Klik Klik

Friday, March 23, 2012

Doa Solat Dhuha (Lyric) - Unic



Bismillah....Assalamualaikum..

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Rasulullah SAW..mudah2an pagi Jumaat yang barakah ini kita dirahmati diberkati Allah SWT..

Mudah2an kita dan anak2 serta kaum keluarga kita dipelihara dari apa saja mara bahaya dan terselamat di dunia dan akhirat.

Mudah2an kita dan kaum keluarga kita dimurahkan rezeki yang halal...dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat jua........Insyallah.

Tuesday, March 20, 2012

Kesal....

Bismillah…Assalamualaikum

Kisah ni dah dua minggu berlalu…tapi jauh disudut hati aku masih rasa terkilan dan kesal..bercerita sekadar untuk mengingatkan diri aku yang agak sombong dan kedekut waktu itu…Astagafirullahal azim…………..mengapa waktu itu hati aku cukup tergamak….

Masih tengiang2 ditelinga aku..suara lelaki itu memanggil dan merayu2 aku..menadah tangan denagn muka yang sedih meminta belas ikhsan..di tangannya aku lihat cuma ada beberapa keeping wang kertas RM2.00….dia cacat anggota, rasanya bahagian kaki…sampai di situ pun aku rasa dengan bantuan orang lain…

“Kakak…....kakak….tolong.......saya mau makan….” Dia menadah tangan dan menatap wajah aku dengan mata sayunya….

Allah hai..…aku hanya memandang dan berlalu dengan cepat kerana mengejar waktu….sambil berjalan aku menoleh2 ke belakang melihat dia….dalam hati aku berkata2……...mengapa aku sampai hati tak hulurkan seringgit dua pada lelaki itu…hati berkata2 tetapi kaki tetap melangkah laju…..hinggalah aku sampai ke Terminal 1 bas Seremban…

Ya Allah kejamnya aku, mengapa hati aku jadi macam batu….ada rasa belas tapi tiada hati menolong….…hingga dalam bas aku masih teringat2 kejadian tadi…aku rasa menyesal sangat….apalah salahnya aku hulurkan sedikit duit padanya…….tak kiralah siapapun dia…apapun bangsa dan agamanya…yang penting niat aku ikhlas nak membantu..

Kisah ini benar2 menjadi pengajaran pada aku…jangan buruk sangka dengan mereka2 yang meminta2 di tepi jalan…lebih2 lagi jika mereka benar2 cacat….jangan terlalu berkira dan mementingkan diri sendiri….terlalu banyak yang aku fikirkan..memang aku menyesal sangat.

Selepas ini..jika aku balik ke Melaka…...aku sangat berharap bertemu lelaki itu lagi…aku ingin menebus kesilapan aku…Insyallah...memberi bukan bermaksud aku mahu menggalakkan...(jika yang meminta2 itu cukup sifat dan masih sihat pastilah aku berkira)

~~~ Ya Allah..jauhilah aku dari sifat sombong, bongkak dan kedekut~~~~

Sunday, March 18, 2012

Bila hati dah suka......

 Bismillah.......Assalamualaikum.....

Orang kata dan aku kata lah....

Bila hati dah suka....di mata, di hati semuanya indah belaka......tak kira di mana..bagaimana...cara mana..kita pasti nak mendekatinya, nak menggapainya...cuba mendapatkannya....dan memilikinya....tapi jika tidak dapat memiliki, sekadar melihat2, menjenguk2, merapat2 menyentuh2pun sudah memadai....sudah rasa satu kepuasan.....

Ish! takde maknanya semua kata2 aku ini melibatkan yang hidup...berkaitan hati dan perasaan atau lebih simple..... kata2 aku tiada kena mengena langsung dengan manusia...:))...


Inilah yang aku maksudkan....segala yang berkaitan dengan bahan2 bacaan...minggu lepas aku berkesempatan ke sebuah kedai buku di Nilai....sebenarnya seorang teman mengajak aku..menemani dia membeli bahan rujukan untuk pusat tuisyen...ralit membelek setiap buku yang ada....dari bahagian kanak2 hinggalah dewasa....semua ada walaupun tak sehebat di MPH.


Biasaanya bahagian ini yang buat aku teruja....mencari2 juga novel Islami..tapi tiada pilihan di Kedai buku ini....Novel Ramli Awang Murshid yang terbaru juga tiada.....novel penulis2 muda dan baru melambak2 di pasaran...tetapi tiada satu pun yang menarik minat aku kecuali sebelum ini...Novel Melur Jelita yang dah lama aku idam2kan..dah dapat dan dah habis baca pun....best sangat..terawang2...meleleh2 air mata baca...betul kata kakcik..
 Akhirnya..Novel ini juga yang aku sambar....Fauziah Ashaari..penulis Ombak Rindu....harganya agak berpatutan..ada discount bila ada kad ahli..jadi tidaklah terasa sangat....belum mula baca lagi sebab tengah baca satu lagi Novel terbaru beliau...

 Manakala kedua2 buku ini aku beli di kedai buku berdekatan rumah....bulan lepas aku beli...biasanya setiap bulan aku peruntukkan sedikit wang gaji untuk membeli novel atau buku2 Agama atau motivasi...untuk anak2 baca juga.... walaupun aku tahu budak2 ni payah sikit nak baca...

Kalau dulu kegilaan aku bunga dan orkid...sekarang aku rasa aku lebih minat membeli...membaca dan menyimpan novel dan buku2 berkaitan Keagamaan....ada kepuasan bila setiap beberapa bulan sekali dapat memiliki walaupun sebuah..

Nanti ada rezeki duduk rumah sendiri..bolehlah asah minat membela bunga semula dan membaca tetap keutamaan.

Saturday, March 17, 2012

Nasi Goreng Cili Padi dan Keropok...

 Bismillah...Assalamualaikum..

Semuanya idea si bungsu...yang ternyata memang kuat makan pedas...dah 2 hari berturut2 aku buat nasi goreng cili padi.....siap ajar aku........nanti cili padi tu potong kecil2 dan tabur dalam nasi...fuuuuhhhh..berasap telinga aku...sebab aku tak berapa kuat pedas....

Harini pun aku di request oleh si bungsu supaya buat nasi goreng cili padi..nak bawak bekal ke Bagan Lalang...kesian dia..nak tunggu ibu dia bawa berenang ntah bila..mujur ada ayah kawan2 yang baik hati...dibawanya si bungsu ke pantai...aku dah pastikan dengan siapa dia pergi jadi taklah aku susah hati atau bimbang....

Nasi goreng bila dimakan dengan keropok rasa macam sepadan je....tk sedar sambil buat keje mulut kerak keruk makan keropok...keropok ni beli kat Kemaman haritu...rugi pulak beli sikit sangat pulak..dua hari berturut2 bawa dua tupperware besar ke ofis..sekali hadap je dah habis....benda sedap...makan beramai2 sambil bergelak ketawa lagilah sedap...:))

Jom layan keropok...

Bila berwang kita dipercayai?

Bismillah...Assalamualaikum...

Suatu masa dulu, waktu aku sangat bermasalah dalam rumahtangga dan kewangan, tugas  memegang wang petty cash ditarik atas sebab-sebab yang tidak aku ketahui....walaupun sepanjang waktu memegang amanah itu aku sentiasa memastikan aku tidak menyalahgunakan wang petty cash tersebut...aku memang sangat susah namun aku tahu hukum hakam....satu sen pun aku tak pernah terambil duit syarikat...lagi pun macam mana aku nak gunakan@ambil, pegawai akaun sentiasa memeriksa wang petty cash..itu belum lagi juruaudit yang datang buat audit....

Sewaktu pegawai mengarahkan aku menyerahkan tugas tersebut kepada kerani yang tiada masalah kewangan, sepontan aku bertanya...

"Mengapa akak tak jaga lagi? tak percaya ke?..selama ini ada duit yg short ke?"

Aku tahu pegawai tiada jawapan nak diberi pada aku....aku memang rasa kecil hati dan terluka...namun aku anggap semua itu sebagai dugaan hidup dan dugaan di tempat kerja, sebab di situlah tempat aku mencari rezeki.....dalam hati aku kuat merasakan......mentang2lah aku bermasalah......rumahtangga bermasaalah.....kewangan bermasaalah...pegawai pun tak percaya pada aku...tkpelah..aku redha......at least aku tak terbeban menjaga wang syarikat walaupun wang petty cash hanya RM300.00 saja.

Cerita itu sudah beberapa tahun berlalu....

Tiba2...hujung bulan Februari lepas aku diarahkan menjaga semula petty cash pejabat berkuat kuasa 1 Mac 2012.......aku terima juga dengan hati terbuka....kali ini aku tidak bertanya mengapa....cuma apa yang dapat aku simpulkan...

Keadaan ekonomi aku sekarang tidaklah seteruk dulu..Alhamdulillah sedang2, tidak senang dan tidaklah terlalu susah...overtime sentiasa melambak2 tunggu aku buat..hendak dengan tidak saja,....itu satu sebab maka aku diberi kepercayaan menjaga semula wang petty cash pejabat....andaian akulah...

Aku bukan bersangka buruk..tapi itulah hakikatnya di dunia ini...

Bila berwang..kita lebih dipercayai..dipandang dan dihormati.......begitukah?

Wednesday, March 14, 2012

Sampainya hati bos...kesian aku....

Bismillah...Assalamualaikum....

Sejak minggu lepas aku sentiasa control ayu bila berhadapan dengan bos...walaupun pada hakikatnya hati aku macam nak meletup...pandang bos rasa kecik je....walaupun dia memang besar..dia boleh lagi senyum2 macam tak bersalah pada aku....memangpun sebab aku rasa dia memang rasa tak salah apa yang dia buat..ish!! ntah apa yang aku meraban ni...

Kalau lah aku boleh luahkan apa yang aku rasa pada bos..sudah pasti bos menangis2 mintak maaf kat aku....

Jumaat lepas :

officer: kak..ada berita baik ni...
aku    : hah! apa dia?
officer: ada org merisik..
aku    : ish!...sape...?
officer: bos merisik untuk kawan dia.
aku    : sape?akak kenal ke? dato mana? x bos mana? (kwn bos mestilah bos2 jugakkan heheheh)

officer: akak jgn marah tau...kawan bos tu duda, dok kampung kat Janda Baik, dia takde keja tetap...keje buat rumah orang..anak dah besar2..duduk pun rumah sewa..asal orang Kelantan..Dia kesian tenguk akak tu yg carikan calon tu.

aku   : lerrrrr.....biar betul bos ni..apa dia tenguk akak ni takde mata ke..akak takde taste ke..tak de hati ke...kot ye nk tolong akak carilah yg mantap2 sikit..ni yg tkde keje...silap2 akak yg tanggung mamat tu...sepupu akak yang akak kenal ada pekerjaan lagi pulak akak tolak....main tangkap muat je bos ni...macam akak takde perasaan...memanglah akak tak cun macam dato CT tapi hagak2 lah...

Meletup juga gunung berapi....

Aku rasa panas hati sangat..astagafirullah..syaitan menyucuk2 hati aku supaya marahkan bos...mengapa bos pikir aku ni desperate sangat nk bersuami sampaikan tak fikir dengan siapa nak dijodohkan aku..kesian aku kan...sob..sob.sob...aku bukan memandang harta (walaupun sikit2 aku kena pandang juga) apa guna aku ada suami jika aku tetap macam sekarang, kena  tanggung diri sendiri dan anak2 atau lebih malang aku kena tanggung dia pulak....

Pengalaman masa lalu menjadi pengajaran buat aku...untuk kali ke dua jika ada jodoh semestinya aku mahukan yg lebih baik dari dulu..kalau tak terlalu baik..sedang2 pun dah ok...bukan memilih tetapi terpaksa memilih..kalau dulu aku dipilih sekarang waktunya aku harus memilih..jika yg datang menyusahkan hidup lebih baik seorang dari berdua...hidup aku dah agak selesa mengapa aku nak mengusutkan fikiran dengan 1000 satu macam maasalah jika aku main tangkap muat saja dalam hal mencari jodoh...

Bersembang (sebenarnya bersms) dengan seorang teman tengah2 malam tadi agak melegakan hati aku....mencurahkan segala rahsia hati pasal dia dan dia dan dia...dan tercerita juga hal bos punya cerita..teman itu pun melenting gak..ye lah..dah dia pun pompuan macam aku..mestilah rasa marah bila kakak dia ni dibuat begitu kan...

Apa2pun bos hanya bertanya..mencuba dan mencari...dia tak salah dan aku pun tak salah jika menolak...tepuk dada tanyalah selera...

Tuesday, March 13, 2012

Dekat tapi jauh...bila jauh baru bertemu..

Bismillah…Assalamualaikum
 Sempatlah mengabadikan gambar bersama ibu n abah walaupun malu2 kucing gitu hehehe

Memang betul kan…kalau bukan jodoh depan mata pun tak dapat bertemu muka……..tapi bila dah ada jodoh dan Allah dah tetapkan kat situ pertemuan tu berlaku…...itulah yang akan terjadi..begitulah yang terjadi pada aku dan sorang blogger merangkap saudara aku ni iaitu akak@ibu n abah. Merancang punya merancang nak bertemu di kampung lah..di Bangi lah. Di Salak Tinggilah…akhirnya di rumah sepupu kami di Kemaman kami bertemu muka….selama ini dekat tapi jauh….bila jauh barulah dapat dekat2…

Segalanya tidak dirancang,..hanya memberitahu Insyallah akan ke Kemaman menghadiri majlis kenduri rumah sepupu pada 11 Mac baru2 ni…akhirnya disaksikan rintik2 hujan kami pun bertemu…ceewahhh….macam bercintalah pulak…dan yang paling tak aku sangka2 aku juga bertemu dengan seorang blogger yang telah agak lama menyepi dari dunia blog..Cuma baru2 ini aku bertemu semula di Face Book iaitu Fa’atip..namun pertemuan itu terlalu sekejap..tak puas rasanya nak bersembang lebih lama lagi….

 Gambar bersama pasangan pengantin...mak walaupun tak berapa sihat kami bawa juga untuk hibur2kan hati mak...alhamdulillah semasa dalam perjalanan semuanya baik2 belaka...

Insyallah selepas ini jika aku ke kemaman sudah ada sudara seagama di sana…dan insyallah selepas ini bolehlah berjumpa ibu n abah lagi..:)

Tuesday, March 6, 2012

Bahagia bila memiliki!

Bismillah…Assalamualaikum

Akhirnya dia aku miliki juga….bukan wajib sekadar harus untuk menjadi peneman di kala kesepian.... sesekali teringin juga yang boleh membuai perasaan di samping membuat aku geram….marah2 sayang….teruja, muhasabah diri dan tersenyum2 simpul bila membayangkan aku berada di situ..di sitasi itu…

Eh….bukan!!..bukan aku telah memiliki pasangan hidup atau seseorang yang menemai diriku di kala keseorangan…tekaan yang meleset sama sekali…aku masih begini..waluapun beberapa minggu lepas aku pernah menyatakan aku rasa bahagia sangat kerana telah menemui seseorang yang memberi sinar dalam hidupku.

Benar!....Dia memang kerap memberi aku kata2 nasihat dan motivasi agar aku terus berlari melawan arus dugaan kehidupan yang sangat ganas…tapi…kesian dia..sebenarnya dialah yang sepatutnya diberi kekuatan, diberi semangat untuk meneruskan sisa2 kehidupannya yang sungguh memedihkan….kini akulah yang bertanggungjawab memberi dia semangat itu…..Namun Aku hanya mampu berkata padanya dari kejauhan..

“Awak…Ajal maut di tangan Allah..selagi masih ada nyawa, harapan untuk hidup tetap ada….”
Mudah2an dia terus tabah menerima ujian dari Allah itu..


Berbalik kepada cerita sebenar entry ini…sebenarnya inilah yang telah aku miliki….Novel yang menjadi idaman aku sejak membaca kisahnya di Blog AzieAzah….bukan aku beli tetapi dihadiahkan oleh seorang sahabat…boleh tahan harganya RM35.00.. aku rasa aku belum berkemampuan nak memiliki.... jadi hanya membelek2 semasa berada di Popular Nilai dua hari lepas..........namun ada rezeki aku untuk memiliki novel tersebut…thanks MIMI…

Saturday, March 3, 2012

Saat Ini...

Bismillah....Assalamualikum..

Pukul 4 keja2 untuk hari ini dah pun siap..InsyaAllah jika sihat tubuh badan dan minda, esuk aku siapkan keja yang lain pulak...target nak siapkan bank reconcilition tercapai..tapi cuma satu akaun je yg dapat dibalancekan....esuk buat 2 lagi akuan..

Saat ini yang aku teringin sangat mkan buah limau mandrin mcm gambar kat atas dan bersenang lenang depan tv....ada sesiapa kisah pun?

Inilah saat2 yang paling beruntung menjadi aku....sesuka hati nak buat apa2 pun saat begini....cuma..menjadi aku kadang2 hati dihimpit berbagai rasa...sunyi sepi dan kadang2 menjadi sangat rindu...tapi pada siapa?....tak terjawab semua pertanyaan yang sesekali hadir dalam minda aku.....

Ah....biarlah takdir yang menentu segalanya...

Begitulah hati seorang ibu....

Bismillah…Assalamualaikum

Bila aku letak diriku di tempat mak….baru aku mengerti mengapa mak sering merasa kesian kat aku..begitulah yang jadi pada aku terhadap satu2nya anak perempuan aku sekarang……atas sebab2 keluarga yang tidak boleh aku ceritakan di sini..suatu waktu dulu aku  pernah terluka dengan sikap  anak perempuan aku itu..namun sebagai mak……...aku tetap mengampunkan setiap kesalahannya pada aku…dan setiap kali melihat wajahnya akan timbul rasa kesian...

Berbeza dengan diriku..sewaktu aku dizaman kepayahan dulu, aku tak pernah mengadu pada mak, walau makan nasi berlaukan terlur saja. …aku tak sanggup nak susahkan hati mak….cukuplah mak melahirkan dan membesarkan aku, aku tak mahu berkongsi kesusahan aku dengan mak pula…….:)

Namun anak perempuan aku kerap juga mengeluh….bercerita kepayahan hidupnya…….mungkin sebab usianya yang terlalu muda sudah bergelar ibu…suami pula bekerja  biasa2 saja…malah kadang2 aku dengar keluhannya..suami tak bekerja bila kereta sewa yang dibawa rosak…kesiannya anak, menantu dan cucu aku…makan apa agaknya….tapi bila difikir2kan..dia ada suami..pandai2lah suami dia berusaha nak bagi anak isteri dia makan….

Malam semalam dia datang…setiap kali dia datang pasti tak pulang dengan tangan kosong….macam2 aku bekalkan…susu, milo..asam garam dan ayam mentah……kalau boleh apa saja yang ada mahu aku berikan kepada anak cucu…yang aku sedih bila aku tenguk anak perempuan aku bertambah kurus….lebih kurus dari aku sewaktu zaman kepayahan aku dulu…sekali lagi aku jadi sangat kesian….

Sebelum dia balik aku sempat berbisik…”ibu nak bagi duit ibu pun tak berapa ok bulan ni…” asik berulang alik ke Melaka bujet ibu lintang pukang sikit…”takpe ibu” katanya..

Namun sebelum dia hilang disebalik pintu aku panggil semula dan menghulurkan 2 keping note RM50 kepadanya, tak sampai  hati rasanya biarkan dia berlalu....…dia hanya senyum dan ucap terima kasih kepada aku…aku tahu dia dalam kesusahan itu sebab dia tidak menolak pemberian aku....

Itulah hati seorang ibu….tak tergamak rasanya melihat anak2 dalam kesusahan..

Thursday, March 1, 2012

Susah ke.....

Bismillah...Assalamualaikum...

Dulu2 aku kerap juga melayan cerita2 Indonesia di tv...sekarang ni dah tak layan lagi sebab rasa nak beralih arah.....apa yang menariknya cerita Indon ni.....pelakon2nya pasti tak lekang mengucapkan.....
bila mereka nak berpergian, tak kiralah pelakon wanitanya seksi seksa ke..pelakon lelakinya begitu begini ke, tapi mereka memang sangat ringan mulut mengucapkan salam.......memang aku salute lah...

Tak susah nak ucapkan kata salam tu kan....kita mendoakan kesejahteraan seseorang juga kita pun akan diucapkan perkara yang sama...bukan kena bayar pun...orang kata alah bisa tegal biasa....kalau mulut dah memang dah biasa mudah je terluncur ucap salam tu...

Tapi yang aku heran ni..ada beberapa orang teman ni....sejak azali lagi mulutnya sangat berat mengucapkan salam bila nak masuk ke ofis....kadang2 terkejut aku sebab alih2 dah terpacul depan mata....nak ditegur nanti terkucil pulak (sebenarnya pernah juga aku bagi tazkirah pendek berkaitan salam dan menjawab bersin)...dah diperli cara halus....bila dia masuk kami yang kat dalam bagi salam..pun tak faham2 juga....hmmmm so nak buat macam mana lagi...doakan je mudah2 satu hari nanti ada kesedaran...

Dan perlu diingat..bila nak masuk ke rumah atau pejabat kosong pun seharusnya memberi salam supaya syaitan, iblis dan  jin yang mengikut kita tidak ikut sekali masuk dalam rumah...di samping membaca Bismillah dan juga Ayat Kursi...Wallahua'lam...

~~~~~peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya~~~~

Tabung Anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...