging ni nak dimasak kari dan pagi2 tadi cadangnya nak buat roti jala...tapi anak bungsu nak makan nasi lemak lagi....jadi daging  yang siap direbus aku olah menjadi sambal tumis yang sangat sedap....jurinya sudah pasti Abdullah Zaki..

"Best tak dik sambal daging ibu?"

Dia buat 'thumb up' dan cakap " terbaik"

Asik sambal udang je...sesekali kita ubah buat sambal lain kan ok....cuma bezanya udang dengan daging je..sambalnya tetap sama rasa. Bila memasak,  aku pentingkan citarasa anak2, bila anak2 kata ok dan makan dengan berselera sekali...itu dah buat hati aku sangat puas...Alhamdulillah.

Saturday, January 14, 2012

Serik dah.....

Bismillah...Assalamualaikum.....

Dulu2 aku kerap juga beli lauk kat kedai depan rumah, bila tak sempat nak masak...tapi sejak 'terkena' beli kari daging  mahal gile...aku rasa taubat nak membeli lagi...masak kari tu sudahlah cair...harganya tak memadan langsung dengan kuantiti dan kualiti...serik betul aku rasa....

Ada hikmah disebalik kejadian tu.....rasanya dah hampir sebulan aku tak beli sarapan pagi atau pun lauk tengahari di kedai tersebut...hari2 aku buat sarapan dan masak lauk untuk tengahari dan malam..bila dicongak2, dicampur ditolak, memang banyak jimatnya...

Dua menu ini aku masak semalam..masak lemak udang campur nanas...sepatutnya mesti ada sambal belacan tapi belacan kat rumah dah habis..aku tak pernah guna belacan yang dibeli di kedai..selalunya bila balik kampung aku import belacan yang home made..balik CNY ni dah booking 20 ketul....stok untuk berbulan2...

Dan udang masak tempoyak ni...my paberet...tapi sayangnya tempoyak agak masam sebabnya aku tak simpan dalam peti ais..ntah nape aku boleh buat2 lupa nak simpan dalam peti ais..tapi allhamdulillah masih boleh dimakan...

Hari ini dan esuk aku kena keja lagi.....masih ada banyak lagi anggota yang belum menerima sumbangan persekolahan anak2 untuk tahun 2012 ini..insyallah dua hari ini selesailah semua bayaran...mudah2an tugas aku dipermudahkan...INSYAALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...