Klik Klik

Monday, February 27, 2012

Law Kana Bainana by Hafiz Hamidun



Bismillah....Assalamualaikum.

Sabtu dan Ahad baru ni aku berkesempatan pulang buat kesekian kalinya menjenguk mak...Syukur Alhamdulillah...kesihatan mak menunjukkan perkembangan yang agak positif......itu pun setelah berubat cara alternatif....kesemua anak2 mak sudah pun pulang menjenguk mak...walaupun tak dapat tinggal lama namun bagi mak dah cukup..

Berkat doa dari anak2 dan juga semua sahabat yang singgah meninggalkan doa buat mak, keadaan mak lebih baik dari dua minggu yang lepas......mudah2an budi baik sahabat semua, hanya Allah jua yang membalasnya..

Buat menenangkan hati2 yang lara lebih eluk kita layan lagu di atas..buat Junjungan Rasulullah SAW..syngguh syahdu bila menghayati setiap bait lagu ini....

Monday, February 20, 2012

Yuna-Terukir Di Bintang~Buat Mak dan Dia..



Dalam kerisauan kerana kesihatan mak masih belum pulih sepenuhnya..aku hanya dapat persembahkan lagu yang sangat menyentuh perasaan ini..jika kepada mak tentunya lirik yang mula2..itulah yang aku mampu katakan..

Tetapi buat dia yang tiba2 hadir memberi sinar dalam hidupku…memberi kekuatan dan semangat buatku.....pastinya keseluruhan lirik lagu ini sangat sesuai aku persembahkan buat dia….

Hanya dia dan aku yang mengerti..

Friday, February 17, 2012

Mak masih begitu.....

Bismillah…Assalamualaikum

Selasa aku menerima panggilan dari adik di kampung. Keadaan mak tambah teruk….mak hampir  jatuh setiap kali nak bangun…..mak segera dibawa ke klinik berhampiran….2 botol air dimasukkan…….namun keadaan masih tak berubah..

Rabu pagi aku balik semula ke kampung…..memang aku bukan doktor…tapi sekurang2nya aku ada disisi mak sekiranya apa2 berlaku…..kedua anak2 aku tinggalkan kerana mereka ke sekolah…berpesan, berdoa dan bertawakkal sewaktu meninggalkan anak2….segalanya aku serahkan pada Allah SWT…petang aku kembali semula ke Sepang…Alhamdulillah tiada istilah letih sewaktu berulang alik begitu.

Aku tahu ada suara2 sumbang dibelakang mengata aku berani tinggalkan anak2 di rumah sementara aku balik kampung…...mereka tidak faham apa masalah aku…biarlah…....aku tahu apa yg aku lakukan…..bila aku balik seorg sekurang2nya aku dapat menjimatkan perbelanjaan….bila balik dengan anak2 belanja puluhan akan menjadi ratusan…sedangkan bulan penuh masih jauh…J

Setiap waktu aku sentiasa mengikuti perkembangan mak…pagi semalam setelah puas memujuk akhirnya  mak bersetuju  dibawa ke hospital.. …sehari suntuk di bahagian kecemasan…..doktor memberitahu darah mak naik hingga 180..tak sangka pulak mak mengidap darah tinggi kerana selama ini mak mengidap tekanan darah rendah…Alhamdullillah mak tidak ditahan wad…Cuma mak tidak boleh dibiarkan bersendiri…..kena ada seseorang sentiasa menemani mak…..adik dan kakak ipar bila2 masa saja sanggup membawa mak ke rumah mereka…malangnya abah tak benarkan….sudah hampir setengah abad hidup bersama…mungkin rasa janggal bila bejauhan..ah…lelaki!!.......

InsyaAllah seawal pagi esuk aku akan pulang ke Kampung…selagi aku mampu dan terdaya aku akan kerap pulang menjaga mak…mudah2an mak akan kembali sihat, dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan  beramal ibadat dengan sempurna

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua teman2 maya yang sudi bertanya khabar dan mendoakan ibundaku…..mudah2an  doa teman2 semua dimakbulkan Allah SWT..Amin…

NS juga memohon jutaan kemaafan kerana  tidak sempat menziarahi teman2 semua….InsyaAllah bila segalanya kembali normal NS akan menziarahi teman2 semua….

p/s Terima kasih kepada ‘dj’ yang sentiasa bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan ibunda NS..walaupun NS tidak tahu siapa kamu.


Tuesday, February 14, 2012

Mak....Ampunkan aku.....

Bismillah…Assalamualaikum


Dua hari di kampung, tidak banyak yang dapat aku lakukan pada emak…Mak masih lemah…makan pun tak berapa lalu…waktu malam aku habiskan dengan memicit kaki mak..mak kata kaki mak rasa kebas2…aku sapu minyak dan picit kaki mak kemudian sarungkan setokin supaya kaki mak tak rasa sejuk….mak kerap rasa nak jatuh bila berdiri lama,…mak masih degil nak bangun..sebab dah biasa aktif..bila sakit..baring2 tanpa buat apa2 buat mak lagi sakit….

4 orang anak2 mak duduk luar Melaka, termasuk aku……tapi hanya aku sorang yang balik jenguk mak…mak sebut2 juga anak2 yg 3 orang itu…masing2 sibuk sepanjang hujung minggu…hingga mak yang sakit pun tak sempat nak jenguk…mungkin mereka anggap mak demam2 biasa saja….sakit orang tua….ke……. nak tunggu sampai mak dah tak boleh bangun baru mereka nak balik….aku tahu mak menanti2 anak2nya balik..tak balik lama pun takpe..dapat jenguk sejam duapun bagi mak dah mencukupi….apa daya aku nak mengheret mereka balik..sudahku kirimkan pesanan ringkas keadaan mak….bak kata nabil..’lu pikirlah sendiri….’

Aku dan abang serta kakak ipar dah mengajak mak ke hospital…tapi mak menolak..nak tunggu hingga ubat yang dokktor bekalkan habis dulu kata mak…semua orang yang dah berusia lanjut macam mak tak suka duduk hospital…jika betul2 terpaksa barulah pergi…

Aku sentiasa berdoa mudah2an sakit mak segera pulih, aku mahu lihat mak seperti dulu…mak aktif dalam segala hal….rasa sangat sunyi bila mak sakit dan kurang bercakap…..dan aku juga sentiasa berdoa muga2 terbuka hati mak hendak ke hospital…insyallah aku akan sentiasa pujuk mak dari kejauhan ini. Ya Allah bukakanlah pintu hati mak....

Petang Semalam aku terpaksa pulang ke sini..kerana komitment terhadap anak2, aku tak kisah pasal keja2 di pejabat....….apalah dayaku…tubuh badanku di sini tetapi hatiku tertinggal di sana......…mak ampunkan aku anakmu kerana terpaksa tinggalkan mak sementara waktu…

Friday, February 10, 2012

Bila Mak Jatuh.....Nafasku bagaikan terhenti..

Bismillah...Assalamualaikum....

Malam tadi aku terima panggilan dari kakak ipar mengatakan mak jatuh...dua kali masa bangun nak menunaikan solat subuh..jatuhnya subuh semalam tapi malam tadi baru beritahu aku.....memanglah aku akan rasa marah sebab lewat beritahu.....menurut kata doktor nadi mak lemah dan mak terlalu penat...jika keadaan mak masih tak ok doktor nasihatkan bawa mak ke hospital....

Ya Allah mendengar berita tersebut aku rasa nafasku seakan terhenti seketika....aku rasa bimbang sangat...bohonglah jika mana2 anak yang tk bimbang bila menerima berita tersebut...jika ada sayap malam tadi juga aku terbang.....dan mengapa hari ini aku masih ada di sini...diluah mati mak ditelan mati bapa..begitulah keadaan aku...

Setelah memastikan mak dalam keadaan stabil..aku terpaksa datang ofis menyelesaikan beberapa perkara yang sangat penting....insyaAllah petang ini aku akan bertolak pulang ke Melaka.....seperti biasa menaiki bas dan komuter...

Aku mohon doa dari sahabat2 semua agar mak akan pulih seperti biasa...aku masih ada mak dan abah..dan aku tak dapat bayangkan jika apa2 berlaku kepada mak atau abah...

Ya Allah..permudahkan perjalananku dan pulihkan kesihatan mak.....

Thursday, February 9, 2012

Bila si dia buat hal..


Bismillah…Assalamualaikum

Susahnya bila telefon buat hal…yang lebih susah bila semua number tak save dalam simkad..dan yang jadi paling susah bila tiada satu number pun diingat dan ditulis tempat lain…contohnya dalam diari atau dalam apa2 buku nota..

Padahal dulu akulah yang kerap mengingatkan pada kawan2 supaya menulis number telefon penting seperti family dan kawan2 dalam diari atau apa2 saja buku nota….bila hp rosak takdelah jadi macam aku ni…..terpaksa tunggu orang call atau sms…...tanya sape ni dan save semula…

Tak sangka pulak hp Nokia C2 yang baru beberapa bulan aku beli sudah rosak, nak kata jatuh atau masuk air tak pulak….mujur masih dalam garenti..tapi kena tunggu selama sebulan baru dapat semula…sebelum ni guna Sony Erikson..Alhamdulillah hampir 6 tahun guna tiada masalah….nampak2 gayanya kena tukar yang lain, yang tak guna touch screen…C3 ok juga kot…J

Moral off the story…

Apa saja Number yang dirasa penting kena tulis di tempat lain.
Jangan sangka semua benda akan ok sepanjang masa…walaubagaimana cermatpun kita jika nak rosak tetap akan rosak.

Tuesday, February 7, 2012

Yang Sangat Aku Rindu....

Bismillah...Assalamualaikum...
Subhanallah....AllahhuAkbar...gambar yang diambil dari atas ini sungguh menakjubkan...betapa buat hatiku tambah rindu hendak menemuimu...

Insyallah April ini mak dan abah akan ke Mekah lagi mengerjakan Umrah buat kali ke berapa entah...menyusul pulak adik yang akan pergi pada bulan Jun........ bila pula time aku tiba?

Baru-baru ini aku pernah bercakap pada adikku seorang Ustazah...namanya Umrah, dia telah pun menunaikan Fardhu Haji 2 tahun lepas.

"Insyallah tahun depan akak nak pegi pulak"

'Tu dah pasang niat kena pegi kak"..

Siapalah yang tak mahu pegi ke Tanah Suci itu...sejak aku mengeluarkan kata2 itu hati aku meronta2 hendak ke sana...setiap waktu selepas Solat aku memohon doa agar aku dapat ke sana seperti yang aku impikan..setiap hari melihat@mendengar@mengamati Kisah2 Nabi SAW di Tanah Suci itu buat hatiku terlalu rindu hendak kesana..Ya Allah..izinkanlah..

Monday, February 6, 2012

Bukan Aku Tak Sudi.............:(


Bismillah…Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul buat sahabat maya yang sentiasa sudi singgah dan membaca nyanyian hati ini..dengan lafaz Bismillah… Selawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW aku mulakan segalanya…


Bila teringat semula kisah itu aku senyum sendiri…

Tanggal 22/01/2012..semasa bersembang dengan mak, secara tak langsung mak sebut ada seseorang nak satukan aku dengan sepupu aku yang dah menduda….kata-kata mak buat aku terjerit kecil…

“Eeeeiii taknaklah…”

Mak hanya gelak-gelak….dia tahu aku memang maksudkan macam tu..aku memang tak mahu sebab dia sepupu aku…yang dah aku anggap macam abang aku juga.

Esuknya semasa majlis pernikahan anak sedaraku…….sepupu perempuan aku pula merisik, bertanya samaada aku ada boyfriend ke tak…aku hanya jawab "tak ada dan malas nak fikir", dia berbisik pada aku nak satukan aku dengan seseorang…...tapi dia tidak mahu bagitahu siapa..sampai masa dia akan bagitahu…....aduhai….puas aku pujuk..dia asik cakap..kalau jadi mesti gempar satu kampong…....dia kata aku mesti suka……pandai2 buat andaian!!

Mulanya aku terfikir juga kemungkinan dia nak jodohkan aku dengan abangnya seperti yang mak cakap pada aku….  adik perempuan aku juga sibuk bertanya siapa orangnya…tapi sepupu aku tetap dengan kedegilannya yang buat aku gerammmm.

Lama kelamaan aku mula terfikir….mestilah sepupu aku nak satukan aku dengan abang dia…dengan sapa lagi, dia mesti nak jodohkan abang dia dengan orang yang dia kenal rapat, sementelah pulak aku dengan dia memang close sejak kecil….…

Tanggal 24/01/2012

Semasa majlis kenduri di rumah abang….aku ternampak kelibat dia yang mak cakapkan…..iaitu sepupu aku juga abang kepada sepupu aku yg semalam…..entah mengapa hati aku sangat berdebar2..ish..nape pulak kau nak berdebar2……sepupu perempuan aku pulak asyik senyum2 memandang aku…betul ke abang dia yang dia maksudkan..dan mengapa pulak aku yang gelabah dan tak tentu arah bila terpandangkan mamat tu…tambah hensem aku tenguk walaupun usia dia dah melepasi 50…yang aku pelik mamat tu pun sama..melihat aku dari ekor matanya saja dan tak mahu menegur, padahal kami bukan tak biasa...

Aku rasa dah tak sabar nak tahu siapa yg sepupu aku maksudkan…akhirnya dia mengaku orang yang dia maksudkan adalah sama dengan orang yang mak cakap…iaitu abang dia merangkap sepupu aku juga dan kawan baik abang aku…

Aduhai….kacau betul, bila segala tandatanya sudah terbuka hijabnya….…seharian aku asyik menggelabah saja......bila dia memandang ke arahku aku pura-pura memandang ke arah lain…bila dia memandang ke arah lain aku pula mencuri2 pandang kepadanya, rasanya wajahku menjadi merah merona bila mata kami bertemu..…..dan hampir setiap waktu sepupu perempuan aku asyik meminta kata putusku.....katanya abang dia juga dah tahu…..dan hanya menanti jawapanku....ah! mana mungkin...

Sebuah keluhan agak berat aku lepaskan bila setiap kali aku diminta beri jawapan….pada dia aku katakan aku bukan tak mahu, aku banyak masalah, betul katanya masalah takkan selesai..…...namun jika aku menerima bermakna aku terpaksa berhenti keja (syarikat tiada cawangan di mana2) aku terpaksa menetap terus di Melaka……aku masih ada beberapa tanggungan dengan bank…senang cakap, aku banyak hutang yang mesti aku selesaikan untuk beberapa tempuh lagi….….sanggupkah lelaki yang menjadi suami aku kelak menanggung hutang piutangku bila aku berhenti keja nanti....untuk anak2 aku tak bimbang sangat….wang pencen arwah abah mereka cukuplah untuk menampung perbelanjaan mereka berdua.

Akhirnya tiada kata yang benar2 putus dari aku……aku hanya berkata andai ada jodoh adalah…dan izinkan aku membuat solat Istikharah dan berfikir dan terus berfikir sebelum membuat keputusan yang akan menentukan jalan hidup yang hendak aku pilih…

Dan sebenarnya…tiada seorang pun tahu rahsia yang aku simpan selama ini, rahsia yang berkubur bila masing2 meningkat dewasa dan mempunyai pilihan hidup sendiri…..

Dan Sebenarnya sewaktu zaman remajaku..aku pernah jatuh hati dengan abang sepupuku itu…dan dia sebenarnya adalah secret admire aku semasa aku berusia belasan tahun!!...Sungguh!..ALLAH Maha Mengetahui segala yang indah2 dan  segala yang menjadi rahsia alam.

~~~~PadaMu ku serahkan segalanya~~~~


Friday, February 3, 2012

Abdullah Zaki dan Ustaz Don

Bismillah..Assalamualaikum..

"Malam ni pukul 10 jangan sape kacau adik!" masa dalam perjalanan balik dari pasar Abdullah Zaki bersuara.

"Nape lak dik"

"Adik nak tenguk Ustaz Don"

Aku senyum sampai telinga...pertama kali aku dengar permintaan berupa ugutan dari anak bungsu aku Abdullah Zaki..Alhamdulillah kata hati kecil aku.

Malam sebelum tu aku terpaksa korbankan perasaan ingin tahu aku kesudahan drama "Aku dia dan Facebook" di TV9 gara2 Abdullah Zaki nak tenguk Ustaz Don nya...amat tidak logik jika aku bergaduh dengan anak yang nak tenguk Ustaz kesayangannya bercerita mengenai Sirah Nabi.......Malam sebelumnya aku turut menitis airmata bila Ustaz Don bercerita saat 2 kewafatan Nabi Muhammad SAW...

Begitu hebat cara Ustaz Don menyampaikan tazkirahnya hinggakan berjaya membuat anakku tertarik hati dan sentiasa menunggu2 waktu Ustaz Don bersiaran....aku rasa semua orang akan jatuh hati melihat cara penyampaian Ustaz Don...santai dan cukup mudah difahami...

Aku?...sememangnya sudah lama jatuh hati pada Ustaz Don :))

~~dari jauh....siapa dia yang sentiasa menjadi tandatanya dalam mindaku...,adakah 'dia'?~~

Tabung Anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...